♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 01, 2011

Salam Sahur


Alhamdulillah. 1 Ramadhan milik kita. Berjaya berada dalam linkungan Ramadhan pun sudah mampu membuat hati berasa syukur. Walaupun tadi tak tengok pengumuman berpuasa di televisyen, tak sempat juga mendengarnya dari corong radio, tapi sepanjang permusafiran hampir 12 jam, ternyata esok puasa apabila semua masjid dipenuhi makmum-makmum yang ramai bagi menunaikan solat terawih.
Suasana Ramadhan sangat di rasai sepanjang permusafiran. Walaupun belum masuk Ramadhan, tapi suasananya macam dah masuk Ramadhan. Sewaktu dalam perjalanan ke Gua Musang, menghantar adik ke sana, kami mencari kedai makan untuk makan tengahari. Cari punya cari, susah sangat. Banyak kedai tutup kat highway tu. Akhirnya ada satu kedai je yang buka. Itupun lauk-pauk dah tinggal ciput sangat. Ayah tanya, "Bakpo kedai semua tutup ni?" Jawap pekedai dengan semangat, "Semua pakat cuti nok sambut Ramadhan!"
Wah, terharu pun ada juga. Memang sepanjang jalan, banyak kedai tutup. Wah, ore kelate meme bagus sokmo. *__*
Selepas menghantar adik ke rumah penghulu kampung di Gua Musang dan melawat masjid yang bakal adik imamkan jemaahnya, kami meneruskan perjalanan pulang. Nasib baik laksa hidangan tuan rumah tadi berjaya dibuat alas perut. Baek sokmo ore kelate. +__+ Terkejut juga tengok masjid tadi, boleh tahan besarnya. Tengok muka adik dah pucat. Maklumlah, pertama kali jadi imam terawih. Soalan pertama yang ditanya pada penghulu kampung, "Berapa ramai jemaah kat masjid?" Jawab penghulu, "Waktu solat biasa ada dalam 80 orang jemaah. Kalau bulan Ramadhan, boleh jadi dua kali ganda. Itu pun awal-awal Ramadhan, tengah-tengah makin kurang makmumnya." Tengok adik kecut perut. Ramai tu. Tapi ayah ibu sempat counter macam-macam, tenangkan adik. Apapun, semoga adik berjaya melalui tarbiyyah disana. Dah la demam, batuk, selesema, kasihan pulak kat dia.
Pukul 12 malam tiba semula ke rumah. Penatnya wallahu a'lam. Perjalanan tanpa henti. Ingat tak nak menulis, tapi menulis juga, tak sangka boleh jadi panjang juga. Maaf lah. ehhee.


Ala kulli hal, Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini, moleklah seandainya saya memohon maaf pada semua sahabat handai di alam realiti dan jua di alam maya. Ampun dan maaf diminta seandainya seringkali tindak tanduk yang sengaja mahupun tidak sengaja menggores hati kalian. Moga-moga kemaafan yang kalian hulurkan buat mustadhafin seperti saya mampu memberi sinar buat saya sepanjang Ramadhan ini untuk melalui bulan mulia ini dengan penuh tenang dan damai.
Tidak apa yang diharapkan melainkan hanyalah kekuatan fizikal dan rohani untuk beribadah sehabes baek di bulan ibadah ini. Maka, jujurnya, sebarang hutang samada dalam bentuk perasaan, harta benda, urusan, bolehlah diselesaikan. Tidak pernah tertutup ruang perbincangan. Macam-macam medium, saya takpe belaka. Asalkan semua orang boleh berlapang dada.
bulan ibadah, bukan bulan juadah!

Banyak dapat mesej sempena Ramadhan, tapi satu pun tak dapat balas. Sedang syok ber'sms', tiba-tiba kredit tak meninggalkan apa-apa baki. Tak perasan kredit dah nak habes. Kasihan dua orang yang tertunggu-tunggu saya reply mesej. Asif jiddan. Dan tak dapat juga nak send mesej Ramadhan dan ucapan maaf melalui SMS, dan saya tahu, tak semua orang baca post ini. Apapun, sape yang baca, mohon untuk berlapang dada dan tegur seandainya saya melakukan kesilapan. Insya Allah.

Pesanan Penaja : Mesti bangun sahur. Jangan ajar tak bersahur walaupun sehari. Sahurlah walaupun hanya dengan air sejuk. Dan sepanjang bulan Ramadhan, mesti baca Quran setiap hari. Walaupun sedikit, asalkan istiqamah. Moga istiqamah itu jadi bekal berterusan. Insya Allah.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.