Menyambut Muharram, bulan HIJRAH, dengan AZAM.
Setiap kali HIJRAH, kita di'bising'kan dengan perubahan diri dan azam baru.
Ya, point adalah sama. PERUBAHAN.
Saban tahun meraikan HIJRAH, umur meningkat, akhirat makin dekat.
Kalau masih nak berehat, nampak gaya dah terlupa kat akhirat?
Teringat zaman kegemilangan waktu kanak-kanak dahulu kala. ^__^ Nak mengulang lagi disini atau sebaliknya? Sendiri pilih beb. ^__^ |
Majlis bacaan doa berlaku di JB tahun ini.
Selepas bacaan doa awal tahun, kami sekeluarga berkongsi AZAM paling baru.
Masing-masing mahu yang terbaek.
Akhirnya pesan ibu,
"Jangan harapkan kebaekan itu datang kepada kita selagi kita masih setia bersama dengan keburukan."
Maknakatanya?
Kalau inginkan sesuatu yang baek, tinggalkan segala perkara buruk yang menjadi tabi'e kita. Insya ALLAH, semua perkara baik datang kepada kita. Ameeen. ^___^
Saya juga ada AZAM. Azam besaq. ^__^
Insya ALLAH, sedikit USAHA dan DOA berterusan, agar ALLAH makbulkan permintaan saya.
Kalau ALLAH mudahkan, nescaya benarlah jalan yang dipilih. Kalau ALLAH mudahkan, nescaya tepatlah pilihan yang dipilih. Maka, serahkan segala urusan ini kepada ALLAH.
Apa AZAM anda?
Yang penting, MAKE SURE azam tersebut matlamatnya jelas. Bukan untuk diri sendiri. Bukan untuk dunia semata-mata. ^__^
AZAM pun AZAM juga, FINAL EXAM is coming tu jangan terlupa pula. ^___^
No comments:
Post a Comment