♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 02, 2011

Sepahit jadam *---*


Alhamdulillah, lebih kurang 6.30 pagi, Sabtu ini menyaksikan kepulangan saya ke negeri serambi Makkah, setelah hamper dua minggu bertandang di negeri orang.

Disambut dengan senyuman panjang Ibunda dari dalam kereta. Berlari-lari anak mendapatkan Ibu. Kemudian mulut terkumat-kamit menceritakan pengalaman di sana.

"Kenapa macam kurus sikit? Kena buli ke kat sana?" tanya Ibu. Saya tergelak besar. Mana ada kena buli, ini namanya terlalu bahagia. Ibu tumpang senang hati.

i want to stay with you and i want you stay with me...


Entah kenapa kali ini benar-benar terasa syahdu meninggalkan mereka disana. Petang itu kami terbaring memandang langit, rutin yang biasa kami lakukan bila bertiga.

"Nanti korang pergi Kuantan, korang tinggal aku sorang-sorang. Nanti aku tak lalu makan. Aku sedih." Kata salah seorang dari kami.

Kami berdua terkesima. Turut berasa syahdu dengan dialog dari hati tersebut.

Tuhan mengatur sekali lagi antara kami, kalau dulu, hanya aku seorang yang akan ke Kuantan, sekarang hanya beliau seorang yang tertinggal di Petaling Jaya. Sungguh pahit saya mahu menelan hakikat ketentuan Tuhan.

Tapi apakan daya seorang hamba tidak mampu menandingi kuasanya DIA. Saya tersenyum.

"Entah boleh lagi atau tidak untuk kita mencipta kenangan…"

Subhanallah. Kali ini benar-benar terasa dekat dan sangat dekat.

Berkumpul ramai-ramai bersama, bercerita sakan, bergelak senda, kemudian salah seorang dari kami bersuara,

"Mesti dah susah nak duduk-duduk macam ni lagi lepas ni. I will remember this moment.."

Percayalah, persahabatan yang dibina atas dasar aqidah tidak mudah luntur, tidak mudah hilang dan tidak mudah kering. Insya Allah, walaupun tidak dapat bersama, tapi hakikatnya kita 'dekat' sentiasa.

Ya Allah, jagalah sahabat-sahabat saya, berkatilah mereka, dan lindungilah mereka dengan rahmat dan kasih-sayangMu.


Mungkin saya tidak mampu lagi menutur kata nasihat seperti selalu, tidak dapat lagi mendengar rintih pilu seperti dulu, tapi percayalah sahabat, dalam hati ini, saya mendoakan kalian sentiasa. Dan mengharapkan masa-masa lalu berulang kembali antara kita.

Tak sempat untuk kita berpadu suara mengalunkan qasidah. Sungguh, sepanjang perjalanan ke Kota Bharu tadi, saya mendengar qasidah Ya Thoybah dan Selawat Badriah, ingatan ini segera melayang pada kalian disana. Teringat kompang, teringat Mahallul Qiam, teringat surau level 3 dan macam-macam. Indah, indah tak terlukis di alam nyata.

Sahabat, jangan pernah kalian katakana kita tidak dapat bersama dalam 'satu perjuangan' seperti sebelumnya. Perjuangan kita sama, Cuma bezanya hanya masa. Kami menunggu kalian disana. Datanglah. Kami tak sabar untuk berada di dalam satu saff bersama kalian seperti dulu.

Bersemangatlah menghabiskan sisa perjuangan akademik di sana, dan cepat-cepat melangkahkan kaki kesini. Kami memerlukan tenaga kalian. Usah rasa letih dengan ujian, tapi redha dan senanglah atas ketentuanNya DIA. Insya Allah, ada kemanisan di akhir perjuangan kelak, insya ALLAH.

Tinta ini terasa pahit seperti jadam. Seolah tinta perpisahan. Tapi tidak mahu aku mengatakan ini adalah perpisahan, bagi aku ini adalah percaturan Tuhan. DIA tidak memisahkan kita, tapi DIA memberi ruang waktu untuk kita. Mari perbaiki diri sementara masa bersisa. Sepahit jadam, tinta buat kalian, kerana hati terasa ingin membawa kalian bersama.

Farah Adlina, Asyitah Idris, Afiqah Zulkifli, Wirdah Mohd Zain, Illeya Ibrahim.

Yakinlah, kami menunggu kalian disana. Bersemangatlah menghabiskan sisa di PJ dan berlarilah kearah kami dengan riang gembira. Insya ALLAH disitu ada kemenangan yang NYATA.

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

ade orang baru habis baca buku us nik abduh ke.

husnataqwa said...

=) tadak kaetan.. huu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.