♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, December 28, 2011

Ada apa pada dhuha?


Saya cukup yakin, memang kita semua familiar dengan solat dhuha. Kalau tak pernah buat pun, tentu pernah dengar kan? Kalau
Rindu waktu dhuha di bumi Darul Quran.
tak pernah dengar, erk, takpe, boleh dengar dan try buat mulai dari sekarang.

Kenapa dengan dhuha? 
Ada apa padanya?
^_^



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Seronok tak setiap kali kita buat keluarga kita happy atau sahabat kita happy? Tentu seronok kan? Dan tentu lebih seronok kalau kita boleh buat apa yang Rasulullah suka. ^_^



Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita nak sangat bersedeqah, tapi duit tak banyak. Tak kaya raya macam Siti Nur Haliza. Takpe. Ni ada cara bersedeqah lagi senang. Tak perlu keluar duit. Just kena ikhlas dan istiqamah je. ^_^



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kita selaluuu dengar orang kata, "nak murah rezeki, solatlah dhuha." Tapi kita solat sokmo dhuha, tak kaya-kaya pun. 
Ingatlah rezeki itu bukan pada duit, bukan pada harta. Tertolak bala itu rezeki, hidayah Allah itu jua rezeki, tidur itu juga rezeki (ada orang insomnia tak dapat tidur pun tau), semuanya rezeki. Solat dhuha bukan nak buka pintu rezeki je, malah nak tolak bala jauh-jauh. 



Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”




Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
 “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Bila waktu solat dhuha? 
Yang penting, jangan tidur sampai zohor, mesti sempat solat dhuha. 

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Macamana nak solat dhuha? Senang jah. Lagi senang dari solat Subuh. ^_^

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
p/s: doa ni kalau malas nak hafal, tampal kat dinding. Bagus, setiap kali tengok doa ni rasa bersalah je kalau liat nak solat dhuha. Lama-lama baca nanti automatik kita ingat. Sama jugak waktu kecil, kita tak hafal pun surah Al-Fatihah. Kita ingat dengan sendiri kan? Kenapa eh? Sebab kita selalu baca. Jom baca sokmo!



Jangan rasa amalan sunnat ni dilakukan oleh orang-orang alim saja. Amalan-amalan sunnat ini untuk kita, orang yang biasa-biasa ni, insya Allah boleh menampung kekurangan kita dalam amalan-amalan wajib. Insya Allah amalan sunnat yang kita lakukan ikhlas akan dihitung oleh Allah, besar atau kecil natijahnya usah kita bimbang. Biar itu jadi rahsia Allah. Yang penting kita berusaha sebaik mungkin menyediakan diri dengan amal amal soleh untuk bertemuNYA. ^_^

Time exam period ni memang tak de halangan untuk solat dhuha. Memang kena solatlah. Sebelum start baca buku tu, solat dulu. Baca Al-Waqiah dulu. Insya Allah murah rezeki. Baca apa yang masuk exam pun kira rezeki juga kan? ^_^

Seronok sangat kalau boleh solat dhuha. Insya Allah, rasa pelik kalau tak solat dhuha bila dah selalu lakukannya. Dah jadi kebiasaan nanti insya ALLAH kita dapat rasa, besarnya hikmah dhuha ni. ^_^

Kalau tahajud liat nak buat, takkan dhuha pun liat juga?
Jangan besarkan sangat TIDUR tu. 
Tak baik untuk kesihatan. ^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.