♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 10, 2012

Hatiku PANAS.

Dulu, waktu budak-budak, bila marah atau kena marah, mesti cari aiskrim. Kesejukan aiskrim mampu membuat perasaan marah itu hilang. Kerana aiskrim bersifat sejuk, marah itu kan panas. Maka, pelbagai jenis aiskrim yang digemari dan dimakan. Waktu tengah tensi, takkira harga, bedal sajalah.


Bila dah sekolah menengah, still cari aiskrim. Tapi upgrade sikit, bila makan aiskrim di tepi sungai, atau tempat yang tenang dan berangin sepoi-sepoi bahasa.


Kerana angin itu yang menyapa badan boleh menyejukkan. Menghilangkan rasa marah. Menenangkan rasa sedih. Memberi rilek pada masalah.

Pernah juga cuba cara yang ekstrim seperti :

pandu motor laju-laju sampai puas hati.


Angin yang menyapa badan bila 'race' motor boleh menjadi 'coolant' pada hati.

Tapi sekarang, semua kepuasan yang dicari, tidak pernah memberi ketenangan yang abadi. Aiskrim yang disangkakan sejuk, boleh menyejukkan. Tapi rupanya kesejukannya cuma beberapa minit. Tempat yang damai kononnya boleh menenangkan, tapi rupanya ketenangan itu pada tempat itu cuma. Tidak di tempat lain. 

Dan memandu dengan laju pula, cuma memberi bahaya pada diri. Tidak ada sedikit pun ketenangan sekiranya mendapat berpuluh-puluh kertas saman. Semuanya tidak memberi ketenangan.

Lantas, aku kembali pada fitrah.
Fitrah. Fitrah yang suci lagi menyucikan.

Aku melihat lembaran itu. 
Di atas meja tulisku.
Aku capai.

Aku mulakan dengan lafaz ta'awuz.
Kerana ada sesuatu yang sedang 'memanaskan' aku. 
Dan sememangnya ia bersifat panas.
Iaitu syaitan.
Ia dibuat dari api neraka.
Maka memang sifatnya panas dan memanaskan.

Moga dengan lafaz ta'awuz itu, tidak ada lagi syaitan yang teringin mendampingiku.
Menyucuk nafsu ammarahku.
Memberi gelisah pada hatiku.

Lambaran itu aku buka. 
Belek satu persatu.


Tiba di surah Taaha.


Lantas aku teringat,
bagaimana lembutnya hati zauj Saiditina Fatimah.
Dengan alunan kalam ini.


Tiba di surah Ar-Rahman. Hatiku terpukul dengan ayat yang Tuhan ulang-ulang.

Bertambah lembut dengan alunan Al-Quran.

Aku membelek lagi. 
Tiba di surah Al-Waqi'ah.


Aku terkesima melihat cerita-cerita di syurga dan neraka yang dinukilkan Allah di dalam kalamNya. 

Sungguh, pada syurga itu ada satu ketenangan. Ketenangan yang mungkin tidak ada di dunia yang fana.
Sungai yang tenang mengalir, dengan bidadari Huruun Eien yang menemani, mustahil masih ada gusar dihati.

Lantas aku teringat surah yang dikatakan jantung pada Al-Quran.

Yasiiin.

Mengingatkan aku pada talkin dan tahlik bila jasad sudah terkubur kaku.

Tidak ada lagi ketenangan yang mungkin aku cari dengan aiskrim, mahupun tempat yang damai, melainkan yang tinggal cuma...


... hitungan amalanku yang soleh. 

Yang boleh menjadi sumber ketenangan kelak di alam baru.

Mengapa mencari ketenangan dengan cara yang lain,
seandainya sumber ketenangan itu dari Allah?

Mengapa mencari penyelesaian dengan cara yang susah,
sedangkan Allah menyediakan jalan yang damai dengan mendekatiNya?

Benar, kecantikan alam yang menjadi sumber ketenangan itu juga ciptaan DIA. Aiskrim itu juga satu nikmat dunia dariNYA. Tapi sebelum aku  mencari yang dunia, biarlah aku menghadap DIA. 
Memohon agar ketenangan itu datang. Walau dalam apa jua saja caranya.

Kerana aku mahu tenang,
dalam dakapan cinta DIA. 

^_^

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

ade masalah ea? semoga allah mudahkan urusan.

comeyl le post ni. ;)

ummi said...

takpe cikna. abe2 semo nk tulong cikna. berungtung cikkna.. toksoh sedih.

husnataqwa said...

alhamdulillah, itulah tanda kasih sayang allah. DIA hantar bantuan kepada yang mengharap~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.