♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 07, 2011

Ustazah yang garang... *_____*

"Kamu tak Nampak ke apa ustazah tulis?"

"Nampak."

"Habis tu kenapa tak baca?"

"Hem…"

"Kamu pandai baca ke tak ni??"

"Pandai.."

"Habis tu saya tanya, kenapa kamu tak baca?"

"Saya takut.."

"Takut apa pulak?"

"Saya takut kat Ustazah.."

*SIGH*

"Ingat Ustazah makan orang ke?"

Tiba-tiba budak itu mengangguk. Alamak, nak tergelak pulak.

Sabar sajalah melayan budak-budak yang rata-ratanya berumur 9 tahun.

Subjek Pendidikan Islam yang saya ajar, atau lebih tepat, Fardhu 'Ain.

Sebelum saya kembali mula mengajar, Ibu saya pesan,

"Budak-budak ni nakal. Tak dengar orang. Kena garang sikit."

Saya kira, tidaklah terlalu garang seperti yang saya dan kawan-kawan pernah lalui.

Tapi memberangsangkan bila setiap kali saya masuk kelas, semua diam. Berbaloi. Walaupun mereka takut, tak mesra dengan saya, saya tetap puas hati tengok mereka semuatekun menyiapkan tugasan yang saya beri. Kadang-kadang saya rasa saya zalim, tapi bila fikirkan semula, tidaklah terlalu zalim. Marah hanya apabila mereka buat salah. Kalau tidak buat salah, tidaklah saya melenting. J

Pertama kali saya mengajar, saya masih ingat bagaimana budak-budak itu bila habis kelas, takut untuk bersalam dengan saya. Sedang saya mengemas beg di meja, mereka menunggu sambil memandang dan saling menolak sesame mereka.

Bila tengok mereka macam tu, saya kata pada mereka, "Meh salam sini."

Baru mereka datang. Kasihan juga. J

Ibu saya cerita, budak-budak tu bagitau kat kawan-kawan mereka yang kelas lain, mereka takut sangat pada saya. Lawak pun ada. Kalau sapa yang kenal saya, mesti tak percaya. Ok, lainlah keadaannya kalau anda buat salah, memang saya marah. J

Nasihat Ibu,

"Waktu jadi cikgu ni, belajarlah macamana nak didik budak-budak. Kakak lepas ni kalau dah kerja, mesti tak jadi cikgu, takut ilmu nak didik anak tak ada."

Saya senyum saja. Didik anak? Wah, Ibu sudah semakin berani bercakap tentang orang dewasa dengan saya. Tidak lagi bercakap soal Upin dan Ipin, Adik Nuyah, Sport Rim kereta macam dulu-dulu. Mesti Ibu dah tahu anaknya dah semakin dewasa. Sejak akhir-akhir ini Ibu lebih terbuka. Tanya soal jodoh, dan sebagainya. *SIGH* J

"Nanti kalau ada anak, jangan selalu garang macam tu. Kalau ada yang garang, kena ada yang neutral… bla.. bla…. Bla…" panjang Ibu berleter pada saya. Bukan leteran semata-mata, penuh terkandung dengan hikmat dan nasihat. J

Minggu depan nak mengajar lagi, harap-harap mereka semua tak mati ketakutan. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

halilm intec said...

kak husna orang buleh bayangkn ah gane kak hsna marah..
masih ku ingat kenangan ni semkal, dimarahi di latihan debat... ooh, tragis, lepas tu mmg tak berani nak datang lewat latihan debat..

nurulhusna said...

ade2 je halim.. =)
mase tu akak tak marah, akak nasihat jah..
doh mari lewat sokmo.. ishk3, patik sensitif dengan masa.. =)
apepun, berbaloi kena marah, dapat johan siap pendebat terbaek lagi kan? =)

halilm intec said...

hehe, hok tu tokleh pertikailah. terima kasih tunjuk ajarku sifu. ^~^
loni kak aktif debat lagi dok? bukan UIA hebat team debat dia? tak join ke?

nurulhusna said...

sifu lah sangat. =)

tak aktif, dah pencen, bersara. banyak komitmen laen etep..

nurulhusna said...

sifu lah sangat. =)

tak aktif, dah pencen, bersara. banyak komitmen laen etep..

halilm intec said...

hok ni pun tokleh pertikai gok laaa..
dengar afif kate hebakk kak husna di uia. ore kuat uia ni.. patut pencen debat pun..
totally off ke debat? kate minat sangat dulu..

nurulhusna said...

yup, klo bertanding, mmg totally offline lah dik.. =)

minat tu mmg lah.. tpi keadaan yang tidak sesuai. =)

apa pun, still berdebat secara unformal klo perlu.. =)

halim study molek2

halilm intec said...

tengkiu kak. insya allah. halim pun dah tak aktif debat dah loni. banyak main bendo lain. hehehe

murabbi said...

hee....ustazah x garang2 ye..
ank murid dlu dgn ank murid skrang lain...
;)
mngajar juge prlu ade hkmahnye...
lmbut tp tgas....
hormat bukan tkut...
;)
truskan ye ustazah!!!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.