"Begini rupanya susah nak jaga Quran. Mungkin sebelum ni tak pernah rasa. Allah selalu uji manusia dengan kata-katanya."Al-Quran itu dibuka kembali, lembaran demi lembaran diselak satu persatu.
Merajukkah dia dengan aku?
Hanya kepada Allah ampunan dipanjatkan. Moga-moga 'rajuk'nya tidak berpanjangan.
Meneruskan usaha. Biarlah tidak mampu untuk 'cair', sekurangnya ada usaha untuk MENJAGANYA.
Bukan hanya AlHafiz dan AlHafizah yang kena JAGA QURAN. Tak semestinya. Sebab tu saya suka sebut, 'JAGA', bukan 'INGAT' atau 'MASYI'.
Menjaga kalamNya ada pelbagai cara. Samada ktia mahu atau tidak, itulah PERSOALAN POKOKNYA!
Tanya pada diri sendiri. Atau selama ini kita membaca Quran sekadar baca atas dasar tuntutan atau bagaimana?
Susah rupanya nak CINTA pada Quran. Memang wajar ia menjadi MAHAR untukku ke SYURGA kelak. Belum lagi dibicarakan susahnya ISTIQAMAH. Jua MAHAR yang lagi MAHAL untukku ke SYURGA kelak.
Kalau tak jaga Quran, tentu kita yang tidak akan terjaga, sedangkan Quran itu dijaga oleh pemiliknya yang Agung, Allahu Rabbul Izzati.
Sama-sama muhasabah. Dna semailah CINTA pada Quran sebaeknya. Kerana ramai orang yang 'lupa' pada Quran, kerana ia tidak ada CINTA padanya.
Sehingga ketemu lagi ^____^
Ramadhan yang kelima, moga masih belum timbul rasa puas beribadah. Sentiasalah rasa, 'NAK LAGI' untuk beribadah. Wah, lazatnya beribadah!
Semoga Allah Redha.
pencinta Ramadhan. =) |
2 comments:
this post totally make me feeling like..what.. uhh, husna, thanks for this sharing.
erk, that ABDULLAH HANZALAH sign, is it needed? ngeee. Nak curi gambar ni tapi ada tagline dari Ummu Hanzalah. hehe
erk, Ummu Hanzalah?
Tujuan tagline tu mmg tanak bagi orang curi. Tapi sebenarnya tak kesah pun orang amek dan sebarkan. So, silalah, klo tak suke with that 'Abdullah Hanzalah', crop sajalah ukhti~ =)
Post a Comment