♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, August 09, 2011

SYILING pun bertukar wajah. *SIGH*


MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM].

Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.

Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.



Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?



Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.

ReJaM© "Sengaja tak mahu pakai lambang bulan dan bintang, tak mahu dunia tahu Islam agama rasmi Malaysia..."


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/panas-bendera-israel-dalam-syiling-baru.html#ixzz1UWns0HkT



p/s: kalau kita masih tidak mahu berfikir, tak tahu nak kata apa lagi. Afala tafakkaruun? Berfikirlah. Apa nak jadi dengan Malaysia... *sigh*


Mungkin ramai yang tak mahu tengok Malaysia huru-hara, tapi sukeeee tengok Malaysia dijajah ekonomi, pemikiran, politik, sehingga AGAMA pun turut sama terjajah. Erk, kalau anda tergolong dalam golongan itu, bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan. 


Sudah tiba masanya pentadbiran negara dikuasai oleh orang yang TAHU, FAHAM dan AMAL akan ISLAM secara TOTAL. Bukan separuh-separuh. Yang jelas lagi nyata, AURAT isteri sendiri tidak terjaga. Isteri pun tak terjaga dari negara, apatah lagi rakyat jelata.. Opssss! Peace! Ia tidak prejudis. Dan tidak melibatkan PARTI. IA melibatkan AGAMA ISLAM. Hidup, Hidup. HIDUP ISLAM!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

sukma atiqah said...

aah kn.. hmm.. duit 5 sen sy suke! mcm logo UIA! hee~

husnataqwa said...

aah la baru perasan la sukma. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.