♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, August 18, 2011

Berubah kerana CINTA


Bismillah Alhamdulillah. J

Allahumma solli 'ala Muhammad. Ya Rabbi Solli Alaihi Wassalam.


Dengan umur yang semakin dewasa, semakin banyak yang saya pelajari tentang CINTA. Dengan keadaan yang semakin mematangkan kita, semakin banyak saya lihat tentang CINTA.

Kadang-kadang saya merasakan teruja untuk mendapatkan CINTA. Tapi kadang-kadang terasa CINTA itu hanya menderita.

Sesekali menjadi pendengar setia mereka yang sedang menikmati CINTA. Seronok mendegar kisah CINTA orang. Ada yang menarik. Ada yang menakjubkan. Ada yang.. Wah! Adorable! J

Sejak sekolah menengah, perbualan tentang CINTA menjadi topic hangat. Tak kesah samada anda sedang berCINTA atau tidak, tapi yang pasti, topic CINTA hangat dimana-mana. Samada di meja kelas, di katil asrama, di kerusi kantin, di court bola jarring, atau di gawang gol sekalipun.

Dari CINTA yang tidak serius, main-main sehingga CINTA yang membuahkan PERKAHWINAN. Semuanya ada kisah yang tersendiri. J



Seorang sahabat yang perkenalan kami bermula di bangku sekolah lagi. Pada usia yang masih awal, beliau mendalami CINTA. Dari seorang yang berperwatakan kasar, berubah menjadi ayu dan lemah-lembut. Dari seorang yang berseluar menjadi seorang yang selaluuuuu berjubah. Kebetulan, CINTA yang dikenalinya itu dari LELAKI KAKI MASJID. Maka, untung tumpang berubah. Dari hari ke hari, perubahannya banyak. Habis sekolah, mereka berkahwin. Selepas berkahwin, saya bertemu beliau. Dengan JUBAH serta TUDUNG LABUH yang dipakainya, sangat mengejutkan saya. Beserta seorang permata hati mereka, anak sulungnya yang comel. Alhamdulillah. Tahniah. Dan saya teringat kata-katanya kepada saya,

"Aku syukur sangat CINTA dah mengubah aku menjadi seperti hari ini."

Saya menyelak pula kisah seorang saudara seislam. Jua kerana CINTA. Seorang wanita yang cukuuuup solehah dengan didikan agamanya. Tapi sayang, dalam proses membesar mengenal dunia, terjelepuk jatuh CINTA dengan seorang lelaki yang 'tidak seberapa'. Perokok tegar, rambut panjang, kaki lepak, dan.. uh.. solat entah kemana! CINTA itu buta, semua orang tahu bukan? Dia sendiri tidak pernah meminta untuk terperangkap dalam CINTA yang sebegitu. Lagi pula, CINTA itu tidak bertepuk sebelah tangan. Si lelaki berjanji untuk berubah. Setelah berubah, sayangnya keluarga si wanita tetap tidak mahu menerima. Ibu ayah mana mahu menghadiahkan kuntuman bunga segar kepada seekor kumbang buas? Tentu susah dan payah. Selepas terhalang CINTA itu, si wanita memberontak. Membuang tabiat. Melakukan perkara-perkara yang tidak wajar dilakukan wanita muslimah solehah. Si lelaki apatah lagi. dari jahat berubah menjadi semakin jahat. Keduanya saling menunjukkan belang kejahatan masing-masing. Dan saya suka mengingatkan kata-kata wanita tersebut kepada saya.

"Kalaulah CINTA orang baik seperti aku tidak boleh untuk orang sepertinya, maka biarlah aku jadi sepertinya. Mungkin dengan itu, CINTAku layak untuknya."
Sekali lagi CINTA mengubah manusia. Dan berapa ramai orang menjadi gila kerana CINTA.





Dan.. Aku juga punya seorang teman. Dia juga sedang asyik bercinta. Bercinta sehingga melupakan DUNIA. sering saya tertanya-tanya. Apakah yang membuatnya hanyut dalam CINTA?

Jawapannya cantik, "Kerana aku tidak kenal apa itu CINTA melainkan aku terhutang CINTA dengan PENCIPTA. Maka, sekarang aku mahu membayarnya."
Itu temanku. Pernah diuji dengan ujian yang besar. Nyawanya hamper diragut ganas oleh kekejaman jalan raya. Saat semua doctor membuka kot putih mereka tanda menyerah kalah untuk menyembuhkannya, rahmat ALLAH datang kepadanya. Menyembuhkannya. Memberinya sinar bahagia untuk HIDUP. Sejak hari itu, dia cukup rapat dengan ALLAH. Cukup dekat dengan ALLAH. Dan, dia selaluuuuuuu berkata, "MAHU MEMBALAS CINTA ALLAH."

Itu jua kerana CINTA. Kerana CINTA, manusia yang mati, boleh hidup kembali. Kerana CINTA, dari barat boleh berubah ke timur, dari selatan boleh berubah ke utara. Semuanya KERANA CINTA.
CINTA boleh mengubah manusia. Tapi CINTA pada ALLAH adalah segalanya.


Dan CINTA selain daripada ALLAH itu tidak kekal. Berubah kerana manusia, hasilnya tidak lumayan. Kerana ALLAH menilai setiap apa yang kita buat kerana NIAT. Andai elok niatnya, eloklah perbuatannya. Andai kerana manusia niatnya, kerana manusialah hasilnya. Tidak lumayan bukan? Andai kerana ALLAH melakukannya, maka rahmat ALLAH balasannya. Ini sangat lumayan bukan? 
Kagum dengan perubahan insan-insan seperti Wardina Safiyyah, Cat Steven, Amer Munawir dan Bob Lokman. Bagaimana CINTA ALLAH mengubah mereka. Dan harapan kami yang memandang, moga mereka tsabat dengan CINTA ALLAH.

Kalau berubah kerana CINTA, hanya CINTA yang boleh memastikan kita sentiasa kekal berubah.

Saya juga sering tertanya-tanya, bagaimana rasanya khusyuk bercinta denga Tuhan? Sedangkan berCINTA dengan makhluk pun Nampak seperti mengasyikkan. Inikan pula berCINTA dengan ALKHALIQ.

Maka, saya berharap beroleh CINTA itu. Ramadhan ini segunung doa saya mahu panjatkan buat ALLAH, supaya menemukan saya kenikmatan berCINTA denganNYA. Supaya dengan CINTA itu, saya mampu menjadi kekasih yang SETIA, walaupun badai datang melanda, walaupun ujian dihantar menderita. Ya, saya juga mahu CINTA.


Saya melihat manusia sanggup menderita kerana CINTA sesame manusia. Andai CINTA terhalang, sanggup diperjuangkan. Andai CINTA jarak jauh, sanggup berkorban wang. Andai CINTA kesusahan, sanggup berhempas-pulas. Kekuatan apa yang mendorong mereka? tidak lain melainkan kekuatan CINTA.

Bagaimana Shah Jehan membina Taj Mahal buat Mumtaznya sebagai tanda CINTA? Hebat kuasa CINTA.

Maka, dari situ, mari kita panjat gunung-gunung doa, supaya kita ditemukan dengan CINTA ALLAH. Moga-moga lepas ni kita tak malas nak solat sunnat banyak-banyak. Tak malas nak buat amal soleh selalu-selalu. Tak malas nak jadi hamba yang taat dan bertaqwa kepadaNYA.

Insya ALLAH.

Kuasa CINTA itu luar biasa.

Mari dakap erat-erat Ramadhan yang tersisa, moga kita Berjaya mendapatkan CINTA yang ESA.



Kadang-kadang rasa tak layak untuk bercakap soal CINTA pada MAKHLUK, kerana diri sendiri belum kenal sepenuhnya bagaimana itu CINTA kepada PEMILIKNYA MAKHLUK.


Wallahu a'lam.



p/s: tak mampu nak menaip walaupun rasa banyak lagi nak tulis. Dah dua hari sakit kepala mengganggu aktiviti saya. Masya Allah. Semoga Allah melapangkan urusan kita semua. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

kakak.......... :X

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.