♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, July 06, 2011

Rindu pada Nenek.



Saya terfikir-fikir, sekarang dunia dah banyak berubah. 'Ekosistem' dah banyak musnah. Tapi masih ada orang yang menolak untuk memBERSIH. Apo nak jadi. *SIGH*

Semalam saya menziarahi sepupu yang meninggal dunia di Lati,Pasir Mas. Dan baru saya sedar, saya sebenarnya mempunyai snagat ramai saudara, dan saya tak pernah kenal rupanya.

Sewaktu menziarahi keluarga mereka, tidak dapat membendung ingatan pada Arwah Nenda. Wajah mereka ada iras-iras, semakin dilihat, semakin itulah saya semakin lemah. Rasa nak pitam pun ada. Sungguh, nenek benar-benar menggamit rindu sejak akhir-akhir ini.

Baru-baru ni saya berbincang dengan adik-beradik tentang tema hari raya untuk tahun ini, (awalkan bincang? Hehe) kami belum bersetuju dengan apa-apa tema. Sewaktu berbincang tema, teringat pada Nenek sewaktu tahun lepas merayakan Aidilfitri terakhir bersama beliau. Masih saya ingat bagaimana bajunya yang tidak menepati tema, kemudian kami refuse untuk bergambar bersamanya (gurauan), kemudian kata beliau,

"Mak tak suke warna biru, biru tu warna Barisan. Anak cucu Mak kena undi PAS."

Kami sekeluarga tergelak besar. Patutlah Nenek tak membeli baju mengikut tema, kami terlupa tema kami warna biru. Sehinggakan tahun ini ada yang mencadangkan untuk membuat tema hari raya warna HIJAU. Bukan sekadar hijau, tapi hijau PAS. Saya sekadar tersenyum. *tiada unsur-unsur politik disini,sekadar cerita coretan keluarga semata*

Mak suka sangat kat Akhil Hayy, walaupun Akhil Hayy dah kahwin dengan Waheeda waktu tu. Mak memang minat dengar Akhil Hayy mengaji. Selalu kalau ke Pasar Malam, saya carikan VCD Akhil Hayy untuk Mak. Tapi kualiti Pasar Malam macamana lah sangat, dua tiga kali pasang, rosak. Nak beli yang ori, mahal pula. J Kalau ada rancangan Akhil Hayy kat TV, Mak orang nombor satu duduk depan. Minat sangat. J Sampaikan pernah Mak menyuarakan hasrat nak beli Astro, sebab waktu tu Astro Oasis baru wujud, Mak nak tengok Café Akhil Hayy. Lawak sungguh melayan karenah Mak. J

Dan yang paling syahdu, Nenek a.k.a Mak, tak sempat pun nak tengok Kakak kahwin. Sedangkan Mak orang paling semangat nak tengok Kakak kahwin. Mak pernah pujuk Ayah Ibu waktu Kakak nak kahwin awal. Tapi apakan daya takdir Allah menjemput Mak lebih awal dari jangkaan kami. Mak suka sangat dengan tunang Kakak. Waktu bertunang, Mak selalu puji tunang Kakak. Mak suruh Kakak kahwin awal-awal, biar Mak sempat tengok, tapi Mak tak sempat tengok Kakak jadi isteri orang. Bila saya tanya Mak,
"Tak nak tengok saya kahwin kah?"

Kata Mak,

"Awak kahwin memang Mak tak kan mampu nak tunggu dah. Kubur dah memanggil-manggil."

Takpe, Mak tak dapat tengok saya kahwin pun, tak sempat kenal siapa bakal suami saya sekalipun, saya totap ikot nasihat Mak, cari suami yang terbaek, insya ALLAH.

Sungguh, saya rindu pada Mak.

Dulu waktu saya dok sorang-sorang kat rumah macam sekarang, bila UIA cuti, Mak yang temankan saya. Dulu saya selalu sakit (sekarang makin baek, ALHAMDULILLAH),Mak mesti tolong saya macam-macam. Masakkan untuk saya, picitkan kepala saya, buatkan air untuk saya dan macam-macam. Kalau nak apa-apa, minta saja pada Mak, kalau mampu, Mak pasti buatkan. Tapi waktu tu Mak pun sakit jugak. Tapi Ayah yang selalu tolong bila Mak sakit.Allah, saya rindu betul pada Mak.

Mak selalu suruh saya belajar kat Pondok Lubuk Tapah, tapi saya degil. Perangai saya memang kalau makin disuruh, makin-makinlah saya tak nak buat. Kalau dilarang, itulah yang saya nak buat. Keluarga mafhum benar. J Bila Mak kata, pergilah Pondok, saya dah nak pergi, tapi saya batalkan. Terukkan saya ni? Ego tak tentu pasal. *SIGH* Sekarang baru padan muka, nak pergi pondok, takde sapa nak temankan. Lepas tu mulalah desperate dan mencari-cari teman. J

Ya, mengakui kat rumah ni sangat sunyi. Takde orang. Kadang-kadang saya bercakap dengan kucing. Kadang-kadang saya bercakap dengan 'Adik Nuyah'(teddy bear hadiah dari Kakak J),tapi mereka selalu tak respon. Memanglah, macamana mereka nak respon. Kalau mereka respon, itu 'gila' namanya. Kadang-kadang kalau tengok TV, saya akan jadi pengulas TV sorang-sorang. Boleh juga buat ubat mulut yang nak sangat bercakap. Kadang-kadang ada kenderaan saya boleh keluar, tapi nak keluar ke mana? *SIGH*

p/s: Lagu ni Kakak tujukan untuk saya, sekarang saya nak tujukan untuk Mak dan semua. Sobss. Sobss

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku

repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup



Source: http://liriklaguindonesia.net/s/st12/st12-saat-terakhir/#ixzz1RI9Btjwy

Memang tak dinafikan saya rindukan MAK, sangat-sangat rindu. Semoga ruh Mak dicucuri rahmat di sana. Saya yakin, suatu hari nanti kita bertemu di AKHIRAT ya Mak. Mak tunggu saya di SYURGA. J





:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

boring ke mu? bakpo tok ajok ak g dumah? mace takdok sepupu jah

husnataqwa said...

hoh. bukan tok sey ajok. malah nk nyusoh. mai la jale dumoh klo free gak.

kejauhan aku disini said...

rindu mak.....

husnataqwa said...

`.☆٠•●♥٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ *:٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥● ٠•●
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
█▓▒░►سبحان الله, والحمد لله, ولا إله الا الله, والله أكبر◄░▒▓█*
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
`.☆٠•●♥٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ *:٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥● ٠•●

yh said...

dekna...... ;) ;) ;)

blink* blink* blink*

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.