♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, September 20, 2011

Kehidupan yang PERLU berubah.

Seminggu yang pertama

Alhamdulillah, seminggu pertama, walaupun sukar dan terkejut dengan kehidupan baru, saya masih mampu untuk survive. Mengakui bahawa banyak keluhan demi keluhan keluar dari mulut, apatah lagi dari hati. Namun, pujukan demi pujukan datang bertandang mendamaikan jiwa yang terlalu mudah resah.
Apakah kita lupa, selepas KESUSAHAN itu adalah KEMUDAHAN? 
Ya, mungkin terlupa, atau sengaja melupakan janji ALLAH itu. Wallahu a'lam.

Pulang menenangkan fikiran

Culture shock bukan satu perkataan yang sesuai, kerana tidak ter'shock' dengan culture, tetapi shock dengan benda lain. Shock dengan apa? Itu cerita belakang tabir sajalah. Yang pasti, saya tidak pernah terbayangkan kehidupan di KUANTAN seperti ini. Cuti sempena hari Malaysia, saya mengambil peluang pulang ke kampung halaman. Bertemu rumah yang sentiasa membuatkan saya senang. Dan sesiapa pun senang berada di rumah sendiri, ibarat ISTANA. Tak kisah kalau rumah buruk, kayunya reput dimamah anai-anai, janji, kebahagiaan ada disitu, kan?
Satu pesanan Ayah yang saya pegang setiap kali saya menceritakan kisah-kisah tragis saya di Kuantan, "Takkan nak duduk macam kat rumah. Kalau UIA sama macam rumah, apa istimewanya rumah?"
Silap sekiranya saya membezakan UIA dan RUMAH, ibarat membuat perbandingan kereta kancil dengan Ferrari lah!
Ibu pula tak lain tak lekang sentiasa pesan pada saya agar menyerahkan segala urusan kepada ALLAH. Dan saya tahu, itu nasihat terbaek buat yang mencintai AKHIRAT. Ameeeeen!

Optometrist atau Radiographer?

Satu jangkaan yang tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saat saya mula redha dengan kos yang saya duduk dengan selesa, saya ditawarkan semula ke kos Optometrist. Tak tergambar perasaaannya sewaktu Brother Zainul, Deputy Dean Academic Affair memanggil saya bertemu empat mata dengannya.
Sukar membuat keputusan. Hanya ALLAH yang menjadi sandaran. Istikharah dan Istisyarah menjadi pilihan. 

Jatuh CINTA

Dan akhirnya ALLAH beri keputusan. Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sudah jatuh cinta dengan Radiography. Ya, tanpa disedari. Saya suka dan paling penting, TENANG berada di dalamnya. Moga-moga ketenangan ini berpanjangan, dan dikekalkan dengan IMAN, insya ALLAH. Mohon doa. Ini adalah yang terbaek buat saya. Maka, tinggal lagi usaha dan kesungguhan saya untuk melakukan yang terbaek.
 Ya Allah, mudahkanlah urusan kami yang menuntut ilmu dijalanMu. Ameeeen!

Lebih Sayang pada MASA

Sekarang baru saya merasai betapa berharganya sebuah masa. Sayang sungguh nak buang masa dengan tidur yang panjang seperti di PJ dulu. Bukan sibuk, tetapi banyak agenda yang perlu diisikan setiap saat dan detik yang berlalu.
Pinta saya, moga diberi keberkatan pada setiap masa yang diberikan oleh ALLAH. Ameeen!

Universiti Perkahwinan?

Lama pulak rasanya tak cakap pasal kawin-kawin ni, samada online mahupun LIVE. Semuanya sibuk dengan komitmen masing-masing. Topik seperti Baitul Muslim, Taqdim, Khitbah sudah jarang dibentangkan. Lebih kepada tajuk perbualan yang lebih realistik. Opss, bukan Baitul Muslim tidak realistik, tetapi ada yang lebih realistik, seperti? Assignment dan tugasan dakwah Amar Maaruf Nahi Mungkar. Tak gitu?

Digelar dan dimomokkan UIA sebagai Universiti Perkahwinan, tidak saya nafikan itu. Ya, betul tu. Tidak salah. Teringat kata-kata sahabat, "Sebab Universiti ni Universiti Perkahwinan, semua yang baek-baek sudah dipunyai orang. Apalagi yang tinggal buat kita?"
Lawak statementnya. Tapi membuatkan jiwa muhasabah kembali.
Jangan lupa pada janji Tuhan, lelaki yang baik untuk perempuan yang baek. Selebihnya tawakkal banyak-banyak kepadaNYA. Nescaya dimudahkan jalan. 

Erk, siapa yang tak mahu mempunyai calon suami yang baek?

Homesick

Empat bulan dirumah, memang tidak dinafikan perasaan rindu dan terbawa-bawa perangai di rumah. Setiap hari dua kali paling minima menelefon atau ditelefon Ibu. Ya, saya tahu mereka juga merindui saya. Tapi, jihad ini mesti saya teruskan. Tidak boleh terhalang dengan keluarga apatah lagi halangan hawa nafsu sendiri. Insya ALLAH.

Banyakkan DOA

Disini, Ibu Ayah jauh dari saya. Abang Kakak jua jauh dari saya. Yang saya ada cuma DIA. Setiap kali ada kesusahan mendatang, Ibu Ayah dan keluarga hanya mampu mendengar dari corong telefon, selebihnya ALLAH yang bakal menguruskannya. Maka, kita tidak boleh lari dari mendekatkan diri kepadaNya dan banyakkan berdoa agar segala kesusahan yang kita lalui, diganti dengan kesenangan yang tiada tandingan. Insya ALLAH.
Allah sebaik-baik pelindung buatku dan jua buat kamu. 


Sehingga bertemu lagi!

Wassalam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

aina baik ;p said...

hai husna..lame tak jumpa
best lah uia kuantan. ;p
teruskan kegembiraan even jauh dari family. (">)
radio best.opto pun best.heheh

husnataqwa said...

@aina baik ;p

memang best... =)


huhu.

selama ni pun memang jauh dari family kan.

tapi kali ni mencabar sket. sobssssss...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.