Qawiyyul Amin. |
"Wak, malam ni lepas Maghrib saya datang bilik awak ya untuk siapkan project paper."
"Beres. Datanglah, Lepas Maghrib saya tunggu."
Satu SMS saya hantar kepada sahabat,
"Kita punya discussion malam ni tangguh pukul 11 Malam ya. Insya ALLAH."
"Ok bos!" Respon dari mereka.
Seusai solat Maghrib, seorang kawan datang, minta tolong selesaikan masalah laptop dan printernya yang tidak berfungsi.
"Nanti tengah malam sikit saya datang." Respon saya pada dia, dek kerana saya ada janji dengan seorang sahabat untuk bertemu selepas Maghrib, permintaannya saya terpaksa tangguhkan.
Selepas mengaji beberapa muka, jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Orang yang berjanji mahu datang masih belum kunjung tiba. Sementara menunggu, membelek-belek buku yang ada di atas meja.
Seorang kawan SMS,
"Jom makan."
Perut berbunyi minta diisi. Tapi pelawaannya terpaksa ditolak.
"Makan lah dulu, tengah tunggu orang nak datang bilik ni."
Tiba-tiba azan Isyak berkumandang. Orang yang ditunggu masih belum tiba. Saya menunaikan solat Isyak. Dalam hati, tertunggu-tunggu orang yang berjanji mahu datang.
Sementara menunggu, saya menyiapkan kerja-kerja lain.
Pada pukul 10 malam, orang yang berjanji mahu datang selepas Maghrib, baru memunculkan diri dengan menghantar SMS,
"OTW……..!"
Dan tepat 10.30 malam, sampailah susuk yang ditunggu-tunggu sejak Maghrib tadi. Memberi tugasan untuk disiapkan esok pagi. Tugasan tidak banyak, tapi rumit dan memerlukan masa.
"Nak esok tau benda ni. Cubalah siapkan." Kata beliau.
Bayangkan, bagaimana perasaan anda ketika itu? Tinggal 15 minit sebelum discussion untuk presentation dengan sahabat kumpulan anda. Kemudian, berjanji menyelesaikan masalah laptop dan printer sahabat anda. Esok pula jadual anda sudah penuh. Dan yang lagi menarik, perut anda meraung-raung minta diisi.
Dan sepanjang 2 jam lebih, anda membazirkan masa menunggu orang yang berjanji. Sungguh, waktu itu anda akan merasakan,
"Kejamnya mereka yang menzalimi MASA saya."
Kisah ini bukan sebenar-benarnya kisah saya. Tapi situasi yang hampir sama kerap berlaku pada saya. Mereka berjanji, tapi mereka tidak menunaikan. Mereka menetapkan masa dalam keadaan tidak serius. Mereka bermain-main dengan masa. Tidak ada disiplin dengan agenda dan tentatif hidup sendiri sehingga merosakkan tentatif hidup orang lain.
Pesanan ini khusus untuk saya. Saya juga pernah menzalimi MASA anda. Membazirkan MASA anda yang BERHARGA. Lebih berharga dari EMAS dan PERMATA. Ya, pernah. Maafkan saya atas janji yang sering tak tertunai. Atas MASA yang sering dicuri. Maafkan saya sekiranya wujudnya orang yang TIDAK MENEPATI MASA seperti saya telah mengganggu KEHIDUPAN ANDA yang BERHARGA.
Kerana saya yakin, kita semua banyak taklifat dan tugasan untuk diselesaikan. Dan MASA itu sangat RUGI sekiranya dihabiskan untuk MENUNGGU PEMUNGKIR JANJI.
Pesanan saya buat diri sendiri dan sahabat-sahabat,
"Kehidupan di sini lebih mencabar. Dan sangat mencabar. Memerlukan komitmen sama rata untuk akademik dan urusan dakwah. Maka, berdisiplinlah dalam menjaga masa. Berdisiplinlah dalam merangka tentatif seharian kita. Jangan jadi manusia yang tidak ada 'jadual'. Kerana orang yang tidak merancang untuk berjaya biasanya tidak nampak jalan untuk berjaya. Dan yang penting, jangan kerana KITA, orang lain terpaksa SUSAH dan MENDERITA. Mudahkanlah urusan orang lain nescaya ALLAH mudahkan urusan kita, Insya ALLAH."
Saya bukanlah seorang yang sempurna. Tapi anda benar kalau anda mengatakan, saya seorang yang MENCARI SEMPURNA. Mungkin saya juga kadang-kadang leka dan alpa. Saat itu, tegurlah saya. Dan katakan pada saya,
"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."
Surah Saff, Ayat 2-3. J
Perlu diingatkan bahawa, kita perlu SERIUS dalam urusan yang BESAR.
Bukan bermakna kita tak boleh berbual, bermesra. Boleh. Yang penting, pastikan taklifat kita sudah diselesaikan dengan baik. Insya ALLAH, kita lebih tenang untuk 'berukhuwwah'. J
Mari hidup dengan teratur. Kerana salah satu muwasofat tarbiyyah adalah, TERSUSUN dan PANDAI MENGURUSKAN MASA. J
Insya ALLAH kita semua mempunyai JIWA TARBIYYAH yang HEBAT.
Subhanallahi wabihamdihi. Subhanallahil 'Azim. J
apa gunanya JAM jika pemakainya tidak tahu erti MASA. |
Suka untuk memetik Wasiat Rasulullah kepada Sayidina Ali,
"Sebaik-baik manusia di sisi ALLAH adalah yang paling memberi manfaat kepada manusia lain. Dan sejahat-jahat mereka di sisi ALLAH adalah mereka yang panjang umur namun buruk amalannya. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang panjang umur dan baik amalannya."
No comments:
Post a Comment