♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, February 25, 2012

Nikah penyelesaian ^_^

Berjalan-jalan dengan seorang sahabat ke Cafe Talhah. Ternampak sekeping kain rentang ditanda-tangani pelajar UIA sempena Valentine's Day.

Seorang sahabat bertanya,

"Semua dok habaq suruh nikah ja.."

Antara quote yang ada disitu, "Say No! to couple. Nikah itu comel." "Nak bercinta, kahwinlah dulu." dan macam-macam.

Saya diam, berfikir.
Adakah nikah itu memang satu-satu penyelesaian untuk masalah couple?

Adakah masalah couple akan selesai selepas nikah semata-mata? Boleh jadi masalah couple itu selesai, tapi masalah lain tidak.

Apa sebenarnya punca orang couple ni? 
Sebab tak cukup 'iman' dalam dada. Orang beriman ada ke yang couple? Tentu TAK. Kalau orang tu rasa dia beriman, tapi dia couple dan dia rasa, OK JE, itu tandanya ada masalah.

Takkesah la pakai tudung labuh sampai kaki ke. Pakai stokin tiga empat lapis pun. Kalau couple, salah tetap salah.


Back to the point, masalah orang couple sebenaqnya masalah 'iman' atau dalam kata lain masalah aqidah.

Doh bakpe jadi ade masalah aqidah?

Sebab kat Malaysia ni, orang tengok couple tu macam PERKARA BIASA. Kat sana orang couple, kat situ orang dating, depa rilekkk je. So, saya pun nak couple jugak.

Ohhh. Banyaknya masalah.

Ada orang kata pada saya, "Suka hati sayalah nak couple pun. Sebab kami memang nak kawin. Dah janji nak kawin. Mak Ayah pun dah setuju. Takpe kan kalau macam tu? Dalam fatrah bertunang lah kiranya."

Jawapannya mudah. "Kalau betul bertunang, do state ur wedding date.Kalau bukan the exact date pun, tahun dan bulan berapa pun dah OK sangat dah." Ustaz saya kata, tunang tu maksudnya, kita merancang unt kawin. Merancang-merancang ni kena ada tarikh, kena ada usaha ke arah itu. Ramai yang kata, "Kami dalam fatrah bertunang. Kami akan kawin." Tapi masing-masing takde usaha ke arah perkahwinan. Bila tanya, "Dah tu bila nak kawennya?" Jawabnya pula, "Oh tak tahu lagi. Tunggu habis belajar kot!" Kalau dah tahun tiga tu nak tunggu habis belajar tak pe juga, ini setahun jagung kat universiti. (Not point to anybody.)



Terlalu ramai dah orang yang tersalah anggap dan meletakkan istilah 'tunang' untuk menyedapkan rasa hati di jiwa. Yelah, jiwa orang beriman ni rasa gelisah bila buat dosa. Tapi sebab nafsu menggoda, dicari alasan agar rasa gelisah itu terkubur mati.


Percayalah. Ubat couple itu adalah iman di dada. Rasa ehsan, yakni takut membuat maksiat seperti melihat Allah, sekalipun dia tidak melihat Allah tapi yakin Allah melihatnya.

Ubatilah iman didada. Sucikanlah jiwa dengan taubat nasuha. Hentikanlah perbuatan yang sudah disebut haram dalam ALQURAN.

Rumah tangga rumah tangga ni ape dia? Bukan semata nak halalkan hubungan saja. ^_^

Fungsi rumah bagi org berIman sbg,

 1. "Al musholla" rumah ibadah untuk meraih ridha ALLAH

2. "Al Madrasah", ayah ibu gurunya, anak2 menjadi muridnya

 3. "Al Junnah", benteng penjagaan iman keluarga & benteng dari penyakit sosial

 4. "Al maskanah", pelipur lara & pelepas duka u ketenangan

 5. "Al Maulud" tempat memperbanyak keturunan umat nabi Muhammad

 6. "Al Markaz", mempersiapkn generasi dakwah yg akan datang

 7. "Al mahyaus sunnah" untuk menghidupkan sunnah sunnah Rasulullah saw, cara makan, minum, adab hubungan suami isteri dan sebagainya

 8, "Al Marham" forum liqa, silaturrahm dgn tetangga & sahabat mu'min, 

"Allahumma ya ALLAH jadikanlah rumah kami, rumah yg penuh dg RAHMAT & BERKAHMU...aamiin".(KH Muhammad Arifin ilham)

Melihat 8 fungsi rumah itu, mampukah kita, tanpa iman membina rumah yang menepati ciri-ciri tersebut?
Bukan main-main soal nikah kawin ni. So please, take it seriously. ^_^
Tak marah, tapi suruh serious je, berbeza tu.
Tegas dan marah adalah dua keadaan yang berbeza.

Saya teringin jadikan rumah tangga yang ada kelapan-lapan elemen tersebut, anda bagaimana? ^_^
Rugilah, kita dah tutup aurat sempurna, dah jaga amal ibadah sempurna, tapi dikotori dengan dosa couple yang bukan kecik tau. ;p

Tak pernah baca buku ni. Teringin nak baca. Tapi tunggu dulu. Banyak lagi waiting list buku lain kena habiskan. ^_^
But one day kena baca jugaklah.
one day yang tak tahu bila.
Bukan bermaksud saya tidak bersetuju dengan nikah sebagai penyelesaian untuk orang yang couple ni. SETUJU, TIADA KOMPROMI pun. ^_^


Tapi, sebelum nikah, baiki iman dulu. Jangan pandang nikah semata-mata penyelesaian. Nikah itu adalah jalan ke arah penyelesaian. Kalau dah nikah, hati tetap ada masalah, takdenya nak selesaikan masalah, nanti tertambah-tambah masalah.

Bayangkan seorang yang sedang couple. Lantas dikahwinkan dengan mengenepikan aspek iman. Adakah anda merasakan rumah tangga mereka akan selamanya bahagia?

Opss. Bukan mendoakan rosak rumah tangga. Tapi sekadar menyuarakan pendapat. Tanpa iman, bisakah sebuah rumah tangga itu kukuh teguh? Kalau pun bisa bertahan, sejauh mana kebahagian di dalam rumah tangga tanpa iman?

Boleh menikah. Menikahlah. Suke je orang kawin ni. ;p
Tapi sebelum tu, penuhkan dulu hati dengan iman dan persediaan-persediaan penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Bukan kena tunggu jadi tok wali ke, tok sheikh ka.. takdelah sampai macam tu, tapi sekurang-kurangnya berjaya menangani MASALAH HATI atau HATI YANG SAKIT itu. Hati sakit tu macamana pula? Hati sakit itu, hati yang buat dosa, rasa bersalah tapi buat jugak. Hati yang mati macamana? Kalau hati mati, dia buat dosa pun dia rasa BIASA JE. Kita ni tergolong dalam golongan mana agaknya? =)

Menikahlah. Menikah itu sunnah.


Kerana ia sunnah, jangan sembarangan melangkah. Bersedia dan jangan ambil mudah. Penuhi di dada dengan sifat mahmudah. Kerana kelak, menikah itu adalah amanah. Buang dari jiwa segala mazmumah, baru boleh bicara soal rumah tangga yang penuh rahmah. ^_^

Kalau Subuh pun liat nak bangun, solat pun hujung waktu, mengaji pun jarang-jarang sekali, dakwah pun entah kemana lagi. Ada berani nak pimpin orang lain sedangkan diri sendiri tak terpimpin lagi? Muhasabah. ^_^

Nak jadi isteri seorang pejuang, kena tough-tough. tak boleh manja-manja. ^_^
Saya pernah bertanya pada Ibu,
"Paling awal Ibu bagi kakak kahwin bila?"

Jawab Ibu,
"Paling awal pun, tahun ketiga di universiti. Tapi kalau boleh, habiskan belajar dulu. Ibu tengok, Kak Hanani nikah pun.. Kesian. Sorang kat Malaysia, sorang kat Indonesia.."

"Kalau macam tu tak payahlah cari yang jauh-jauh. Dok Kuantan, dekat je."

Moral of the story, merancanglah sesuai dengan keadaan kita. Kalau memang tak mampu nak kawen lagi, toksah dok couple sangatlah.

Konklusinya, tak marah pun orang nak menikah. Tengok kat UIA, orang yang dah kawen pun rilekkk je. Steady je. Tapi masing-masing tahu capacity diri masing-masing.


nikah connecting people
Kalau ada calon yang soleh, ajaklah menikah. Tak perlu couple. Kalau kena tunggu dua tahun lagi pun, tunggu sajalah. Menanti tak bererti kena couple. Menanti saja dalam iman. Dua tahun tu tak lama untuk menunggu sebuah rumah tangga bahagia tanpa dosa. Dua tahun itu sekejap sekiranya masing-masing membina diri dan kualiti. Dua tahun tu OK lah tanpa couple. 

Nikah penyelesaian. Before that, make sure, iman dihati diperbaiki, ibadah dan dakwah dipertingkatkan. ^_^

Sehingga bertemu lagi. Insya ALLAH.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

sis Izzati said...

terbaek ah k una,entry kesan dr 1 banner yg pergh :)

'menanti dengan iman'
'Dua tahun itu sekejap sekiranya masing-masing membina diri dan kualiti'-quoted-

i like these ^__^

Anonymous said...

huraian yang cukup mantap adinda hanzalah.
ingat nak cgheta pa tadi. touched.

bertuah lah orang dapat dia................................

Anonymous said...

cakap senang ar. kalu yang dah kapel ni hengat senang ke nak tinggal. susah weh..
cakap berapi ar sebab ko memang baik

Anonymous said...

@Anonymous

x de lah ssh sgt nk tggal kan..sy pernah rase..kite perlu berharap pada ALLAH dengan bersungguh-sungguh..moga ALLAH hadiahkan orang-orang yang boleh bimbing kite..apa-apa pn berbalek pd diri kite..nk atau x..semoga dipilih untuk lebih dekat dengan NYA..^^

Anonymous said...

ade ke orang tak nak tinggal maksiat. semua orang tahu kot maksiat tu dosa. kapel tu dosa. korang geng2 budak tudung labuh kacang ar cakap

husnataqwa said...

tanya soalan pada diri sendiri.. nak ke tanak berubah. kalo nak kena usaha. usaha2 ni perlu mujahadah. orang yang baik macamane sekalipun depa ada nafsu. malaikat je tadak nafsu. hakikatnya, nafsu itu perlu dilentur. bukan masalah dia baek, dia jahat ka apa.. masalah kita usaha ka dak.

lagi satu, orang2 baek ni depa tak dilahirkan terus jadi baek. depa dulu pun mencari jugak. depa dulu susah juga dijalan mujahadah.

nak berubah tu tak mustahil. ramai orang berubah. retis2 kat mesia ni belambak berubah.

ke gane?

alasan tu akan ada sampai bila2. kalo betul nak berubah, letak azam tinggi2, pastu usaha betul2.

memang payah nak tinggal maksiat. nak tinggal maksiat ni macam nak tinggal tilam empuk waktu hujan lebat. hanya yang betui2 ada keazaman yang tinggi ja yang buleh bangkit. Insya Allah, dengan doa, kita buleh. =)

Terima kasih another anonymous tolong reply. =)

Anonymous said...

wah, gaya dia tulis macam gaya dia cakap. comellah!

"nak tinggal maksiat ni macam nak tinggal tilam empuk waktu hujan lebat" -setuju sangat.

Srikandi permata said...

Assalamualaikum..

Alhmdulillah..perkongsian yg hebat & mnrik..
teruskan mnulis..

moga sentiasa dlm ksh sygNYa..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.