Seronok dapat bernafas dengan udara Kelantan. ;p
Walaupun perjalanan dari Kuantan ke Kota Baru memakan masa 11 jam, tapi hati tetap sabar menanti.
Pada awalnya, tiket ke Kota Baru pukul 1.30 tengahari. Transnasional kata, bas rosak. Hanya ada bas ke Terengganu saja. Nak tak nak, ambil juga bas ke Terengganu. Nasib baik ada Kak Sarah Zarawi. ^_^ Lapang sekejap hati yang gundah gulana.
Punyalah lelaki tu eksaited ajak kami berdua naik kereta. Mulanya, saya ingatkan kereta tu teksi. Saya pun bersetuju. Malas nak tunggu bas, dan dalam hati fikir,kalau naik kereta mesti cepat sampai Kota Baru ni. Yeay!
Tapi suspicious pula tengok mereka. Kereta yang ditunggu tiba. Buruk. Bukan teksi. Kereta biasa. Ada dua lelaki di dalamnya. Tiba-tiba rasa cuak pula. Berdebar-debar. Waktu tu tak tahu nak minta pendapat siapa. Benar-benar tawakal pada DIA. Kawan dari POLISAS pula hanya memandang dan menunggu jawapan saya.
Akhirnya saya kata, "Tak jadilah Bang naik kereta."
Punyalah marah dua lelaki tersebut. Cuak. Angkat suara siap.
Masa tu punyalah bersyukur. ALLAH masih membantu. Entah siapa mereka.
Selepas menolak pelawaan kereta tersebut, saya bergegas mencari tiket. Dari seorang kawan, katanya bas last dari Terengganu ke Kelantan pukul 8 malam. Masa tu lagi setengah jam nak pukul 8 malam.
Waktu nak beli tiket Trans, terjumpa seorang Pakcik. Katanya, "Risau Pakcik tengok kamu tadi. Kalau kamu naik kereta tadi, tak tahulah apa jadi.."
Punyalah seram ayat Pak Cik tu. Scary. ^_^
Dan Alhamdulillah. Tiket bas masih ada ke Kota Baru. Lagi murah tiketnya, RM15 je. ^_^
Pengajaran seterusnya terdetik dalam hati, "Jalan pintas selalu berbahaya. Ikutlah skema kehidupan. ;p"
Kadang-kadang kita nak cepat, tapi terlupa risiko.
Bila cerita pada Abang, "Haa?? Budak kecik ni suka buat hal lah. Kenapa ni? Semalam naik kereta malam-malam. Pastu tak nampak. Orang pesan banyak kali jangan drive malam. Hari ni nak tumpang orang yang tak dikenali. Apa masalah awk ni?"
Itulah Abang bila dia marah. ^_^
Kesilapan. Perlu belajar dari kesilapan. Nyaris lagi dua tapak nak naik kereta orang yang tak dikenali. Bila fikir semula, ALLAH.. Memang tak patut. +__+
Pesanan penaja :
Setiap kali musafir,
1) Jangan lupa solat sunnat musafir.
2)Solat sunnat Dhuha mesti diamalkan selalu ( hari tu tak sempat nak Dhuha, kelam kabut sangat, kelas pun full.)
3) Sentiasa berzikir sepanjang perjalanan.
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam perjalanan tu. Boleh jadi kita meninggal dunia dalam musafir. Sebab tu digalakkan solat musafir. Ayat Kursi dan surah Al Fatihah sebagai perlindungan dari kejahatan manusia dan jin, insya ALLAH.
11.30 malam sampai ke Kota Baru. Fuhhh. Tengok kereta CRV tu, terus melompat gembira dalam hati. Berlari-lari ke arah kereta.
Tengok Ibu, Ayah, Adik. Dalam hati rasa gembira. ~
Alhamdulillah, masih berpeluang menatap wajah mereka yang tersayang. =)
Masa kat D'Island of Thousand Roses, ada yang nyanyi lagu Ibu dan Ayah. Penat lap air mata.
Syahdu sangat lagu. Kena pulak time orang homesick. ^_^
Moga-moga balik walaupun sekejap, dah mengubat rindu Ibu Ayah. Dah hilang sunyi Ibu Ayah yang selalu berdua kesunyian. ^_^
Ya ALLAH, jagalah kami sekeluarga. +___+
Dapat khabar gembira; sepupu yang sama-sama sekolah dah bertunang. Ibu Ayah kata, saja lambat bagitahu, nak buat surprise. Semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin. Dna ingat, waktu bertunang bukan lesen untuk menghalalkan hubungan. Semoga dijaga ALLAH akan kalian dan perhubungan kalian. ^_^
Ya ALLAH, jadikanlah jiwa ini tenang dan damai pada syariatMu. ^_^
No comments:
Post a Comment