Ya, kita manusia biasa yang tidak boleh lari dari perasaan yang biasa. Mengeluh bila teruji. Menangis bila terluka. Meratapi nasib tatkala duka. Mungkin waktu itu kita belum melihat apakah hikmahnya ujian tercipta. Sehingga kita merasakan tidak ADIL ujian ini dari ALLAH buat kita.
Mungkinkah kita merasakan kita lebih hebat dari ALLAH? Lebih tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik? Atau bagaimana? Buntu.
Kehidupan seorang insan benarlah sentiasa teruji. Dari pelbagai sudut, dari pelbagai segi, dan dengan pelbagai cara, kita diuji.
Waktu ujian datang menyusun di atas bahu, bukankah itu tanda peringatan dari ALLAH bahawa kita semakin liat untuk mendekatiNYA?
Dan beruntunglah mereka yang ALLAH tidak senang melihat mereka senang. Sentiasa dihantar ujian, agar beringat-ingat di depan ada AKHIRAT yang bakal menghitung segala-galanya.
Sesekali saya juga tidak tahan dengan ujian. Merasakan ujian terlalu banyak. Terlalu berat. Dan lebih parah apabila merasakan dalam hati, "kenapa ujian ini untuk aku bukan untuk dia?"
Dimanakah tawakal dan aqidah kita agaknya. L
Mempersoalkan ketentuan dan aturan Tuhan.
Aku mahu menjadi hamba yang redha.
Yakni, bila datang ujian, senyum dan letakkan sabar di depan.
Bila hati terluka atau dilukai, meletakkan redha di depan.
Kerana aku tahu, orang yang ALLAH sayang adalah orang yang sentiasa mengingatiNYA dalam segala perkara. Dan aku mahu menjadi antaranya. Insya ALLAH.
Setiap kali datang ujian, datang dugaan bertandang, kembalilah mencari ALLAH. Jika sudah bertemu denganNYA, teruslah mendakapinya erat agar tidak DIA menjauh dari kita, dan tidak pula kita menjauh dariNYA. Insya ALLAH.
Dan insya ALLAH, janji ALLAH itu benar.
"Sesiapa yang bertaqwa kepadaNYA, nescaya akan diberikan jalan keluar, dan direzekikannya dari sesuatu yang tidak disangka-sangka….." – Ayat Seribu Dinar. (Surah At-Talaq, Ayat 2)
Bercakap soal TAQWA, aku mahu menjadi Muttaqin, yakni orang yang bertaqwa. Kerana aku yakin, betaa tenangnya hati yang bertaqwa kepada ALLAH. Kerana ALLAH adalah tempat aku kembali. Allah juga matlamat aku di sini. Ya, aku mahu tenang. Tenang dalam iman. Juga diambil nyawa dengan tenang. Ya, tenang yang beriman!
Semoga ALLAH membuka jalan untukku dan memberikan yang terbaek untuk segala urusan serta masalahku. Kerana tawakal kepada ALLAH adalah sebaik-baik tempat untuk bertawakal. Ameeeeen!
2 comments:
moga allah tenangkan hatimu adikku.
cari le ketenangan tu..
@kak ju insya ALLAH kak. mohon doanya ya! =)
Post a Comment