♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, September 24, 2011

Jangan ANTI dengan tudung labuh.






Kami dipecahkan ikut group. Kebetulan, waktu itu saya memakai jaket labuh. Seorang sister berselendang datang mendekati.

"Sorang lagi group kita pakai tudung labuh ke?" soal beliau. Syaa menggeleng dengan senyuman.

"Nasib baik. Kalau tak.. habislah nak kena kerjasama dengan budak tudung labuh. Fuh..!" komennya lagi.

Saya tersenyum. Tak tahu sama ada beliau perasan atau tidak keadaan tudung saya, tapi ia menarik untuk diketahui responnya.



Saya sendiri tidak pasti, apakah yang membuatkan tudung labuh begitu dibenci. Seolah-olah ia satu virus yang semua orang mahu menjauhinya.

Salahnya siapa? Pemakai tudung labuh atau kain yang labuh itu?

Beberapa statement seperti, "tak kiralah tudung tu labuh atau tidak, yang penting hati baik."

Analogi mudah untuk kita renungkan. Coklat Cadbury dibalut dengan kertas yang sempurna. Menutupi semua ruang coklatnya yang sedap. Sedangkan satu lagi coklat Cadbury, dibalut separuh sahaja. Coklat yang sama, dengan penampilan yang berbeza, tentu memberi impression yang berbeza.

Dalam urusan tudung labuh atau tidak, saya tidak pasti kenapa sesetengah orang begitu trauma dengan pemakai tudung labuh. Ya, sangat buntu.

Salahkah orang yang cuba untuk menyempurnakan penutupan auratnya?

Membenci mereka bererti anda benci Islam ditegakkan.

Ketepikan soal perangainya ataupun segala jenis 'sejarah' anda yang pernah tercipta dengan orang tudung labuh.

Ketahuilah, tudung labuh itu tidak salah. Yang silap, adalah akhlak dan peribadi manusia itu sendiri.

Jadi jangan boikot orang yang memakai tudung labuh. J



Beberapa sahabat yang ingin berhijrah daripada tudung biasa ke tudung labuh, menangis berhari-hari mencari kekuatan untuk berubah. Saya pelik. Jujurnya, sekiranya perubahan ke arah kebaikan, haruslah diberi sokongan sepenuhnya. Tapi musykil, bila dalam urusan tudung labuh, biasanya dicemuh, disindir, dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Musykil dengan manusia yang mengeji perubahan manusia lain ke arah kebaikan.

Saya pernah terjumpa seorang mad'u. mengubah penampilan diri dengan bertudung labuh. Saya bertanya, apa respon orang sekeliling? Jawabnya, "Mereka kata saya nak mengurat 'ustaz' buat jadi pakwe!"

Bukankah menyebarkan fitnah ke atas perempuan muslim itu dalam soal agamanya lebih-lebih lagi merupakan satu perbuatan yang cukup keji di sisi ALLAH Taala?



Maka, berhentilah menjaga tepi kain orang. Dan banyakan melihat tepi kain sendiri. Kerana kelak di akhirat, yang dihitung ke atas anda adalah dosa dan pahala anda, bukan dosa dan pahala orang lain.
Berhati-hati memberi komen dalam urusan mendekati ALLAH. 


Oh, ya. Teringat post 'tudung' yang pernah ditulis lama dahulu. Sekali lagi saya kongsikan buat tatapan pembaca. J

Sebenarnya, jujur saya katakana, saya tidak apa masalah dengan sebarang tudung yang dipakai oleh rakan-rakan saya yang perempuan, khususnya rakan se-CFS. Selagi mana tudung yang dipakai menepati cirri yang digariskan islam, cukup untuk saya berlapang dada. Tetapi, apa yang menggugat perasaan saya, apabila ada yang bertudung tetapi tidak menepati cirri piawaian Islam. Ringkasnya, tudung yang dipakai harus menutup bahagian dada, atau dalam kata lain tidak menzahirkan apa yang ada sehingga jelas pada pandangan orang lain. Tudung yang dipaka I juga tidak boleh jarang sehingga menampakkan batang leher. Lebih terus lagi, sehingga orang yang memandang boleh melihat uraian rambut dan kadang-kadang dapat melihat dengan jelas jenis ikat rambut yang digunakannya! Paling tak senang, bagi yang berselendang. Saya tidak ada masalah sekiranya anda ingin berselendang. Tapi kalau boleh carilah selendang yang besar sikit dan jangan jarang. Apa tujuannya kita memakai tudung kalau setiap inci kepala kita dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain lebih-lebih lagi lelaki lain yang ajnabi?



Persoalan kenapa memilih tudung labuh berbanding tudung besar. Sebenarnya, seperti yang saya katakana di atas, tidak ada masalah jenis tudung yang mahu dipilih. Asalkan menepati piawaian Islam. Berkenaan tudung labuh vs tudung bidang, langsung tidak memberi masalah kepada saya. Tudung bidang pun Alhamdulillah menepati piawaian jika tidak dililit hingga menzahirkan batang leher. Tudung labuh pun cantik sungguh,sempurna sekali. Jika disoal pada saya, kenapa saya tak pakai tudung bidang, cukuplah jawapan, saya lebih selesa bertudung labuh. Sejak form 1 saya biasa dengan tudung labuh. Dan bermula form 3, saya istiqamah dengannya. Tetapi ini tidak bermaksud saya memandang rendah pada mereka yang bertudung bidang. Tidak dapat dinafikan, ada yang bertudung bidang lebih baik daripada yang bertudung labuh. Sesungguhnya tudung labuh bukan ukuran melihat iman seseorang. Tak semestinya yang bertudung labuh, imannya selabuh tudungnya. Jangan menghukum begitu. Ia boleh mengundang padah.sebab itu saya katakana, saya tak kisah bagaimana anda ingin bertudung. Pilih yang mana anda rasa selesa dan berkenang di hati. Tapi rayu saya, jangan lupa jadikan Islam asas kepada cara pemakaian kita. Jika tidak mengikut syariat, pakailah apa saja, dan anda mendakwa diri anda kuat iman, itu salah.  jangan buat dakwaan bodoh la kawan. 

Sambung membaca di sini ----à
TEKAN DI SINI


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

Anonymous said...

:) saya tak anti, bahkan salah seorang yang bertudung labuh. Tak di nafikan, sesetengah org menyebabkan org yang bertudung labuh di pandang serong. Tapi takkan kerana seorang, nak blame semua orang yang bertudung labuh..

Bagi saya, tudung labuh tu pakaian saya. Dengan bertudung labuh saya lebih berjaga2 dengan peribadi, pertuturan, dan tingkah laku saya. Sebab itu lambang dan maruah diri. Secara tak langsung bertudung labuh banyak mendidik saya.

Tak kisah pun kita nak pakai macam mana, yang penting tutup aurat. :)

norwahidah said...
This comment has been removed by the author.
norwahidah said...

Apabila kita sudah bertudung labuh, diharapnya jangan pula mereka yang bertudung labuh atau berkopiah ini mengelak/enggan untuk berkawan dengan mereka yang masih belum bertudung dengan sempurna mahupun yang belum bertudung(free-hair). Sebab tak dinafikan kadang-kala ada yang sudah bertudung labuh menganggap mereka sudah terasa diri begitu sempurna lalu enggan berkawan dgn mereka yang free hair atau yg bertudung tapi x sempurna. Saya bukan nak back-up mana2 pihak. Cuma kalau boleh kita berkawan dgn semua lapisan.

Coz mgkin keadaan kita yg mudah untuk mendekati mereka boleh membuatkan juga mereka yg masih belum sempurna penutupan aurat tu blh terbuka hati utk lebih mendekatkan diri dengan Islam. Bukankah itu lebih baik?

Dan dgn mendekati mereka sedikit demi sedikit mgkin kita boleh dapat jawapan mengapa terjadinya situasi spt awak cerita di atas.

Moga mereka yg bertudung labuh juga tidak anti pada mereka yg belum menutup aurat dgn sempurna. :)

-sekadar pandangan dan dari apa yang saya dgr dari 1 majlis ilmu. Mohon maaf jika ada ketelanjuran kata-

husnataqwa said...

ahlan..ahlan. saya gembira dengan respon semua.

husnataqwa said...

@Halawatul_Insyirah

ya, saya suka. yang bertudung labuh lebih perlu berhati2 dalam perbuatan dan peribadi. jangan pula sampai membawa fitnah pada agama.

tudung labuh slalu buat kita rasa save dan automatiknya menjaga diri kita kan. =)

syukran Insyirah atas respon dan pandangan.

jom istiqamah dengan tudung labuh! =)

husnataqwa said...

@norwahidah

terbaek pendapat saudari. =)

membuka minda..
insa ALLAH, lepas ni kena buat post lagi satu. to complete this post kan. insya ALLAH kalau berkelapangan nanti.

Both side kena maen peranan. kadang2 yang bertudung labuh nak mendekati, tapi yang tak tutup aurat menjauhi. dan boleh jadi vice versa.

yang penting, kita kena faham dan profesional dalam urusan dakwah dan menegakkan yang HAQ.

syukran Wahidah atas responnya. =)

mari mencari jalan terbaek unt lebih mendekati ALLAH. =)

Anonymous said...

hoho. kak husna dah stat menulis best2. tersentap saya membaca ni.

act, saya pun anti akak waktu first time jumpe. erk.....!

muka akak garang, senyum macam pura2, cakap benda baik2 je. nk cakap dengan akak rasa macam fikir banyak kali.. ok ke tak ni.. huhu.

tapi bila dah lame kenal, ok snagat. lagi sempoi ade lah.

cooooooool je.

tapi tak dinafikan, saya anti orang pakai tudung labuh sebab mereka selalu berlagak baik dan macam mereka tu ahli syurga. sori kak, tak ditujukan kat akak, tapi mostly of them macam tu.. huhu.

thanks sis.

BERMASALAH said...

ada seorang pensyarah yg mengajar criminal law di iium anti dengan kaum adam yang berketayap, anti juga dgn kaum hawa yang bertudung labuh, berjubah.

tak tahu kenapa. tapi dr tu pernah cakap begini " i used to be religious but now no more"

gombakians said...

yo, saya kenal pensyarah tu. memang ... huhu..tak tahu gak nape..

tapi kita as a good muslim, kena try sikit2 tuk recover dia punya inferior tu. takkan kita nak biarkan je kan. kena make something.


orang kuantan takpe la, yang kat gombak ni haa. tak gitu penconteng?

Emerald said...

husna, like! ;)

Zahra Ameerah said...

em, ade jgk di kuliyyah sy. Lecturer yg anti dgn 'kami'. Entah apa alasannya. Tapi, sy nk siasat jgk. Huhu.

Lukhman Taib said...

Assalamualaikum. Izinkan ana, junior akak, nak komen sesuatu.

Hukum di dunia, kita akan dapat sesuatu yang kita beri. Al-Fadhil Ustaz Muhadir sendiri sudah banyak meriwayatkan kisah (dahulu dan kini), yang berlegar di sekitar hukum itu.

Pada pandangan ana, sebelum kita nak orang jangan anti dengan kita yang tudung labuh, terlebih dahulu kita jangan anti dengan mereka yang tudung pendek (atau yang tak bertudung langsung). Tudung atau tak, itu dosa mereka dengan ALLAH SWT. Tetapi, urusan antara kita dengan mereka ialah dakwah.

Ana bercakap ni berdasarkan pengalaman yang tidak jauh beza. Isu yang sama berlaku, cuma antara yang berkopiah dengan tak berkopiah. Dan kadang-kadang, mereka yang cuma menggunakan pendekatan yang berbeza (dengan menanggalkan kopiah dalam keadaan tertentu), menjadi mangsa kepada lidah-lidah liar dalam jemaah dakwah yang terlalu 'ketat tak bertempat'. Itu pun satu masalah juga.

Ana rasa ana dah bagitau apa yang ana nak cakap. Wallahu a'lam.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.