♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, August 26, 2011

Bakal Berakhir T.T


Alhamdulillah.


diari ramadhan 2011 bakal berakhir. Subhanallah... =(


25 Ramadhan

Tinggal empat hari lagi kita bakal berpisah dengan Ramadhan Al-Mubarak. Perasaan anda bagaimana? Adakah gembira sebab lepas ni senang lenang boleh makan di waktu siang? Atau gembira sebab tidak perlu bangun awal pagi untuk bersahur?

Atau mungkin.. kita merasakan kesedihan yang teramat untuk berpisah dengan Ramadhan. Sedih. Bulan ini penu barakah, Berjaya mendidik nafsu kita. Berjaya melemahkan nafsu kita. Bukan itu saja, malah bulan ini adalah gedung pahala yang cukup-cukup lumayan. Masya Allah.

Seringkali saya tertanya-tanya pada diri sendiri. apakah perubahan yang mahu aku bawa untuk Ramadhan kali ini? Maknanya, KPI kita untuk Ramadhan kali ini.

Sewaktu tingkatan tiga, waktu muda remaja dulu, Ramadhan itu saya gunakan untuk melatih diri Qiam. Sejak Ramadhan tahun 2005, saya belajar untuk bangun awal sebelum Subuh dan Qiam sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunnat tahajud. Disitulah saya membiasakan diri dengan qiam.

Maka, saya terfikir, apa pula untuk Ramadhan kali ini? Enam tahun berlalu. Tak mungkin momentum Qiam masih sama seperti dulu. Mungkin sekarang membaek sedikit. Paling kurang Qiam dengan empat rakaat. Dua rakaat taubat diteruskan dengan dua rakaat tahajud. Kali ini, perlu perubahan yang lebih baek. Perubahan bukan untuk setahun dua, tapi untuk selama-lamanya.

Anda bagaimana? Apa KPI anda untuk Ramadhan kali ini? Teruskan untuk berpuasa sunnat Isnin dan Khamis? Atau mahu konsisten baca Quran paling kurang sejuzuk sehari? Atau bagaimana? Terpulang. Asalkan segala amal ibadah itu kita lakukan sebagai santapan rohani kita. Makanan buat jiwa kita. Agar tidak mati ditelan kabus nikmat dunia. insya ALLAH.

Pencarian Lailatul Qadar

Bagaimana pencarian anda? Sederhana? Atau biasa saja? Walaupun tak dapat iktikaf kat masjid, sekurangnya bangun awal untuk Qiam. Kalau ada yang mampu tak tidur tu, memang saya salute sangat. Tapi kalau saya sendiri, tak mampu untuk tidak tidur. Sekurang-kurangnya tidur sekejap 2-3 jam. Kemudian bangun semula. Baru rasa segar dan bertenaga. J

Masih bersisa Ramadhan. Jangan dijangka-jangka malam tertentu untuk beribadah. Anda akan rugi sekiranya jangkaan atau ramalan anda tidak berhasil. Lebih baek borong semua kesepuluh malam. Beribadah sebaeknya, semaksimanya. Banyakkan doa. Jangan doa nak dapat 4.0 flat je. Atau jangan doa nak kawen lelaki soleh je. Mesti doa ditsabatkan iman. Dikekalkan istiqamah. Digolongkan dalam golongan orang yang bertaqwa. Dan dikurniakan hidayah dan taufiq berpanjangan. Itu baru ada class! Jangan doa untuk dunia saja, akhirat pun kena doa juga. Moga dibebaskan dari seksa kubur, seksa api neraka dan diberikan husnul khatimah, insya ALLAH, ameeen!

Lagi satu, kalau nak berdoa, jangan tunggu Lailatul Qadar saja. Setiap masa pun berdoalah. Lagi-lagi dibulan Ramadhan. Bulan yang memang dijanjikan ALLAH penuh barakah. Jadi, banyakkan doa senantiasa. Bukan waktu qiam saja. Bukan waktu nak berbuka puasa saja. Dan yang paling-paling penting, jangan lupa minta keampunan dari ALLAH atas dosa-dosa kita yang menggunung tinggi. Moga keluarnya dari madrasah Ramadhan kita menjadi orang yang bersih tanpa dosa. Dan hati pun bertenaga untuk melaksanakan amal soleh. Insya ALLAH. J

Debaran hari raya kian mendekat.

Debaran? Macam apa pulak bunyinya.

Ya, berdebar. Entah bagaimana lebaran kali ini diraikan. Adakah benar-benar meraikan KEMENANGAN setelah sebulan melatih nafsu? Atau kembali kembali diri yang 'kotor' seperti sebelumnya?

Ya, berdebar. Lebaran kali ini sebagai seorang yang lebih dewasa. Perlu pada peningkatan diri yang lebih hebat. Tidak boleh sama. Kerana mukmin yang cemerlang itu adalah mukmin yang hari ini lebih baek dari semalam. Tahun ini lepas baek dari tahun lepas. Itu dia! J

Bakal merindui terawih.

Tiap-tiap malam, motosikal itu dipandu ke masjid, kadang-kadang bersama Ibu, kadang-kadang seorang diri. Walaupun hujan, tetap diredah, sebab malas nak bawa kereta. Susah nak parking.

Pernah sekali meninggalkan terawih. Setelah tiga hari diserang sakit kepala melampau, hari yang ketiga, memang langsung tak boleh bangun. Musabbabnya langsung tak diketahui. Memang menderita. Akhirnya, setelah dipaksa, terpaksa ke klinik malam tu jugak. Sebab muka dah pucat macam mayat, abang kata. Maka, ter'miss' terawih. Nasib baek miss terawih je, tak miss puasa. J

Disamping seronok dapat solat berjamaah di masjid, seronok juga dapat mengulang Al-Quran sewaktu solat terawih. Imam di masjid saya, bacaannya Cuma di juzuk 1-4 saja. Maka, seronoklah kita mengulang. Yelah, kalau juzuk 22 tu, mahu kelu juga. Kalau Imam tersilap baca, sibuklah dok cerita kat Ibu. Memang seronok boleh mengulang. Efektif pula tu!

Persiapan hari raya

Persiapan hari raya anda bagaimana? Boleh nak bersiap untuk hari raya, tapi jangan sampai melebih-lebih sehingga terlupa Ramadhan masih bersisa. Kalau nak basuh langsir ke, jangan buat waktu malam sampai tak dapat datang terawih. Buatlah waktu petang atau pagi. Pandai-pandailah adjust masa.

Seorang kenalan di masjid baru-baru ini menceritakan, kakaknya tak dapat datang terawih sebab nak pasang langsir baru kat rumah. Kemudian saya tanya, pagi-pagi kakak kerja ke? Jawabnya tidak. Habis tu kenapa nak pasang malam? Musykilah kathirah!

Saya pula tak sabar menunggu kepulangan kakak abang di perantauan. Alhamdulillah. tahun ni semua adik-beradik beraya di kampong kecuali kakak yang sedang belajar di Indonesia. Yang baru kawen Jun baru-baru ni. Tahun ini beliau tak boleh balik beraya, katanya cuti pendek sangat. Maka, suaminya pergi beraya ke sana. Wah, tadhiyyah yang sungguh mengterharukan. Itulah perkahwinan jarak jauh. Sabarlah, sedikit saja lagi perjuangan kalian perlu pada mujahadah! Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian ya.

Bermula pagi Sabtu nanti seorang demi seorang akan menjejakkan kaki ke kampong. Wah, teruja saya setelah hamper 4 bulan menjadi anak tunggal yang kebosanan. Lepas ni boleh jadi adik yang menceriakan pula. J Kalau dah adik tu, umur 20-an pun tetap jadi adik. Seronok jadi adik. J

Termasuk pagi tadi, dah 6 kali abang saya menelefon bertanya tentang kek coklat kegemarannya. Matilah saya. Mereka semua memang suka demand-demand. Aduh!

Persiapan ke Kampus Kuantan

Semakin dekat nak ke Kuantan semakin berdebar-debar pula. Takut pun ada. Entah bagaimana kehidupan di sana. Cepat atau lambat untuk adapt dengan suasana baru dan system baru. Moga-moga ALLAH permudahkan.

Alhamdulillah semua urusan telah saya selesaikan sendiri. membuktikan 'independent'. Berjaya. Ayahanda pun kagum. Erk, anak ayah dah tua la. Dua puluhan dah umurnya. Tak perlu terkejut. J

Cuak dan inferior nak masuk Kuantan. Lepas ni jumpa senior yang lagi-lagi tua. Lagi-lagi hebat. Masya ALLAH.

Semoga ALLAH mudahkan semuanya urusan saya dan sahabat-sahabat yang bakal masuk ke Kuantan dan Gombak nanti. Insya ALLAH. Ameeeen!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

tak sabar nak jumpa ukhti kat kuantan.

husnataqwa said...

owww. akan tiba saat dan ketikanya.

bertemulah mata.
berjabatlah tangan.
bersualah kata.

insya ALLAH

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.