♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, February 23, 2012

Menjadi Orang Sibuk Bertaqwa (OSB)

Kelas bermula seawal 9 pagi. Berakhir sekitar 5 hingga 6 petang. Malam pula ada 'extra class'. Berbanding sem lepas, jadual sem ini lebih teruk. Tak termasuk praktikal 2x seminggu.

Sem lepas, belajar konsisten teratur. Siap boleh buat pre-reading. Post reading pun buat. Sekarang, nak 'reading' pun susah. Apa lagi nak pre atau post.

Sem lepas, pukul 1.30 pagi dah boleh tidur dengan tenang. Mana tak tenang, subjek nak belajar esok dah 'review'. Kalau lab pula, sukarela je jadi facilitator. Tu sem lepas, Sem ni, kena pertingkatkan pengurusan masa. Kena kurangkan buang masa. ^__^


Ada satu benda yang berbeza. Dulu, waktu 'senang-lenang', nak baca Quran pun liat. Kalau baca pun aci cukup setengah juzuk, dah rasa 'banyak' sangat dah. Yelah, waktu senang ni banyak fikir nak makan kat luar, nak pergi situ, nak pergi sini, nak tengok itu, nak tengok ini. Haih, macam-macam.

Tapi bila dah busy ni, rasa hati 'tenang' je nak belek Quran. Asal ada masa je, belek Quran. Mana tidaknya, itulah sumber kekuatan. Itulah 'vitamin' terbaik untuk badan.

Beruntung juga orang sibuk ni. Dan bertuahlah orang sibuk yang semakin sibuk, semakin dekat dengan Allah.

Cemburu pada Amirul Mukminin, Saidina Abu Bakar. Beliau sibuk mentadbir negara mengganti Rasulullah. Tapi semakin beliau sibuk, semakin dekat beliau dengan Allah. Nah, dengar saja cerita bagaimana Qiamullailnya, bagaimana tartil bacaan Qurannya.

Pada suatu hari, Rasulullah dan para sahabatnya berkumpul di masjid setelah selesai menunaikan fardhu subuh secara berjemaah.
"Siapakah antara kamu yang berpuasa pada hari ini?" tanya Rasulullah kepada sahabat2nya.
Semuanya terdiam. Nabi Muhammad s.a.w bertanya sekali lagi. Namun tidak ada yang berani menjawab. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya buat kali ketiga. Maka Umar Al-Khattab menjawab, "Malam tadi saya tidak berniat untuk berpuasa. Oleh itu saya tidak berpuasa pada hari ini."
"Bagaimana pula dengan yang lain?" Tanya Rasulullah lagi.
"Sama seperti jawapan Umar" jawab mereka.
"Siapakah antara kamu yang sudah menziarahi orang yang sakit pada hari ini?" Tanya nabi Muhammad lagi.
"Kami masih berada di dalam masjid selepas sembahyang subuh. Bagaimana kami hendak menziarahi orang yang sakit?" Jawab satu suara dari celahan orang ramai.
Nabi Muhammad menyambung pertanyaan baginda, "Baiklah. Siapakah antara kamu yang sudah bersedekah hari ini?"
"Wahai Rasulullah, kami masih belum keluar dari masjid. Bilakah pula kami dapat bersedekah pada hari ini? Jawab satu suara lagi.
Kemudian Abu Bakar pun menjawab, "Wahai Rasulullah, saya berpuasa pada hari ini. Sebelum datang ke masjid pagi tadi, saya singgah di rumah Abd. Rahman bin 'Auf yang sakit. Semasa berjalan ke masjid tadi, saya terjumpa seorang peminta sedekah lalu saya berikan sekeping roti."
Nabi Muhammad s.a.w gembira mendengar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq lalu berkata, "Bergembiralah kamu dengan syurga. Bergembiralah kamu dengan syurga."


Itu belum dikira dengan Rasulullah. Mentadbir Islam dengan cemerlang, tapi amal ibadahnya, pergh! Jauh lebih hebat dari orang yang takde kerja. Qiamnya sampai bengkak kakinya. Subuhnya selalu berjamaah di masjidnya.

“Rasulullah berdiri (solat) sampai bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa Anda membebani diri dengan hal yang demikian?Bukankah Allah swt. Telah mengampuni Anda dari segala dosa Anda, baik yang terdahulu maupun yang akan datang?” Rasulullah saw. Bersabda : “Tidak patutkah saya menjadi hamba Allah yang bersyukur?”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, juga oleh Basyar bin Mu’adz, dari Abu `Awanah,dari Ziyad bin `Alaqah, yang bersumber dari al Mughirah bin Syu’bah r.a.)





Nabi saw solat malam hari tiga belas rakaat.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Kuraib- Muhammad bin al A’la-, dari Waki’, dari Syu’bah, dari Abi Jamrah,yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.) 
“Sesungguhnya apabila Nabi saw. tidak sempat solat malam hari karena tertidur atau berat rasa kantuknya, maka beliau lakukan solat dua belas rakaat di siang hari.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Abu `Awanah, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa’id bin Hisyam, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)


“Aku mendengar Mu’adzah (binti `Abdullah al- `Adawiyah) sebagai berikut: “Aku bertanya kepada `Aisyah r.a. : “Apakah Rasulullah saw mengerjakan solat pada waktu dhuha?” `Aisyah r.a. menjawab : “Benar, beliau melakukan empat raka’at.Dan terkadang beliau menambah lagi sebanyak yang dikehendaki Allah Azza wa Jalla.” 
(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Syu’bah, dari Yazid ar Risyk, yang bersumber dari Mu’adzah r.a.)


Apalagi yang kita mahu beralasan?
Kesibukan kita ini setarafkah dengan kesibukan para anbiya' dahulu kala?

Belajar dalam kelas yang penuh dengan kelengkapan. Bilik berhawa dingin rasa macam kat UK. Kerusi empuk macam hotel. Tapi nak beribadah malas. Alasannya, sibuk memanjang.


Nak baca Quran pun liat, alasannya, esaimen berlambak.

Refleklah diri dengan Rasulullah.

Kita mungkin sering menjadikan alasan penat dan sibuk untuk tidak bangun Qiam.

"Tak apalah, malam ni busy sangat, meeting sampai tengah malam. Set alarm pukul 6pagi lah!"

Kalau dhuha pula, aci tidur lambat, liat dah nak buat dhuha.

Sepatutnya, semakin kita sibuk dengan pelbagai urusan, semakin kita mendekati ALLAH.
Bukankah Allah yang membuka semua pintu rezeki dan pintu kemenangan buat kita?

Orang yang hebat adalah orang yang menyandarkan semua urusannya kepada ALLAH.

Pesimis sekali orang yang menangguhkan amal ibadah atas alasan sibuk dan penat. Apalah sangat kepenatan kita jika mahu dibandingkan Rasulillah dan para khulafa ar-rasyidin?

Jadilah orang yang sibuk. Dan fahamilah makna orang yang sibuk.

Sebenarnya, orang yang sibuk adalah, masanya sibuk berurusan bersama manusia, dan masanya berganda sibuk 'berurusan' dengan ALLAH.
Masya Allah.

Ampunkan aku ya Allah atas kelalaian ini.
Ampunkan aku ya Allah atas perasaan malas dan penat untuk beribadah. Mungkin aku terlupa, solat malam itulah 'bateri' untukku meneruskan gerak kerja. Quran itulah 'tenaga' untukku terus memandang ke hadapan.

Mari jadi orang sibuk yang bertaqwa. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

wah.... inspired!

husnataqwa said...

nasib baek inspired, ingatkan expired tadi. ;p

Anonymous said...

ehhh... pandai pulak dia bergurau.. :)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.