♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 24, 2011

Lelaki yang sibuk ^__^

Petang tadi menelefon anak saudara di Johor, Munir. Maklumlah, saya dah jadi Ummi nombor duanya. Saya tanya pada dia,
"Munir rindu Ummi tak?"
Maka dia respon macam nak menangis.
"Aah la Munir rindu.."

Sadis sungguh bunyinya. Saya boleh bayangkan perasaan kanak-kanak berumur 6 tahun ditinggalkan jauh di Johor (rumahnya kat Seremban) dan berpisah hampir seminggu dengan Ummi Baba.

Kakak saya memang terpaksa pergi ke Kursus tersebut. Pada awalnya nak tinggalkan Munir dengan Babanya. Tapi Babanya sibuk di tengah laut. Pergh. Babanya ni memang workaholic.

Kadang-kadang raya pun tak balik. Saya pun pelik, apa yang dicarinya. Wallahu a'lam.

Kadang-kadang kasihan sungguh saya pada Munir. Dengan Babanya pun susah nak jumpa. Selalu cakap kat telefon je. Tapi alhamdulillah, budak ni tak spoil. Macamana nak spoil, memang saya tarbiyyah dia cukup-cukup. *___*

Situasi ini membuatkan saya terfikir. Kedua-dua kakak saya berkahwin dengan orang sibuk.Agak sibuk. Kakak yang masih belajar di Indon, berkahwin dengan juga seorang Engineer. Pergh. Kat rumah tu rasa macam duk kat kilang. Semua lelaki tu engineer, melainkan anak bongsu, Ibu Ayah, jadi Imam. ^__^

Ibu saya juga selalu bertanya pada saya,
"Kakak tengok mereka kawin semua dengan orang busy, kakak macamana pulak?"

Jawapan skema saya,
"Busy ke tak tu bukan ukuran dia. Kalau dia busy, tapi dia pandai bagi masa kat family, tanggungjawab dia kat family, takde masalah pun. Kalau workaholic sampai family pun tak sempat nak jaga, tak boleh jugak..Kakak kan nak cari 'mujahid'. Mana ada 'mujahid' yang suka rehat."


'mujahid quran'

Ibu saya berpuas hati. Betul, memang sibuk atau tidak seorang lelaki, bagi saya, memang patut dia sibuk. Dah tu memang tanggungjawabnya mencari nafkah, menyumbang bakti. Tapi bukanlah sehingga mengabaikan tanggungjawab pada keluarga.

*Harap maklum, saya tak tulis post ni nak kutuk abang-abang ipar saya, dan abang-abang saya yang memang sibuk bekerja. Tapi depa semua busy kerja, alhamdulillah semua masih stabil setakat ni. ^__^
Jujurnya, berpuas hati dengan kekanda-kekanda sekalian. Kadang-kadang kita kena faham bila ada tuntutan kerja yang memang memerlukan. Bukankah hidup ini perlu fleksibel dan tolak ansur? yang penting, kalau dah jadi isteri tu, jangan asyik nak fikir diri sendiri pula. Pergh. Dunia ni besar sheikh. ^___^

Munir kat LCCT. Hantaq Baba kerja.

Sebenarnya, bagi lelaki kat luar sana yang dah bekeluarga dan mengatakan anda adalah sibuk, percayalah, Najib yang jadi Perdana Menteri tu pun ada masa untuk isterinya yang terchenta. Anda kalau setakat kerja tak capai tahap menteri tu, toksah duk bagi alasan sibuk untuk mengambil tahu urusan rumah tangga pulak. Pergh. Tatau ni ayat puji ke ayat keji. Ish, tak baik kutuk orang.


Saya teringat kata-kata sahabat saya,
ada muslimat yang risau untuk bersuamikan lelaki yang aktif dalam urusan dakwah dan urusan Islam. Bimbang tanggungjawab terhadap ummat mengatasi tanggungjawab pada keluarga.
Jawapan yang saya dapat sangat menarik, katanya,

"Tak sempurna seorang pejuang itu apabila tidak menunaikan tanggungjawabn pada keluarganya terlebih dahulu. Mana mungkin orang yang memahami tuntutan dakwah meninggalkan keluarga di belakang, sedangkan keluargalah 'sasaran' pertama yang perlu dititik beratkan."

Kalau semua orang fikir macam ni, tentu takdak kes pelik-pelik. Semua ibu bapa, tak kira ustaz ke ustazah ke penceramah ke sape-sape ke, tanggungjawab terhadap keluarga itu perlu diaulakan dulu. ^__^

Wallahu a'lam. ^___^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

DDIR said...

wah wah kak husna, dah kuat tu bau nasi minyak. tak lama dah tu lah kan? hihi.

cepat2 kak, nanti bila dah second year dah takde cuti dah. susah nanti. ;)

husnataqwa said...

eh ni tadak kaetan dengan nasi minyak ni. ni cegheta tanggungjawab suami orang jah. suami sendiri tak tercerita sebab tatau sape. haha.

DDIR said...

apalagi, result dah gempak tu. calon kan belambak. haha

husnataqwa said...

baru result midsem tu.. final exam baru kayu ukur sebenar seyh.. =)

calon kalo belambak mujur lah, tapi masalahnya sorang pun tadak.

pergh. macam desperate pulak bunyinya.

p buat esaimen br.zainul lagi baik. jom brader.

Anonymous said...

"kakak kan nak cari mujahid. mana ada mujahid yang suka rehat"

inspiring lah ayat ni husna. terbaik.

pss... moga bertemu dengan mujahid tu. ke bertemu dah?

Anonymous said...

husna pun menyanyi,
"dihati ini.. hanya tuhan yang tahu..."

ke guane? *style ust azhar kite.

ape pun tahniah atas perkongsian ni. nok kawen gok ajok deh.

husnataqwa said...

ya allah, jadi kontroversi la pulak.

Izzati Nur said...

hahahaha hanya mampu tergelak bc komen2 di atas

biasa la kak musim dio nih, lebih2 lagi duk uia xsoh kalu dok ;P

husnataqwa said...

muko napok tua kalih, padahal jiwo budok2 lagi. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.