Sajak dari mahasiswa untuk mahasiswa. Curi kat Benz Ali punya profile FB. Bacalah!
Sahabat
Aku datang di situ
Di makan itu
Di tempat darah Amar
Ditumpahkan itu
Di rumah sakit itu
Di luar rumah pasung ilmu
Yang kau bangga-banggakan itu.
Sahabat
Aku datang di waktu itu
Pada waktu kau tiada di situ
Barangkali pada masa itu
Kau sedang bercanda lucu
Di mana-mana dataran tahun baru
Sambil menyaksikan
Pertunjukan bunga api
Yang penuh warna warni
Dan dalam pelukanmu
Ada awek cun sedang membelaimu.
Sahabatku,
Dan kemudiannya kau semacam Tuhan
Bahkan lebih Tuhan dari Tuhan
Yang boleh mengadili semua kasus
Walau berbekalkan cuma satu sudut
Visual Antara Pos
Dan laporan-laporan
Media fasik dan zindik.
Sahabatku,
Kau boleh katakan apa sahaja
Kau boleh kritik apa sahaja
Kau boleh ejek kami
Dengan kata
Kenapa tak berdemo cara Ghandi?
Kenapa tak bersurai usai polis beri 15 min
Sedangkan kau sendiri maklum, mahasiswa mahukan 16 jam
Kau boleh kata kami tak berbudaya
Kami barbaric
Kami turunkan bendera
Kami panjat pagar
Tetapi
Sahabatku,
Bagiku, kau sangat naïf,
Kau cuma nampak bendera
Tapi kau tak nampak korupsi
Kau nampak budak panjat pagar
Tapi kau tak nampak polis katok budak
Jika benar mahasiswa merusuh
Tunjukkan pada aku,
Mana polis yang kami belasah, dan mana polis yang kami bunuh
Jika benar mahasiswa itu berlari dan memecahkan
Dinding kaca dengan kepalanya sendiri
Kegilaan apakah system pendidikan masani
Hingga siswa-siswa deanlist jadi gila sebegitu rupa pada malam berdarah itu?
Sahabatku,
Kenapa kami berkumpul perlukan permit
Tapi di lain-lain pesta libur tak perlukan permit?
Kenapa Shahrizat lembu tak dibawa ke muka pengadilan
Tapi kami mahasiswa dilanyak macam penjenayah?
Kenapa babi-babi yang menghadiahkan babi ke rumah Allah
Dan tahi, hadiah hari jadi
Tidak disentuh dengan cota mereka
Tetapi kami anak muda mahasiswa Malaysia dilayan macam anjing.
Kenapa anjing-anjing itu mahu cuci tangan
Atas pembantaian malam berdarah itu
Sedangkan sahabatku,
Kau sendiri tahu, anjing-anjing tidak akan pernah mampu
Mencuci punggungnya sendiri yang berlumur dengan najis berdarah
Dan memerlukan media-media fasik dan zindik
Menggelapkan cerita dan memalsukan berita di malam berdarah itu
Sahabatku,
Bersaksikanlah, di atas langit bumi
Dan langit dunia, karma Tuhan sedang mengutuk
Mereka yang zalim,
Mereka yang condong pada kezaliman
Dan si tolol dan si tolol yang tidak tahu zalim itu
Binatang apa.
Dan sahabatku
Bersaksikanlah darah-darah pemuda pemudi
Maha berani harum semerbak mewangi
memang tercatit dalam torehan sejarah
jadi sumbu menghapuskan berhala tirani
Dan bersaksikanlah juga
Malam berdarah itu,
Darah anak Adam
Telah ditumpahkan tanpa halal
Seperti apa yang berlaku pada Memali
Pada Suwandi, pada Azman di Batu Burok
Pada Sharbaini, Kugan, Teoh, Aminulrashid….
Dan pada akhirnya,
Demi Tuhan dan hari pembalasan kita beriman!
Sumpah setia kami kobarkan
Cerita dan berita malam berdarah itu
Akan digerakkan, akan dimainkan
Akan menggerakkan, akan memainkan
Peranan dalam plot menumbangkan regim
Sepertimana apa yang berlaku pada Bouazizi
Khalid Said, Soe Hok Gie, Che Guevera,
Trisakti, Tiananmen Square,
Kaum autocrat seperti Firaun, Haman, Abu Jahal, Idid Amin, Shah Palavi, Soeharto, Bin Ali, Mobarak dan UMNO Barisan Nasional
Akan kami humbankan dalam longkang sejarah!!!!!!!!!!!
p/s: nak tengok isu ni cek fb. asyik update FB, malas nak tulis kat blog. nanti cuti kita story morry. Insya Allah. ^^
First post tahun 2012.
Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas dalam iman, insya Allah.
Pertamanya, nak minta maaf pada semua adik-adik yang bertanya di formspring dan FB inbox, insya Allah, soalan-soalan adik-adik akan terjawab selepas kami habis final deh. ^_^
Mode tengah pulun final. Doakan kami ^_^
Oh ya, sementara mencari mode untuk meneruskan paper psychology, update sekejap, kasihan tengok blog tak terupdate.
Oh ya, shoutbox dah tamatkan perkhidmatan. Ceyh, tatau plak tester je selama ni.
Wallahu a'lam. ^_^
No comments:
Post a Comment