♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, August 03, 2011

Berbekalkan azam beroleh taqwa…


Alhamdulillah.

Syukur kerana sehingga 3 Ramadhan, kita masih boleh sama-sama merasai nikmatnya bulan Ramadhan ini. Masih dapat merasai nikmatnya menahan diri dari makan, minum, maksiat, dan sebagainya kerana Allah Taala. J


Entah esok, atau lusa masihkah kita punya peluang untuk beribadah kepada Allah? Maka, kerana itu, gunakanlah peluang yang ada sebaeknya. Usah tunggu esok untuk beribadah.

Mengakui, bermula Ramadhan, jari ini agak jarang berlari di papan kekunci laptop usang ini. Bukan sebab tak ada mood untuk menulis kerana lapar dan dahaga. J Tapi punya janji pada diri sendiri untuk mengehadkan masa berdepan dengan lappy. Tidak menafikan manfaatnya ada, malah banyak, tapi sementara masih diberi peluang menghirup udara Ramadhan, biarlah digunakan sebaeknya untuk menyempurnakan bulan ibadah ini moga-moga berbuah taqwa. Insya Allah.

Sudah lama saya menyemai hasrat mahu menggapai taqwa, tapi sering diperlekehkan. Susah nak dapat taqwa. Bukan mudah. Kadang-kadang rasa diri sendiri tak mampu. Tapi selepas membelek Solusi dan membaca ayat teras Puasa, saya merasakan inilah jalannya, inilah permulaannya, inilah metodnya. Mengkaji beberapa risalah yang ditulis oleh penulis-penulis yang gah di medan dakwah berkenaan puasa yang membuah taqwa. Terasa diri ini masih jauh dengan taqwa, tapi berasa yakin, kerana dalam ayat teras Puasa itu, Allah telah berjanji, dan janji Allah bukan janji palsu tentunya.

Berbekalkan azam beroleh taqwa, saya mohon pada Allah agar istiqamah dengan segala ibadah, bukan saja dibulan Ramadhan, malah sepanjang tahun dan sepanjang hayat tentunya. Allahu Rabbi.

'Kun Rabbaniyyan, wa la takun Ramadhaniyyan'

Tazkirah di masjid pagi tadi ada menyebutkan tentang ini. Katanya, bila akhir Ramadhan, baru ramai menyebut-nyebut akan qaul Qaradhawi ini. Sepatutnya, pegangan ini perlu dipegang sepanjang bulan Ramadhan kerana kita mesti ikhlas beramal kerana Allah sepanjang bulan Ramadhan, bukan selepas menjalani Ramadhan. Maka, beringat-ingatlah. Sematlah di dalam hati, kita menunaikan semuanya kerana Allah. Kerana di bulan Ramadhan, Allah muliakan, Allah gandakan pahala amalan. Masya Allah.


Teringat pula pada sahabat-sahabat yang Allah lebih menyayangi mereka. saya punya dua orang sahabat yang agak rapat telah dipanggil menghadap Ilahi. Dan Ramadhan tahun lalu merupakan Ramadhan terakhir kami berbuka puasa bersama-sama. Masih terngiang-ngiang lagi pesanannya pada saya sewaktu kami berbuka bersama tahun lalu, "Una, Ramadhan tahun depan aku nak buka puasa rumah kau. Aku nak kau masak untuk aku. Pastu kita terawih sama-sama. Yang penting, bukan ayah kau yang masak tau."

Tentu sekali Almarhum tidak pernah menyangka bahawa Ramadhan akan datang tidak ada untuknya. Seperti itulah saya merasakan bahawa Ramadhan akan datang belum tentu ada untuk saya.

Jarang benar menghadap FB akhir-akhir ini. Walaupun kadang-kadang laptop online saja walaupun empunyanya keluar rumah. Sesekali melihat update-update dari sahabat-sahabat. Gembira dan bersyukur sangat kerana dikurniakan sahabat FB yang sentiasa istiqamah mengupdate status dengan bunga-bunga dari syurga, yakni ayat-ayat yang sentiasa mengingatkan saya pada Allah, pada keampunanNya, pada kasih sayangNya. Masya Allah.

Semalam Ayah menceritakan seorang sahabatnya meninggalkan dunia sambil makan gula-gula Hacks kegemarannya. Kata Ayah, beliau sukaaa sangat makan gula-gula Hacks. Ibarat kata makanan wajib baginya. Dan akhirnya beliau mati dengan gula-gula tersebut. Kemudian, Ayah tanya, "Agak-agak kita mati dengan apa ya? Apa yang selalu kakak buat? Kalau kakak selalu baca Quran, tentu kakak mati smbil baca Quran. Kalau kakak suka pergi masjid, Ba doakan kakak mati dimasjid. Tapi kalau ada yang suka tengok FB je? Agak-agak mati depan FB ya?"

Menginsafkan sungguh. J

Seronok puasa di rumah. Kadang-kadang Ayah masak, kadang-kadang kami beli saja. Serba salah nak masak untuk tiga orang. Kadang-kadang Abang Taufiq balik berbuka puasa di rumah. Kalau dia ada, saya tak sunyi sangat. Boleh juga mengatur menyuruh beliau macam-macam. Alhamdulillah. syukur sebab apapun, Allah masih memberi rezeki untuk kami berbuka dengan baek, Alhamdulillah. setakat ni belum berpeluang pergi ke Qaryah Ramadhan di Kota Baru. Ayah masih kurang sihat. Nanti kena ajak abang nampaknya. J







Semalam saya disindir dengan gelaran 'anak emak'. Suka untuk saya sebutkan disini, saya tidak kisah jika sekiranya di gelar dengan gelaran 'anak emak' atau 'anak manja' sekalipun. Kerana selagi ibu ayah saya masih hidup, saya mahu berbakti sebaeknya.mahu mendengar nasihat mereka sebaeknya. Mahu menyenangkan hati mereka semampunya. Mahu menggapai impian mereka sehabes baek. Dan Alhamdulillah, selama ini saya tidak ada masalah dengan ibu ayah untuk meneruskan usaha dakwah, malah ibu ayah memahami perjuangan yang saya pilih. Cuma kadang-kadang, mereka risau dengan perkembangan kesihatan saya. Alhamdulillah. saya gembira kerana ibu ayah menyokong total perjuangan saya terutama di kampus. Malah setiap kali saya mula untuk futur, pada merekalah saya kembali dan mengutip semangat untuk tsabat. Malah, dalam soal memilih pasangan hidup pun, mereka mula menitik beratkan tentang perjuangan saya. Mana mungkin saya menafikan kasih sayang mereka dan pengorbanan mereka. Maka, saya mahu berbakti kepada mereka sebaeknya, membiarkan gelaran 'anak manja' atau 'anak emak' menjadi pemanis telinga a.k.a halwa telinga. Selalu mereka pesan setiap kali saya memberitahu berita kawan-kawan saya yang sudah berkahwin, bertunang, dan bertaqdim, "Kakak belajar dan dakwah saja. Yang lain tak perlu risau, tak perlu fikir. Soal jodoh itu letak sampingan, bila kita baik, Allah pasti hadirkan orang yang molek juga."

Syukran ayah dan ibu. Dan tentunya adik beradik saya. Abang-abang dan kakak-kakak yang memahami jalan ini. Dan memberi kerjasama serta sentiasa membantu dari sudut kewangan dan sokongan tentunya. Abang, kakak, kalian benar-benar membuat saya K.U.A.T! J

Sehingga itu buat waktu ini, semoga bingkisan ini yang Nampak seperti memulangkan paku buah keras tidak menyakitkan malah memberi penjelasan sebaeknya. Insya Allah.

Semoga Allah merahmati Ramadhan ini dengan sebaeknya keatasku dan jua keatas kamu sekaliannya. Ameeeen ya Rabbal 'Alamiiin. J



Usah risau soal aturan Allah. AturanNya pasti tidak salah. Yang penting, jaga-jaga pada diri, agar berjalan mengikut sunnah dan syariat Ilahi!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

;(

husnataqwa said...

no hard feeling

abi said...

alhamdulillah panjang umur. buatlah apa saja, tanamlah pohon yang berbuah di akhirat. moga ada syafaatnya dik. miss u dear

husnataqwa said...

insya Allah. syukran abg atas sokongannya ^___^

missssss u toooooooooo. Whole heartedly OK!

sis Izzati said...

mmg membekas k.una :)
moga sehat2 shj yep,sy pun anak manja & sy gembira dgn title tsebut ^___^

moga sama2 beroleh taqwa,ameen

husnataqwa said...

bagus Izzati ^___^

Anak Manja pun tough-tough apa, eheee.

Insya Allah.. alaina alaikum *___*

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.