♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 14, 2011

Dosa


Dosa itu adalah penggelap hati.

Semakin banyak dosa, semakin gelaplah hati.
Berhati-hati, walaupun berjaya disembunyikan dosa itu didunia,
di akhirat kelak tetap dihitung Allah satu persatu semuanya.

Jagalah hati. Minimakan dosa. Maksimakan pahala.
Sesungguhnya HATI itu raja pada tubuh badan.

Ighfirlanaaa zunuubana Ya Allah.. ♥♥♥








Berada di fasa maghfirah, membuatkan hati sering mengenang dosa-dosa lalu. Dalam keadaan sedar atau tidak, dalam keadaan sengaja atau tidak, dalam keadaan tahu atau tidak, dosa itulah yang menggelapkan hati. Dosa itulah yang mengeraskan jiwa. Sehingga menjadi beku tanpa airmata. Sehingga menjadi keras tanpa taubat nasuha.

Ya Allah, moga-moga muhasabah ini bukan sekadar muhasabah. Moga-moga istiqamah ini bukan hanya untuk Ramadhan  ini. Moga-moga mampu aku untuk tsabat begini, dekat denganMu seperti ini.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu terhadap dosa kecil,kerana apabila sering dilakukan oleh seseorang, maka pasti akan merosakkannya(akan menjadi dosa besar).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Salam menghidupkan Ramadhan.
Salam Memohon Keampunan Berpanjangan.
Moga-moga Ramadhan Memberi sinar taqwa yang berkekalan.
Salam Fasa Kedua Ramadhan!


p/s: Bagaimana tadarus anda? Jangan lupa tadabbur ayatNYA juga. Baru complete.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

salam. busy ke? dah hantar PM msej banyak kali termasik YM, tapi takde reply. ke takde dapat?

Alin

husnataqwa said...

Wassalam. Alin, maaf. Dpt mesej tu, tapi tak sempat lagi nak respon.

insya Allah try respon malam nanti.
Tapi klo 26hb tu insya ALLAH buleh lagi.

Busy jugak la, jarang ada depan laptop. Tengah buat persediaan. =)

Paradise Gal said...

thanks for the reminder dear sister...:)

husnataqwa said...

Paradise Gal : Afwan. its a pleasure =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.