♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, August 20, 2011

Tip Memburu Lailatul Qadar


Bismillahirrahmanirrahim..


Pesanan daripada Syeikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll bersempena 10 Malam terakhir Ramadhan :

Berusahalah beramal bersungguh-sungguh pada
malam ini (21 Ramadhan) dan siangnya, malam 27 dan siangnnya, juga malam 29 dan siangnya. Amalkan juga doa:

 "ALLAAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KARIM, TUHIBBUL 'AFWA FA' FUANNAA. ALLAHUMMARZUQNAA LAILATAL QADR, FII HAAZIHIS SANAH, WA FII KULLI SANAH, WA A'INNAA 'ALAA QIYAMMIHAA. ALLAAHUMMA INNAA NAS'ALUKA KHAIRA HAAZIHIL LAILAH, FATHAHAA WA NASHRAAHAA WA NUURAHA WA BAROKATAHA, YA A ARHAMAR ROOHIMIINA WA YAA AJWADAL AJWADIN."
 Amalkan juga SUNNAH NABI SAW setiap hari : Selepas salam untuk solat Subuh dan maghrib : (1) tetap di daam keadaan duduk tahiyyat akhir (sama ada tawarruk atau iftirasy jika sakit kaki), jangan rongkaikan kaki dan jangan berkata-kata sehingga selesai membaca 10 kali : LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAH, LAHULMULHAMDU YUHYII WA YUMIT, WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QODIR. (2) jangan berkata-kata sehingga selesai membaca 7 kali ‎: ALLAHUMMA AJIRNAA MINANNAR.





Demikian sekadar perkongsian. Dilarang terlalu taksub. Beramallah dengan istiqamah. Moga dengan karamahnya istiqamah, Allah menemukan kita dengan Lailatul Qadar. Jangan Cuma bangun Qiam pada waktu-waktu tertentu saja. J

Teringin merasai suasana 10 malam terakhir di Makkah. Mak Cik kata, semua orang tak tidur. Ada pesta ibadah! Terang benderang. Semua orang iktikaf. Kat Malaysia ni, susah nak iktikaf. Masjid kunci. Harap juga Malaysia jadi seperti Makkah. 10 malam terakhirnya hidup dengan ibadah, bukan semua manusia menghabiskan duet di kedai-kedai dengan penuh serakah. L

Doanya, semoga kita semua dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

Nanti jangan lupa doakan saya juga ya! J 
Oh ya, tadi jalan-jalan di FB, melihat status sahabat-sahabat alam maya. Terbaaca status Ustaz hasrizal yang dikongsikan oleh Najah Solihah.


Antara yang seronok mengahwini seorang doktor ialah, selain sudah tidak lagi ke klinik, kita akan sangat rajin mengulangkaji Google Calendar, sensitif dengan masa dan semua itu menjadikan kita sangat dinamik. Orang-orang bujang keliling saya, tolonglah pertimbangkan cadangan ini. Kahwinlah dengan doktor. Pleaseee!!!

dalam hati terfikir, ada ke perempuan yang tak nak kawen dengan doktor?

Wallahu a'lam.  

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

'Aishah Jauhara said...

Jazakillah Husna atas perkongsian.. :)

*saya nak kawen dengan doktor.. ^^, [biasanya apa yang saya nak, tak dapat..huhu]

husnataqwa said...

Afwan.. =)

Aiwah, ameeennn. =)

moga2 dapat. tak dapat doktor perubatan, 'doktor' laen pun takpe. asalkan jangan 'doktor sendiri' sudahlah.. ehehe..

saya pun nak kawen dengan doktor. {harap2 kali ni apa yang nak, dapat} hehe

mujahid islam said...

oooh tidak. dah lame dah jenguk blog ni. dah tertukar wajah baru namapknya. huhu

yusuf hakimi said...

syukurlah saya dah jadi doktor.

p/s: ada kirim barang pada abang. nanti ambillah. hadiah hari raya.

husnataqwa said...

aah. abang ada bagitau. tq dr..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.