♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 07, 2011

DIARI tragedi 4 Ramadhan ^__^


"Alhamdulillahi rabbil 'alamin…" Kata Imam.

"Taqabbalallahu minkum.. Minna wa minkum.." sahut kami, makmum.

Tiba-tiba kedengaran dentuman yang sangat kuat diluar. Selepas dentuman itu, kedengaran jeritan kesakitan dari arah yang sama. Ramai jemaah berlari keluar melihat apa yang terjadi. Secara rambangnya, saya yakin, ada kemalangan. Tapi saya bersiap-siap terlebih dahulu sebelum keluar. Dari dalam masjid, saya dengar makcik-makcik mengucap panjang. Teruk sangat ke kemalangannya?

Akhirnya saya keluar, melihat sendiri apa yang berlaku. Tiba di tempat kejadian, saya terkaku. Darah memenuhi pagar masjid. Motosikalnya melanggar dinding masjid. Seorang lelaki, mungkin berusia lebih kurang 17-18 tahun terbaring mengerang kesakitan 3 meter dari kenderaannya. Ngeri. Kereta memenuhi jalan, sesak.

Saya ditolak menghampiri mangsa. Tidak tahu siapa yang menolak. Tapi saya tetap diam. Tak buat apa-apa. Walaupun pernah belajar pertolongan cemas, tapi keadaan mangsa sangat ngeri,bagi saya. Nak termuntah pun ada. Masya Allah. Tiba-tiba saya disergah, "Belajar jauh-jauh takkan tak nak tolong?" kata seorang Pakcik yang cukup saya kenal. Mungkin mereka lupa, yang Doktor itu kakak saya, bukan saya. Saya senyum, kemudian kata, "Hantar ke hospital pakcik." Jawab Pakcik, "Kita tunggu ambulan, tak boleh angkat dia, macam-macam pecah. Kepala tu tak tengok ke?" Saya mendekat. Makin ditolak menghampiri mangsa. Mangsa diajar mengucap oleh orang kampong. Akhirnya saya membantu apa yang patut. Cuba untuk hentikan pendarahannya, tapi terlalu laju. Tak mampu. Saya Cuma sekadar tidak benarkan dia tidur, supaya dia sentiasa dalam keadaan sedar. Orang kampong di belakang mula bercakap-cakap, "Orang dok terawih, dia rempit. Itulah jadinya." Ish, tak baik buruk sangka. Siapa tahu dia bukan merempit. Tapi agak pelik macamana boleh terlanggar pagar ni. Nak kata selekoh, tak juga, jalan luruuuuuus je. Wallahu a'lam.

Lama juga menunggu. Tangan dan tudung saya juga sudah penuh dengan darah. Terlalu banyak darah yang keluar dan tidak Berjaya saya menghentikan pendarahan, tambah lagi first aid yang dibekalkan sungguh tidak lengkap. Saya banyak belajar daripada kakak, daripada doktor dan daripada buku tentang rawatan kecemasan. Minat palsu saya untuk menjadi doktor waktu SPM dulu mendorong saya melakukannya dengan baek. Tapi sekarang, minat yang sama, tapi natijah yang berbeza. Ehee.
Saya pula yang mula nak pitam melihat kepala mangsa yang pecah. Sungguh parah. Hujan mula turun renyai-renyai.  Akhirnya saya bangun dan mengambil motosikal saya untuk pulang kerumah, risau nanti saya pula yang pitam. Dalam perjalanan pulang, ambulan sudah sampai,kedenganran sirennya dari jauh. Saya meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan darah penuh dan masih basah di tangan. Akhirnya, saya muntah juga. Bau darah yang hanyir dan terbayang-bayang kepalanya yang pecah tadi. Masya Allah. Kemudian saya cepat-cepat bersihkan diri dan ibu saya buatkan secawan air garam untuk saya. Seperti biasa. J

Kemudian, daripada jiran yang baru pulang dari tempat kejadian, saya bertanya keadaan mangsa, katanya, bila ambulan sampai, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian kerana kehilangan banyak darah dan kecederaan di kepala yang teruk.

Insaflah. Ramadhan yang keempat buatnya, dia pergi. Bertuah, malam Jumaat matinya, dibulan Ramadhan Mubarak. Sedangkan kita? Masih belum tahu bagaimana matinya. Subhanallah.

Kalau diberi pilihan untuk mati kerana barah atau mati di medan juang, tentu mati di medan juang yang mahu dipilih. Erk, bukan mati di jalan raya kerana merempit ya. J

Minta jauh dari Allah musibah demikian. Namun, saya yakin, ada ibrahnya. Allah sayang pada mangsa, dan mangsa masih muda, tentu dosa belum sebanyak kita. Maka, mangsa tetap bertuah. Semoga ruhnya dicucuri Allah dengan rahmat dan maghfirah di bulan barakah ini. Insya ALLAH.

Sungguh, kematian itu apabila ia datang, ia tidak mengenal masa, tidak mengenal tempat, tidak mengenal ketika. Hanya Allah yang berhak dan mengetahui segalanya. Hari ini kematian berlaku di depan mata, esok lusa entah kita yang berada di tempatnya. Bertaubatlah selagi ada masa. Kelak, apabila malaikat datang untuk mencabut nyawa, pintu taubat sudah terlambat buat kita. Jangan pernah menyangka diri kita tidak berbuat dosa. Sentiasa muhasabah diri dan mendekati Dia yang Esa, insya Allah. J




5 Ramadhan- 2 kematian telah berlaku dekat denganku. Dan bila-bila masa saja akan tiba saat nyawaku juga diambil. Moga-moga husnul khatimah... ♥

AL-FATIHAH buat yang telah kembali ke rahmatullah. 

Sesungguhnya kalau aku tahu bila usiaku tamat, nescaya aku tidak akan sanggup meninggalkan tikar sejadah, dan bibirku pasti lunak dengan zikrullah. 
Tapi maha suci Allah yang menyembunyikannya. Allahu Allah... ♥

Jalan ini masih panjang. Terlalu jauh matlamat yang ingin kita capai. Bersungguh-sungguhlah mengejar matlamat tapi jangan lupa pada akhirat yang melambai-lambai dan bila-bila masa kita akan dijemput kesana. Wallahu a'lam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Izzati Nur said...

"Saya ditolak menghampiri mangsa"

at least khusna do smthg :)

moga kita mati dgn pakhiran yg baik,husnul kathimah,ameen

p/s:sy smkin mminati tulisan anda kuna.heee

husnataqwa said...

waktu tu terfikir, "bestnya kalau jadi doktor!"

tapi fikir balik, takpe, ilmu tu keperluan, tak jadi doktor pun tak salah ambil tahu.. =)

thanks ety~

nadia said...

kawen jek dengan doktor. senang cite

husnataqwa said...

tak sesenang cerita tuh. takde doktor nak kat aku la nadia.

nadia said...

hehe. gurau jek. kalau dah jodoh tak kemana....... :)

peace sayam!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.