♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, August 10, 2011

Saf.. Saf.. Luruskan SAF..


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana sehingga hari ini masih dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Tidak ada kata yang lebih baek untuk menggambarkan kegembiraan hati dapat bernafas dalam rahmat Tuhan dengan rasa bersyukur. Moga-moga nikmat ini ditambah selari dengan bertambahnya keimanan hamba kepada Tuhan yang menciptakan. J Panjangnya pendahulan. Macam nak buat essay pulak. J

10 Ramadhan.



Esok, kita bakal meninggalkan fasa 'rahmah' dan menjejakkan kaki kita ke fasa 'maghfirah'. Insya allah, ambillah sebaeknya peluang ini selama 10 hari unutk kita memohon keampunan kepada Allah. Bukan saja kepada Allah, jua kepada makhluknya. Moga-moga berakhirnya fasa 'maghfirah' kita beroleh keampunan dari ALLAH ibarat bayi yang baru lahir ke dunia. Ternyata keampunan itu sungguh tidak ternilai dengan segala harta dunia.

Luruskan SAF.

"Saf.. Luruskan Saf, rapat-rapatkan saf. Henset sila matikan. Sesungguhnya urusan akhirat itu lebih penting dari urusan dunia. Saf… Saf…" kata Pak Imam.

Makmum di belakang merapatkan kaki, menyamakan bahu, menyelesakan kedudukan dalam saf yang teratur. Ada makmum yang memegang tangan sahabat disebelah, bagi memastikan saf teratur, seperti kehendak agama.


"Rapat.. Rapat.." seorang makmum berkata-kata setelah melihat ada beberapa orang makmum muslimat masih tidak sempurna berada dalam saf. Saf sempurna. Takbir pertama dari Pak Imam disertai sekalian makmumnya yang berada dalam saf yang sempurna.

Usai solat, Alhamdulillah. AURANYA terasa lain. Begitu asyik. Walaupun pada awalnya panas dan agak terhimpit-himpit bagi orang yang baru, tapi ternyata, kesannya benar-benar positif. Lega. Segar. Dan bertenaga.

Kalau mengikut kajian sains, kenapa saf perlu dirapatkan, ada alibinya yang tersendiri. Dan memang benar, merapatkan saf itu ada satu aura yang tidak akan diperoleh daripada saf yang tunggang langgang.


Tapi itu dulu. Sewaktu berada di bumi Darul Quran. Semua orang mempunyai kesedaran yang tinggi. Semua orang tidak segan untuk menegur jika ada yang silap dan tidak kena. Ya, semua orang ibarat adik-beradik. Awak salah, saya tegur, saya salah, awak tegur, yang penting, kita sama-sama terima teguran.


Sekarang, masya Allah. Susahnya nak cari saf yang sempurna. Lebih-lebih lagi di kampong terchenta ini. Setiap kali solat terawih, sakit mata memandang lubang-lubang yang bukan kecik, tapi cukup besar. Lompang-lompang dalam saf inilah yang perlu dibaiki. Kalau lompang-lompang ini tidak dibaiki, bagaimana proses membaiki manusia boleh dimulakan? Sesekali saya cuba mengaplikasikan suasana di DQ. Berpesan-pesan supaya merapatkan saf. Tapi, apa boleh buat, makcik-makcik kaku tidak mahu bergerak. Masing-masing kekal di sejadah masing-masing. Sejadah sorang-sorang bukan kecik-kecik, besar seyh. Masya Allah, jadi mana mungkin lubang dalam saf itu tidak besar.


Seolah-olah sejadah itu tidak boleh dilangkah oleh kaki mereka. mesti berdiri di sejadah sendiri. dan ia seolah-olah HARAM untuk memijak di sejadah orang lain. Mentality inikah sebenarnya? Atau apa? Sungguh, saya tercari-cari kenapa orang sekarang terlalu susah unutk merapatkan saf. Sedangkan, itu adalah tuntutan dalam solat. Bukan bererti tidak sah solat dengan saf yang tidak sempurna. Tetapi mana mungkin solat itu sempurna sekiranya kecacatan jelas berlaku pada safnya? Subhanallah.

Entah teguran yang bagaimana. Mungkin peranan Imam yang perlu digunakan. Saya sudah berpesan pada Imam, pelajar tahfiz yang mengimamkan solat terawih di masjid itu. Tapi keadaannya sama, tidak ada kesan yang memberangsangkan. Akhirnya saya sendiri menemui jalan buntu. Bila solat, saya berat hati, hendak ke kiri atau ke kanan? Kalau dirapatkan saf ke kiri, nanti lubang di sebelah kanan cukuuup besar. Kalau dirapatkan saf ke belah kanan, lubang di sebelah kiri pula membesar. Afdhalnya dirapatkan ke sebelah kanan. Tapi… ? saya sendiri buntu dan akhirnya kaku.


Bukan tidak ada makcik-makcik lain yang berkesedaran dan menegur, tapi sama saja, tidak ada perubahan. Semua orang seolah-olah besar kepala dengan sejadah sendiri. bila saya lihat anak muda, Alhamdulillah, saf mereka lebih comel. Tidak terlalu jarang walaupun tidak terlalu rapat. Boleh kata, rata-rata mengeluh dengan keadaan saf di kampong masing-masing. Maka saya tidak terkecuali dengannya. Kalau di UIA, Alhamdulillah. saf masih terjaga. Moga-moga dikekalkan begitu hendaknya.

Kan seronok kalau ambil wudhu dengan sempurna kemudian, pakaian solat yang sempurna, diteruskan dengan saf yang sempurna kemudian imam yang membawa bacaan yang sempurna. Kan comel solat tu? Insya Allah, kalau semuanya sempurna, dimata ALLAH pun sempurna.

Preview Tuntutan meluruskan SAF



hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), "Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat". (Hadis Riwayat Muslim, no. 433)
Dalam Riwayat yang lain, "Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
"Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Umar bin Khaththab r.a. pernah memukul Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447). 
Anas r.a. ketika tiba di kota Madinah ditanya, "Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?" Dia menjawab, "Tidak ada perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya)
Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat, beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda, "Hendaklah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah kalian." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, "Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, "Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih." (Hadis Riwayat Muslim)
Sedangkan hadis yang diriwayatkan dari Anas r.a., Beliau bersabda, "Luruskan dan rapatkan saf-saf kalian, kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari balik punggungku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la di dalam al-Musnad, no. 3720, al-Mukhlis di dalam al-Fawaid (1/10/2), Sa'id ibn Manshur di dalam al-Sunan, dan al-Ismaili sebagaimana di dalam Fathul Bari (2/211). Sanad hadis ini adalah sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim seperti disebutkan di dalam al-Silsilah al-Sahihah)
Imam al-Qurthubi berkata, "Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan." (Rujuk: Fathul Bari 2/443) Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Nawawi, beliau berkata, "Berbeza hati maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta pertentangan hati. Perbezaan ketika ber-saf merupakan perbezaan zahir dan perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati."
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa'i & Ahmad)

Sila rujuk juga disini dan disini
DIARI FASA RAHMAH SAYA

Alhamdulillah. Gembira kerana dalam fasa rahmah saya masih Berjaya mengekalkan momentum seperti KPI diri sendiri sempena Ramadhan kali ini. Yang penting, tidak ada lagi tidur selepas Subuh. Biasanya, saya manfaatkan waktu selepas Subuh dengan menghabiskan sekurang-kurangnya satu juzuk setengah bacaan Al-Quran. Kemudian diteruskan dengan Dhuha dan tidur dalam 30 minit sebelum meneruskan agenda sebagai suri rumah sepenuh masa. J Alhamdulillah. berbuka puasa pula, hanya bertiga. Ala kadar saja. Saya tidak memilih dalam bab makan di rumah. Kalau makan diluar, memang memilih. J erk, dah belum pernah ke bazaar Ramadhan sehingga hari ini. Pergh. Semuanya Ayah belikan. Saya tinggal makan sajalah. Kadang-kadang kalau rajin, tersedia juga pudding caramel dan sayur goreng versi Jawa. Berala-kadar saja dengan apa yang ada.

nampak sedap. tapi kurang manis. sebab memang saya tak suka manis. seronok dapat makan banyak-banyak. kalau beli, satu potong dah RM3. =)
ni resepi sayur goreng versi jawa. nampak macam bihun goreng pun ada. sebab saya suka sahun, so saya letak banyak-banyak. ada taruk tempe, taruk tauhu, taruk ayam, taruk kacang panjang je.
yang santapan berbuka untuk sepuluh hari. setiap hari ayah beli yang sama saja. buka dan sahur, lauk sama, JIMAT!
makan biar berkhasiat dan cukup untuk beribadah. jangan makan terlalu kenyang, nanti tak larat nak terawih. yang penting, jangan miss sahur, nanti tak larat nak ngaji banyak-banyak. pergh. salam ibadah!

Kerana ini bukan bulan Juadah, ini bulan IBADAH dan buat hafiz Quran, ini juga bulan IADAH. Wallahu a'lam!

 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

same goes here...hemmm

NadiahHalim dot com said...

Assalamualaikum, samalah kita..ana juga hadapi dilema yg sama..kekadang rasa xkhusyuk solat kerana hal2 sebegini.. kalau solat jemaah di masjid dlm kawasan kampung lagilah saf xterjaga..bukan bengkang bengkok tapi jarak bahu ke bahu yang sgt jauh boleh kata 2 kaki jaraknya, ini berlaku terutamanya di kalangan jemaah muslimat..ana dlm melihat situasi2 begini hanya mampu betulkan saf di kiri kanan sendiri xmampu nak betulkan yg selebihnya........Allah, berat sungguh..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.