♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, February 07, 2012

Walimah 2012 ^_^

saya dan abang. Tudung dan baju kami match kan? dan sama match dengan alas meja. Oh!


Ni abang punya wedding outdoor. Dia edit sendiri. Siap pinjam kereta kura-kura tu nak buat posing. Whoa. 

25 Januari 2012 bersamaan 1 Rabiul Awal, 
terpatri ijab dan qabul kekanda saya, 
Khalifa Taufiq Kamarudin dengan pilihan Allah untuknya,
Farah Hana bin Adenan.

Cuti semester saya dihabiskan banyak untuk menyiapkan semua persediaan majlis kahwin ni. Kebetulan kakak saya yang sedang menuntut di Indonesia tak balik, maka saya tinggal sorang terkontang kanting. Kerja dari beli barang, berperang dengan jalan jem panjang, sampailah hiaskan hantaran, semuanya saya siapkan. 
Termasuk 'berkat' untuk tetamu yang datang. Alhamdulillah. Allah bagi peluang pengalaman untuk uruskan majlis kahwin.



Bila saya mengeluh pada Ibu, 
"Penat la..."
Ibu memujuk,
"Nanti kakak kawin semua tolong kakak juga."
Dan saya terpujuk. =)

^__^

Abang Sulong dan Kakak Ipar sulong saya. Pengantin lama dah ni. Dah dekat 10 tahun kahwin. Alhamdulillah. Moga jodoh berpanjangan sampai syurga ye Abe Yu dan Kak Za. ^_^
Rasanya penat kakak kawin bulan Jun tahun lalu pun masih bersisa. Patutlah Ibu kerap berpesan,
"Kakak jangan kawin tahun depan tau!"
Saya pula selalu mengacah,
"Kalau nak tahun depan juga macamana?"
Ibu buat muka tak puas hati.

Biasalah dan sudah dijangka, semua akan bertanya soalan yang sama.
"Yang perempuan bongsu ni bila pula majlisnya?"
Hampir semualah!
Jawapan mudah,
"Lambat lagi."



Anak saudara sulong lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, dapat tengok mereka membesar depan mata. Yang paling rapat dengan saya, anak sulong lelaki. Munir. Dia memang membesar dengan saya. =)

Sepanjang persediaan majlis, saya selalu pesan pada Abang,
"Perkahwinan itu tanggungjawab. Kena jaga isteri. Isteri buat dosa, kita tanggung dosa juga tau!"
Naik muak dia dengar ceramah saya. 

Ibu pun banyak menasihatinya. Tanggungjawab lelaki untuk berkahwin memang besar. Masya Allah, nak memimpin sebuah bahtera rumahtangga memang tidak mudah. Perlu pada persediaan yang BESAR.

Sebab tu menyampah dengan lelaki yang 'menggedik' nak mengurat anak dara orang, bawak pergi keluar merata-rata, itu pengecut namanya Bang. Kalau berani, jumpa mak ayah, kita kira lafaz akad yang menghalalkan. Ada berani? 
^__^

resepsi di rumah pengantin perempuan.
Nama kakak ipar baru, Kak Farah.
Panjang pula nak sebut. 
Dan susah. 
Instead of nama adik beradik lain semuanya satu perkataan je,
Abe Yu, Kak Za, Kak Eli, Abe Ki, Kak Ju, Abe Fiq, Kakak, Dekna, Dha.

So, kami start panggil Kak Farah with "kak chik"
Nama manja. 
^__^

Seronok apa dapat nama manja macam tu.
Pastu terfikir,
harap-harap dapat nama manja chomel bila masuk keluarga mertua nanti.
HAHA.

tetamu
^_^
Saya tengok, 
A BIG DEAL juga ya nak sesuaikan diri dengan family baru ni. 
Dari dulu saya tengok kakak ipar dan abang ipar,
saya selalu terfikir,
bukan mudah kawin ni.
Rasa seronok, 
tapi nak adapt tu ambil masa.
Family saya pula agak 'pelik', memang patut take time untuk membiasakan diri.
^_^


resepsi rumah pengantin lelaki
Cantik juga set purple ni. 
^_^
Selamat melayari bahtera rumah tangga buat Abang Taufiq dan Kak Chik. 
Rumahtangga yang bakal dinakhoda,
pasti ada pancaroba.
Pastikan iman didada sentiasa ada.
Agar semua pancaroba mampu dilalui dengan bahagia.

Allah yang menentukan jodoh kita.
Dan Allah jugalah yang bakal memanjangkan jodoh kita.
Maka sentiasalah bermunajat memohon keberkatan daripadaNya
dengan rumahtangga yang dibina.


dua kakak ipar.
Tak sangka, kami dah ada 5 orang ipar.
5 orang anak saudara.
Alhamdulillah.

Abe Yu dan Ali Aqil.

Saya gembira majlis berjalan lancar. Walaupun tetamu cukup ramai, sampai lauk pauk tak cukup. Tiga kali Ayahanda saya terpaksa memasak lauk tambahan. Nasiblah Abang kerja di Kelantan, tak mustahil ramai kawan-kawan datang. Kalau dulu, kakak abang semua kerja di luar, yang datang cuma saudara mara sahaja.
Saya juga beruntunglah belajar di luar, kelak dah kawin, orang datang pun tak ramai. 
^_^

Satu perkara yang saya dapat sepanjang menguruskan walimah kakak dan abang,
"saya mahu 'simple'kan majlis walimah seadanya."

Walaupun awal-awal lagi ibu ayah kakak abang berhajat mengadakan 'kenduri besar' untuk walimah puteri bongsu, prinsip tetap prinsip. 'Kenduri besar' sekalipun, tidak boleh ada sesuatu yang mengundang murka tuhan, Insya Allah.

Yang kita cari pada permulaan perkahwinan adalah keberkatan.
Kerana aku mahu memulakan perkahwinan itu dengan keberkatan.
Moga-moga keberkatan diawal perkahwinan itu berpanjangan sampai jodoh kami ke syurga. 
Insya Allah.

Tahniah dan takziah buat Abang dan Kak Chik. 

^_____^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

17 comments:

Anonymous said...

orang sebelah pengantin tudung perpel tu, senyum lagi gembira dari pengantin. muka pulak sememeh je comel. tu tandanya nak kawin tak lama dah tu. menghitung hari tu... hehehe

husnataqwa said...

HAHA. ye ke. ni sebab cameraman buat lawak ni. =)

calon takde, tapayah cakap soal kawin lagi. ada calon baru boleh cakap. HAHA. =)

kakak said...

dear, u left abang ayub's name. how dare u!

husnataqwa said...

eh ye eh? HAHA. adui~ abang ipar baru, sampai terlupe. sorry~

kakak said...

i will and MUST to forget ur hubby's name, later. WILL!

husnataqwa said...

HAHA. rilek la. sian bakal adik ipar, awal2 lagi dah kata tanak ingat name dia.

kak ju said...

bakal adik ipar? dah ada ke?

husnataqwa said...

serius kakju, takde lagi. klo ade mesti bagitau. HAHA.

dah la, jumpa kat group fb.. fiuuuuuuuu!

kakju said...

rilek dulu, baru lepas kenduri. penat tak hilang lagi haaa...

kita kenduri two years later la. boleh tunggu tak?

husnataqwa said...

HAHA. buleh2..

kakak said...

takdop calon buleh la kata buleh tunggu. kita tunggu dan lihat...!

husnataqwa said...

hemm... =)

kakju said...

takpe dekna, yg penting cari dulu sampai jumpa. selebihnya kita bincang kemudian.

kakak said...

kalau tak jumpe2 kita tolong carikan unt dia eh kakju? set....

kakak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kakju said...

takde masalah tu.. SET!

husnataqwa said...

HAHA. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.