Ehem. Alhamdulillah.
Beberapa hari ini agak sibuk, menguruskan beberapa urusan yang sudah lama terbengkalai. Alhamdulillah. terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah, maka kufurlah mereka yang tidak pernah bersyukur.
15 Ramadhan
15 hari berpuasa. Cek semula diri sendiri, perubahan yang bagaimana telah berlaku pada diri? Tidak perlu merujuk pada perubahan jasadi, tapi rujuklah pada perubahan insane serta rohani.
Sejauh mana amalan puasa meningkatkan iman kita serta melemahkan nafsu kita?
Sejauh mana solat terawih itu menjadi benteng kita dalam melakukan maksiat?
Sejauh mana bacaan Al Quran kita mampu melembutkan hati kita?
Kita ada jawapannya. Kerana kita yang tahu samada kita ikhlas melakukannya atau sebaliknya.
Kalau belum ada apa-apa kesan yang positif, masih berbaki Ramadhan 15 hari, jadi jangan disia-siakannya begitu saja. Gunakanlah sebaeknya. Sungguh rugi orang yang melalui Ramadhan dengan penat lelah ibadah tapi sayang, kesannya pada hati, kosong, langsung tidak berbekas. Cek semula ibadah kita sempurnakah? Ikhlas kah? Cukup rukunkah? Atau ada apa yang tertinggal. Jangan kata tertinggal hati pulak. J
Persiapan Hari Raya
Keadaan di Bandar mula berubah dan semakin menunjukkan taringnya saban hari. Jalan raya sudah kerap kali sesak dan penuh dengan kenderaan samada kenderaan luar Negara ataupun kenderaan buatan Malaysia terchenta. Lagu-lagu raya mula dimainkan di corong radio. Rancak dan merancakkan. Sungguh teruja mendegar lagu raya. Saya sendiri pun pelik, bila dengar lagu raya, hati terus jadi riang gembira. Masya Allah. Tak salah, asalkan jangan diabaikan Ramadhan yang masih sedikit tersisa ini. J
Kalau yang belum bershopping hari raya, disyorkan untuk membeli dengan penuh hemat dan jimat. Ikut keperluan, bukan kemahuan. Tengok kewangan, bukan nafsu dan keinginan.
Erk, dan buat budak-budak ribena UIA yang bakal masuk ke kampus utama masing-masing pada 6 September nanti, jangan lupa persiapan untuk ke kampus. Risau nanti ada yang tak cukup bersedia untuk kembali ke alam kampus akibat terlalu sibuk bersiap-siaga untuk berhari raya. Kena bersedia. 3 bulan bercuti, kalau masih tak cukup bersedia mental dan fizikal, itu memang tak patut. Jadi, tawazun (sama rata) anda punya persediaan. Tapi yang penting, berpada-pada. J
Pemilik yang SELAYAKNYA.
Dalam fatrah masing-masing sebuk mengejar durian runtuh dalam beribadah, mungkin ada yang terganggu dengan pelbagai masalah dan ujian. Bersyukurlah kalau ada ujian. Tandanya Allah mahu dekat dengan kita. Kerana bila datang ujian, kita kembali pada DIA. Kita meminta pada DIA. Kita merujuk semuanya pada DIA.
Allahlah pemilik yang selayaknya. Selayaknya untuk mengadu. Selayaknya untuk memohon. Selayaknya untuk kita sembah.
Dan DIA jugalah pemilik cinta yang selayaknya.
Andai kita sibuk memberikan cinta buat yang SELAYAKNYA, tentu kita tidak punya masa untuk memberikan cinta buat yang selain darinya. Kerana orang yang sibuk itu tidak punya banyak masa.Berhati-hati memberikan cinta. Bimbang tidak pada yang selayaknya.
Ya Allah, aku mohon padaMu, janganlah Kau singgahkan cintaku buat orang yang bukan pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul.
Ketahuilah dan sentiasa ingatkan diri sendiri, bahawa Allah yang memiliki kita. Dan kita adalah hambaNya. Selagi mana kita meletakkan Allah di hadapan, insya Allah, kita tak akan menjadi keterbelakang. Malah, insya Allah, kita akan sentiasa tenang dalam rahmatNya.Ingatlah. Kita dimiliki Allah sepenuhnya. Maka, segala amal ibadah, segala perbuatan baik atau apa-apa saja, sandarkan padanya. Moga-moga kita sedar, kita Cuma manusia biasa yang dimiliki sepenuhnya oleh DIA.
Agar kita tidak lupa diri dan kecundang dalam meletakkan CINTA.
ALLAH adalah pemilik yang SELAYAKNYA.
Layak mendegar rintihanmu.
Layak mendengar permohonanmu.
Layak memiliki cintamu sepenuh hati.
Maka, berilah pada yang selayaknya.
Buat yang diuji, ketahuilah, mencintai Allah itu bakal mencipta ruang untuk kita mencintai orang yang dicintai Allah. Dan bukankah rahmat yang cukup besar dapat bercinta dengan orang yang bercinta dengan Allah? Maka, first thing first, bercintalah dengan Allah. Pasti cinta orang yang mencintai Allah bakal mendampingimu. Insya Allah.Harapan
Harapannya, Ramadhan yang masih bersisa diabadikan sebaeknya. Dipenuhkan dengan amalan-amalan sunnat yang boleh menghidupkan hati. Lima hari lagi kita bakal berhempas pulas memburu lailatul qadr. Dan sewajarnya sekarang kita melatih diri untuk bangun lebih awal untuk bertahajud dan bermunajat padaNya.
Satu tips yang saya suka untuk kongsikan bersama. Setiap malam, latih diri untuk bangun awal 5 minit dari hari sebelumnya. Contoh, pada awal Ramadhan, bangun pada pukul 5 pagi. Keesokannya, bangun pukul 4.55 pagi. Lusanya pula, bangun pukul 4.50 pagi. Saya yakin, akhirnya kita tak terasa mengantuk untuk bangun seawal 4.30 pagi. Kadang-kadang, tak perlu set alarm pun, memang terbangun. J Seronok. Try buat kalau tak percaya. Yang penting, kena ada keazaman yang tinggi, bila dah tersedar tu,mesti terus bangun. Jangan naïf nikmat pula. Allah dah sedarkan, tapi masih berusaha untuk lelapkan mata. Ishk, minta jauh. J kalau Allah sedarkan kita awal pagi, bersyukurlah, itu tandanya Allah mahu kita bangun dan beribadat kepadaNya. Bukan semua orang ada peluang begitu. Maka, gunakan sebaeknya. J
Dan pesanan penaja, sila tidur awal. Jangan online tanpa manfaat sehingga larut malam, tidur pun lambat. Nanti siang-siang asyik dok nak qadha tidur. Sapa suro hang tiduq lambat. J
Semoga Allah melapangkan usaha kita untuk memburu lailatul qadr. Insya Allah, malam yang lebih baik dari seribu malam. J
Sehingga ketemu lagi dalam bingkisan yang akan datang. Jangan lupa doakan saya agar Allah memudahkan urusan saya dan menjadikan saya hamba yang taat serta tenang dalam keimanan. Insya Allah. Ameeeen! J
Subhana Allah! Half of Ramadan is gone already! :( No matter how we spent the 1st half, let's do our best in the second half to make the best out of Ramadan in worship and Quran. Beautiful full moon tonight! :) - Maher Zain-
4 comments:
Subhanallah.Dialah pemilik cinta kita selayaknya :) jazakillah kak husna atas peringatan dan tips nya.moga kita semua sentiasa dibwah lingkungan rahmatNya,Insyaallah :)
huhu. segan ana dengan nti leni. hebat nti..hebat..
assalamualaikum..
alhamdulillah kite da smpi ke 15 hari ramadhan. smoga segala amalan kite di terima. i like this entry.. :)
Mujahidah Solehah : Aiwah, insya Allah.. Mari kejar cinta Allah. Biar sibuk sehingga tidak ada masa unt berfikir tentang cinta selainNYA. =)
Anonymous : Ana pun dengan dengan enti, anonymous sokmo.. :D
Paradise Gal : Alhamdulillah... Ramadhan yang penuh barakah insya ALLAH... =)
Post a Comment