Tinggal lagi harapan dan doa. Moga usaha disulam tawakkal itu membuahkan hasil yang ranum. Hasilnya nanti bukan untuk diri sendiri, tapi mahu dijadikan 'baja' untuk ummah. Ameeen.
Melihat wajah-wajah mereka yang exam di KOM, semuanya senyum dan gembira. Meskipun, cabaran sedikit hebat sewaktu menjawab paper Medical Physic tadi. Teradunlah semua capacitor dengan resistance. Membuahkan vacuum diode yang memang high speed. Akhirnya terlukislah four-diode rectifier yang 'cacat' di kertas kosong yang bersih dan suci. Memang tercabar.
Aku cuma punya doa. Usaha yang lalu, moga menjadi bunga dalam doa. Doa yang lepas, moga menjadi madu pada tawakkal. Insya Allah.
Sedikit teruji apabila terpaksa bermandi hujan. Kereta? Ditarik balik buat sementara waktu. Kenapa? Wallahu a'lam. Harap-harap tak lama. ^_^
Perancangannya, lunch di restoran nasi arab bersama coursemate. Insya Allah. Sanggup berlapar nak makan tengahari sama-sama. Dah lama mengidam dan makan nasi arab kat Tarbush. Tak dapek Tarbush pun, yang lain takpe jugaklah. ^_^
Beberapa hari bakal offline, insya Allah petang ini akan memulakan musafir ke segenap alam. Musafir pertama ke Shah Alam- Petaling Jaya- Seremban. Insya Allah, Ahad nanti kembali ke Kuantan untuk gathering Darul Quran generasi kesembilan.
Doakan yang terbaik untuk semua. Moga apa saja yang terjadi, kita sentiasa tsabat memilih perjuangan yang penuh tribulasi.
Moga-moga, selepas ini, kaki ini menjejak semester dua, dengan penuh semangat membara yang dipandu iman dan cinta. ^_^
Selamat bercuti untuk semua sahabat UIA dan bagi yang bakal berwalimah, selamat berwalimah.
444 terima kasih follower ^_^ |
No comments:
Post a Comment