♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, July 15, 2011

Taubatan Nasuha….




Siapa aku? Untuk apa aku disini?
Setelah sekian lama tidak menjejak tempat ini. Lama. Akhir menjejak pada bulan Mei, selepas balik dari misi menawan puncak Broga bersama sahabat-sahabiah.


Kemudian, hanya 'bertegur-sapa' dengan Encik berkot putih melalui laman sesawang dan telefon bimbit. Bukan berputus asa, tapi mahu bertawakkal, dan berusaha dengan method laen. Namun, selepas 'dipaksa', sekali lagi menjejak bilik itu, yang baunya cukup dikenali,malah diingati, dan perabot susunannya tidak pernah berubah, tetap sama seperti tahun-tahun lalu. Mungkin 'mereka' tidak punya banyak masa untuk berfikir tentang mengubahsuai bilik itu, kerana banyak masa 'mereka' diluangkan untuk 'mengubahsuai' manusia.

Selepas berbual panjang dengan Encik Berkot Putih (EBP), dan sesekali di'test' dengan pelbagai mesin yang ada disitu, akhirnya EBP berkata,

"Nanti balik, kena makan ubat ni. Setiap kali makan ubat, banyak-banyak minum air, tak kasi rosak awak punya buah pinggang. Dapat?"

"Dapat. Kena makan ubat, bila makan ubat kena banyak-banyak minum air takut kidney rosak." Sudah biasa menjawab soalannya dengan mengulang apa yang diberitahunya.

EBP tersenyum. Berlagak bahagia dapat menewaskan saya dengan 'fakta-fakta'nya.

"Macam tu juga kalau buat dosa, kena banyak-banyak bertaubat. Buat dosa satu, taubat mesti banyak-banyak. Kalau tak rajin nak taubat banyak-banyak, jangan buat dosa, tak gitu Ustazah?" sambung EBP, mencari topic yang boleh membuat saya tersenyum. Dan memang tersenyum.

"Hem, tapi Nabi yang ma'sum pun taubat 70 kali sehari, Doktor." Sambung saya.




sayyidul istighfar. =)

"Kita pulak? Cukup tak 70 kali sehari bertaubat? Sedangkan, rasanya… mesti buat dosa." EBP semangat memberi syarahan.

Tapi syarahannya membuat saya terfikir. Mampukah solat taubat 2 rakaat yang ditunaikan dinihari itu mampu menghapuskan segala dosa?

Dosa? Banyak ke sikit? Wallahu a'lam. Tapi sebagai manusia biasa, tak terlari dari melakukan kesilapan samada sengaja mahupun tidak sengaja.


Layakkah memohon syurga Allah, sedangkan dosa bertimbun, taubat pula Cuma 2 rakaat itu dalam sehari?

Sedangkan Rasulullah bertaubat 70 kali sehari. Eh, solat 2 rakaat taubat sebelum Subuh itupun kalau terbangun. Kalau tak terbangun? Mungkin dibuat waktu Dhuha, tapi kalau tak terbuat juga?

Pernah tak dalam sehari kita tak bertaubat? Wallahu a'lam.

Pernah tak dalam sehari kita tak buat dosa? Wallahu a'lam.


Sambung EBP,

"Kita yang Nampak alim ni, belum tentu masuk syurga. Yang dok seronok buat dosa kat luar tu, belum tentu masuk neraka. Maha pengasih Allah saja yang menentukannya. Kita belum tentu selamanya macam ni. Dan mereka belum tentu selamanya begitu."

masihkah ada ruang untukku di syurgaMu ya Ghaffar?

Satu benda yang saya suka pada EBP ini, tazkiyatunnaff daripada beliau, instead of banyak benda yang saya tak suka pada beliau seperti ubat, injection, MC, admitted (warded) dan macam-macam lagi lah! Sekurang-kurangnya beliau sentiasa membuka ruang diskusi ilmiah dengan saya. Seronok.

Kita hari ini menggelar diri kita daie, tapi jangan tenggelam dengan title yang indah itu semata-mata. Daie juga bisa melakukan kesilapan dan dosa. Jadi, jangan terlalu syok suci. Sehingga semua orang dihukumnya pelbagai. Bukan tidak boleh menyeru pada arah kebaekan. Itu suruhan Tuhan. Serulah!

Tapi jangan menghukum. Kita hanya daie, bukan Al-Hakim. DIA saja yang berhak untuk menghakimi.

Bila jadi daie, jangan rasa diri itu suci. Perasaan diri suci, akan menyebabkan kita jauh dengan taubat. Sedangkan Rasulullah sendiri melazimi diri Baginda dengan taubat. Wallahu a'lam.

Selalulah merasakan diri kita perlu pada pemBERSIHan. Bukan saja Negara, tapi diri sendiri juga. Tentu sekali nak memBERSIHkan Negara, bermula dari jiwa-jiwa yang BERSIH. Insya Allah, jiwa-jiwa ini akan BERSIH dengan taubat. Insya Allah.

Resolusi :

  1. Banyakkan beristighfar dan istiqamah solat taubat sebelum waktu Subuh atau semasa waktu Dhuha, paling tidak pun selepas Maghrib atau sebelum tidur.
  2. Kurangkan buat dosa dan maksiat, walaupun sekecil-kecil maksiat. Awasi diri dan latih diri dengan meninggalkan perkara mungkar yang kecil lebih-lebih lagi yang BESAR.
  3. Banyakkan melakukan amal kebaekan dan ihsan. Insya Allah, amalan kebaekan ini akan menghapuskan kejahatan. Jadi, banyak-banyak bersedeqah, membantu orang lain, membuat amal jariah, berdakwah, atau paling tidak pun, banyak-banyak buat amalan sunnat seperti puasa sunnat, solat sunnat rawatib, berzikir dan etc.

Semoga Allah merahmati diri kita dan seluruh orang yang kita kenal.

Kalau kita nak hasil yang baek, perlu pada usaha yang bagus. Kalau nak masuk syurga,kena usaha lebih sedikit. J

banyakkan bertaubat. kerana mati itu bila-bila masa. =(


Kalau nak diri BERSIH, kena usaha banyak sikit.

Kalau nak Negara BERSIH? Wallahu a'lam. Mungkin kena tukar pimpinan? J

Mari banyakkan bertaubat. Penyucian hati adalah tuntutan. Bukan bebanan. Kita bukan Malaikat yang tidak melakukan dosa. Ingat tu. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Hani said...

I dream to be like that EBP, insyaAllah, biiznillah :)

husnataqwa said...

i pray for u too, dear friend. insya Allah. may ur dream come true. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.