♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 24, 2011

Mana pergi ADAB kita?


Orang zaman sekarang dah kurang ADAB.

Kalau adab kurang, maksudnya AKHLAK pun lintang pukang.

Kalau akhlak lintang pukang, maksudnya AQIDAH dan IBADAH tak 'kattang'.

Hebat atau lebihnya anda daripada orang lain bukan alasan untuk tidak berakhlak mulia.

Hormatilah orang lain. Automatically anda akan dihormati.

Kurangkan rasa dengki dan iri hati pada orang lain.

Ingat, hati tu memang manusia tak nampak, tapi ALLAH tahu.



Berakhlak mulia dan beradab sopan adalah 'kerangka' bagi orang yang mempunyai Aqidah yang Soheh dan Ibadah yang Mantop.

Nak nilai sejauh mana aqidah dan ibadah anda, nilailah akhlak dan adab anda.

Jangan nilai luaran jah, nilai dalaman sekali. Penting tu =)

Muhasabahlah diri, muhasabahlah hati.

Seindah-indah pakaian adalah TAQWA.



Dan salah satu dari TAQWA itu adalah INDAH AKHLAKNYA.

Mari menjadi bidadari dunia. Yakni kecantikan dalaman diluahkan dengan akhlak yang comel. Cantik dalam, cantik luar, itulah AURA MUKMIN yang sebenarnya. Mampu menarik mad'u tanpa bicara sekalipun.

Contoh paling jelas, Rasulullah. Baginda hanya tersenyum pun, mad'u dah tertarik. Sebab hatinya BERSIH. Bersih dari MASALAH HATI. Bersih dari DENDAM dan IRI HATI.


p/s:



Untuk mendapatkan sesuatu jawatan, kena perlu ingat, ALLAH yang memilih kita, manusia sebagai wasilah sahaja. Sekiranya kita berusaha sedaya upaya nak 'please' manusia sekalipun, tapi dalam masa yang sama kita keep on buat dosa, tak guna juga. Ya, betul, ALLAH yang pilih. Bukan tak boleh usaha, boleh, tapi make sure usaha ikut guideline yang Allah bagi, bukan sebaliknya.

Salam perjuangan dengan AKHLAK seindah bunga di TAMAN SYURGA. Harum wanginya semerbak menjadi penarik, walaupun belum dilihat pada rupanya. Maknanya, kalau bunya itu subur, tentu ia mengeluarkan bau yang wangi. Tanpa melihat bagaimana bentuk bunga itu, orang sudah boleh jatuh cinta dengan BAU. Begitulah manusia. Sebarkan 'keharuman' sebaiknya.  Kelak, dengan sendiri kita didekati, ALLAH juga memilih kita, insya ALLAH.


Wallahu a'lam.


sabaq naa tunggu cikna sampai ^___^


p/s: cant wait to be at JOHOR!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

n08n said...

kakak sayang,

miss ur tasji' too much =.=

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.