Bismillah Alhamdulillah.
Ramadan is not over yet, and the last 10 days are not over yet, so it's not time to take it easy yet. As the Arab proverb says: "Good horses speed up when they get close to the finishing line." The race is still on, and the finishing line is Eid, so we still a chance to do more to get closer to Allah swt :) - Maher Zain
Detik 29 Ramadhan diharapkan lambat berlalu. Betapa hati ini mengharap Ramadhan tidak berlalu pergi. Mahu terus bernafas dalam jiwa Ramadhan. Tapi apakan daya, Syawal bakal menggantikan Ramadhan. Syawal juga bulan dimana kita boleh mengaut sebanyak mungkin pahala dengan menziarah saudara mara, menghubung silaturrahim, puasa enam dan sebagainya. Maka rugilah orang yang tidak mengambil peluang di bulan Syawal untuk mengaut sebanyak mungkin pahala ibadah.
Alhamdulillah. Rumah mula dipenuhi adik-beradik. Macam-macam cerita nak kongsi. Seronok. Anak saudara pula dah semakin membesar. Seronok dapat layan depa empat orang tu. Macam-macam karenah. Semalam abang Taufiq bawa balik kucing Parsinya dengan 'kandang'nya sekali. Tiba-tiba saya tengok Ali, anak saudara yang bongsu masuk dalam kandang kucing tu. Masya ALLAH! Waktu tu semua orang sibuk nak buka puasa. Si Ali dan Si Naim tu dok operate kandang kucing sampai pecah dua! Telatah mereka mencuit hati sungguh. Itu tak kira lagi kalau mereka gaduh berebut mainan. Terpaksalah usahakan semuanya kena ada dua. Ada sekali tu mereka berebut lampu suluh. Sampai nangis-nangis. Terpaksalah ayah pergi selongkar stor cari lampu suluh lagi satu. Sabar sajalah. Kalau pagi-pagi, kena suapkan mereka nasi. Yang ni paling menggoda iman. J
Persiapan hari raya tidak ada yang istimewa. Seperti biasa, rumah using ni tak perlu decorate banyak-banyak. Kebetulan, sebelum kenduri kahwin kakak Jun lalu, dah banyak setelkan rumah. Jadi bila raya, tak ada apa yang perlu nak touch up. Kalau anda belum kemas rumah anda, bersiap-siagalah. Jangan nanti tetamu datang, terkejut tengok rumah macam tongkang pecah. Bukankah rumah itu melambangkan peribadi penghuninya? J
Pagi ni, kami sekeluarga bercadang nak melawat sepupu saya di hospital USM Kubang Kerian. Kalau tak silap,24 Ogos baru-baru ni beliau kemalangan. Sangat teruk. Masya ALLAH. Saya dah pergi melawat hari Rabu hari tu. Kepalanya membesar macam belon. Kata doctor, pendarahan yang berlaku kat otak berlalu banyak. Patutlah asyik keluar darah aje ikut telinga, hidung, mulut dia. Kemalangan yang melibatkan 4 orang. Semuanya orang kampong saya. Sekarang sepupu saya juga masih koma, belum sedarkan diri. Waktu melawat beliau hari tu, beliau di tempatkan di Wad ICU Neuro. Maka, terjumpalah saya dengan Doktor Irsyad. Kantoi dengan dia dah lama tak datang specialist neuro. J Bila saya tanya pada Doktor berkenaan sepupu saya, katanya 'tunggu masa saja samada cepat atau lambat wallahu a'lam, tapi kami doctor tak boleh buat apa-apa dah. Boleh tengok dan pantau sajalah.' Umur sepupu saya baru mencecah 15 tahun. Wallahu a'lam bagaimana kemalangan itu boleh berlaku, takde sapa pun tahu. Kebetulan berlaku waktu malam, kami sedang solat terawih. Depa pi naik motor nak pi beli baju raya rasanya. Dugaan juga buat keluarganya sempena aidilfitri kali ni. Beraya di hospital nampaknya.
Pesanan penaja, jangan drive kereta/motor laju-laju. Anda bukan saja menyusahkan diri anda sendiri, tetapi orang lain juga. Ayah selalu pesan, "Kakak naik motor laju-laju, kalau terus mati takpe, tanam je kat kubur. Tapi kalau patah kaki, patah tangan, lumpuh tak boleh gerak, itu menyusahkan orang." Dulu, waktu zaman sekolah dulu, selalu sangat pandu motor laju-laju, tambah-tambah bila dah terlewat nak ke sekolah. Sekarang dah insaf sikit. J
Dalam keseronokan nak berhari raya, risau juga dengan persediaan nak ke Kuantan. Bimbang tak terselesai semuanya. Nanti ada pula urusan yang tertinggal. Menyusahkan orang lain pulak nanti. Masya ALLAH. Semoga semua urusan ke Kuantan mampu diselesaikan dengan baik insya ALLAH, Ameeeeen! J
Ramadhan Masih bersisa walaupun beberapa jam. Manfaatkan sebaeknya. Kalaupun ini bukan Ramadhan terakhir kita, siapa tahu Ramadhan akan datang kita tidak punya banyak masa lapang seperti tahun ini untuk mempertingkatkan ibadah.
sedih tika solat subuh terakhir dlm ramadhan,kalaulah semua bulan jadi ramadhan dan semua mlm jadi lailatul qadr, sebab rasa malaikat maut makin menghampiri bila baca akhbar hari2 org lain yg pergi,tentu tak lama giliran sendiri, Ya Allah!ampuni kami, ibubapa,anak2 dan adik beradik serta rakyat didlm negeri kami dipenghujung ramadhan ini serta kurnia dan kembalikanlah royalti petroleum utk kerajaan Kelantan!Amin - Kak Mumtaz Md Nawi
Semoga ALLAH memberkati kalian dan keluarga. J
Ramadhan terakhir, moga terpilih menyarung jubah TAQWA stlh grad drpd madrasah Ramadhan~ Izzati Johari
Wassalam J
1 comment:
assalamualaikum.. =D Kak,, jemput dtg rumah.. kat n9.. jauh tu.. ad kesempatan,, mai la dtg =D
Post a Comment