♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, October 08, 2011

Cinta pada DUNIA




Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa


Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta



Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu



Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu



Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu



Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan


Kecintaan kepada dunia sering membawa kita melupakan akhirat. Kecintaan kepada akhirat jangan sehingga kita melupakan dunia. Salam muhasabah!


Demi Allah, kejarlah syurgaNya yang terbuka kepada sesiapa yang sudi dan inginkannya. Tidakkah Tuhanmu telah pun memaktubkan kata-kataNya bahawa syurga itu indah dan tiada apa yang seindah syurgaNya. Tiada apa yang senang melainkan syurgaNya. Tiada apa yang sempurna selain syurgaNya. Begitu teliti Dia menggambarkan kehebatan hidup di sana. Tetapi, kesenangan menjejak pintu itu disusahkan oleh diri kita yang sering dikuasai nafsu. Dari itu, kejarlah syurga itu selagi masih terbuka ruang taubat untuk kita. Kelekaan kita mengheret cinta dunia, memberi kerugian yang mendalam kerana balasan di Akhirat pasti setimpal dan tiada 'rasuah' bakal berjalan. Di hari 'percalaran' dunia, penyesalan sudah tiada gunanya dan syurga semakin menjauhi kita. Itukah yang kita harapkan?
Tepuk dada, tanyalah iman!


Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Check hati : Kita sanggup bangun awal pagi untuk mengikuti program lain, tapi tak bersemangat untuk bangun awal pagi untuk bertemu Tuhan dan mendakapNya dengan penuh CINTA. Siapa ANDA, hanya ANDA yang tahu. Apa yang ANDA kejar, hanya ANDA yang PASTI.

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.