Hampir dua semester menjadi pelajar radiography. Terlaluuuu banyak nak kongsi. Tapi ada adik-adik tanya, kenapa kos radiography paling lambat dikongsikan?
Erk, tak tahulah apa sebabnya. ^_^
Dulu, masa nak masuk radio ni, semua orang komplen. Bahayalah. Kanserlah. Tak dapat anaklah.
Tergugat juga diri ini. Sebab 1st choice mintak Optometry. Tapi bila dapat offer letter, lain pula yang dapat.
Dalam ramai-ramai orang yang kata BAHAYA tu, mak ayah tak pernah kata macam tu.
Mak cakap, "Selagi niat kita baik, nak tolong orang, nak bermanfaat untuk orang, insya ALLAH selamat."
Ayah pula kata, "Risiko tu ada, kat mana-mana pun ada risiko. Nak mati ke tak dapat anak ke, semua tu ALLAH punya kuasa. Berpegang teguh dengan agamaNya, insya ALLAH kakak selamat."
Waktu tu memang frust, tapi bila Ibu Ayah dan family macam OK dan sokong, saya gagahkan diri terima kos ni. Tanpa minat sedikit pun. Serius tak minat. ^_^
1st time masuk kuliah, ada satu perasaan yang BEST sangat.
Lecturer semua best-best. Sporting. Alah, kat mana-mana department pun,lecturer UIA memang sporting habeh kot. =)
memang ni lah gaya yang selalu kami buat. Bukan nak eksyen, tapi kena buat. ;p |
After 2 weeks dalam kos ni, berputiklah rasa cinta tu. Betul orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal radiography tu apa, baru rasa, "Wah, macam best je!"
Sampaikan bila Deputy Dean offer untuk tukar ke Optpmetry pun, saya reject dengan hujung mata je. Deputy Dean pun tanya, "Why you are so confident with your choice? Is it optometry your first choice?"
Saya kata, "Sir, saya dah jatuh cinta dengan kos ni. Allah ajar saya, Dia nak saya tahu bahawa Dia yang tahu apa yang terbaek untuk saya."
Wah, serius seronok.
Biasanya dalam kelas, sikit je pelajar radiography ni. Dalam 16 orang. 4 laki, 12 perempuan. Kat mana-mana pun ratio memang gitu je. ^_^
Kalau bab belajar, nak kata macam belajar biology, tak juga. Kalau minat Biology, boleh join Biomedik kot. Orang tanya saya, kalau minat radiography, kena teror subjek apa?
Hem.. Jawapan, tak ada. Masuk radio dulu, then anda tahu bahawa subjek mana yang anda kena mahir. Bukan biology, matematik jauh sekali, chemistry pun tak. Fizik? Ohhh. Memang kena amek subjek fizik khususan untuk dua sem. Pertama Medical Physic dan kedua Radiation Physic. Fuh, tapi tak tough macam kat PJ pun physic ni. BIASA JE. =)
benda yang kita hasilkan. =) |
Pernah tak anda terseliuh kaki? Kemudian anda ke hospital. (Tapi kalo saya terseliuh kaki, pergi jumpa tukang urut je, melainkan kat UIA ni, nak dapat MC.)
Dan doktor bagi satu borang suro ke department pengimejan diagnostic atau nama lain, Bilik X-ray.
Anda pun terkedek-kedek membawa borang tersebut, masuk ke jabatab x-ray dan letak borang yang doktor bagi tadi di kaunter.
best juga sebab bole selaluuuu pakai labcoat. tapi kadang2 boring, tak larat nak basuh labcoat yang mudah kotor tu.. Erkk.. |
Tengok dan analisis borang yang doktor bagi. Kena belajar patient tu sakit bahagian mana. Sakit apa. Kena buat x-ray macamana. Position macamana. Then, WE decide that.
Lepas tu, nurse pun tolonglah panggilkan patient. Waktu ni kita tunggu kat bilik x-ray sambil siapkan kelengkapan segala bagai.
Bila patient masuk, kita suro patient tukar pakaian. Remove all radiopaque materials on their body. Sebab material macam besi boleh appear dalam film yang bakal kita hasilkan nanti.
Lepas tu, kalau patient tu seliuh kaki, kita pun x-ray lah kakinya, dengan posisi yang tertentu. Ni yang susah sampai nak terkeluar otak, belajar posisi ni.Nak ingat semua posisi ni, dari dada, pelvis, abdomen, kaki, tangan, kepala.... Masya ALLAH. Hebat ILMU Allah ni. =)
Lepas tu, bila patient dah ready, kita pun keluar dari bilik tu, dan expose radiasi pada patient, dengan niat nak dapatkan imej yang doktor minta, bukan nak bahayakan patient pun. =)
Waktu ni kita tak terkena pun radiasi tu, insya ALLAH kalau kita observe all the safety step yang department dah rule out. =)
Lepas dah siap tu, patient tunggu luar, dan kita process film tu. Tak susah pun process film. Masuk dalam mesin, semua mesin buat, kita duk kat kerusi, tekan-tekan butang sket, pastu ter'print out'lah film yang kita nak tu. Lepas tu tengok jap film tu, kalo macam OK, bagi kat radiologist. Radiologist yang akan comment and write a report on the film.
Kita belajar je apa yang terjadi kat film tu. Kita belajar semua penyakit. Kena hafal. Tapi tak seteruk doktor. Kita belajar kalau orang tu tulang dia jadi macam ni, dia sakit apa. Semua kita kena tahu. Tapi sadisnya kita tak boleh directly contact or advice patient. Kalau kita tahu pun, kita kena diam je. ^_^
Tapi kita boleh assist doktor dan discuss dengan doktor, when needed. =)
Ohhhh YA! Adakah hanya itu?
Tentu sekali tidak. Kita bukan handle x-ray machine je.
Kita handle CT Scan. mamography (untuk breast scanning), angiography (blood vessel), MRI, ultrasound pun tau.
mammography |
ct scan |
Tapi tu paling dominan lah kot.
Nak tahu apa dia MRI, CT Scan, Mammography, IVU, dan banyak lagi, yang tu kena google la. =) Ataupun masuk radio dulu, nanti semua tu kita belajar dengan teramatlah detail. =)
Best tengok CT Scan dan MRI. Memang best!
Cara belajar pulak.. Hem.. Nak kata tough tu, boleh tahan jugak. Sebab banyak praktikal.
Kalo berminat nak amek radiography, kena tough lah. Tu nasihat saya. =)
Tough kelas full, tough kena kesana kemari praktikal kat segala jenis hospital.
Kami 1st year pun dah penat posting sana sini. Tapi mostly on observation la. Kadang-kadang kalo ada rezeki dapatlah direct handle patient. Tapi banyaknya jadi PEMERHATI.
Shortsem tu jangan berangan nak beli tiket honeymoon ke nak kawen sangat la. =) Shortsem tu kami kena posting ke mana-mana hospital. Sebulan tu...
Macam masuk kerja la, 8 pagi hingga 5 petang. Penat? Haruslah.
Praktikal yang 4 jam pun, dah penat rasa macam nak tido 5 hari.
Penat kenapa? Pertamanya kena berdiri. HAHA. Kedua, waktu handle patient tu kena angkat-angkat patient. Adjust peralatan2 tu semua. Thats why saya kata, kena TOUGH lah nak jadi radiographer.
Selain tu, kita bukan kerja kat jabatan x-ray je. Kita boleh jadi kena bertugas di jabatan kecemasan. Kalau yang minat kes trauma tu, boleh lah. =) Duduk di bilik emergency. If ada kes kemalangan dan perlukan scanning dengan cepat, waktu tu la kita kena bertindak.
Luas sebenarnya tugas radiographer ni. Bukan scope kecik. =)
Dalam seminggu, memang kami pergi hospital atau klinik kat Jalan Hospital College.
Tapi insya ALLAh lepas ni lab x-ray akan establish dah kat kuliah ALLHS tu, so adik2 lepas ni tak penat sangat nak ulang alik macam kami. Dari JHC ke IMC. Tak penat pun kalo ada kereta. Dulu waktu takde kereta, penat menunggu bas. Eh, kalo ada kereta, penat juga kalau jam. Banyak habeh minyak. =)
Selalu juga kena hantar ke Temerloh. Perjalanan Temerloh ke UIA ambil masa hapir 2 jam juga. (1st time pergi je dua jam, lepas tu boleh buat rekod 1 jam 30 minit paling lama pun) ;p
Yang 2 jam tu tak kesah pun, tapi tol tu, boleh tahan juga. RM22 pergi balik. Tapi ok je, bukan selalu pun~
Kalau HTAA kat Kuantan, depan Kuantan Parade tu, tok sah kata la, tempat wajib kunjung tu. =)
Best kot jadi radiographer. =)
Kita bukan saja hasilkan film, tapi kita boleh kritik film. Waktu belajar, part kritik film ni yang paling mendebarkan. Nak present radiograph tu kat lecturer. Kalo sapa tak suka present,jangan amik radiography. Tiap2 minggu kena present. Tapi kalo korang tak belajar present sampai bila2 pun korang takkan pandai. So, ok je present2 ni. Saya rasa tak de masalah. Something we can built. Insya ALLAH.
Tentang peluang pekerjaan. Hemm. Susah nak cerita. Saya sendiri pun belum terjamin peluang pekerjaan. =)
Tapi saya ingat satu saja yang Br Zainul kata, (nanti adik2 masuk ALLHS, adik2 akan kenal sape Bro Zainul ni)
"Tugas anda adalah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tuntut ilmu ALLAH dengan serius. Insya ALLAH, lepas ni kalo dapat pointer 3.5 and above, offer kerja dan sambung belajar dengan sendiri datang. Tak perlu minta pun. tak perlu apply. Ramai dah yang jadi macam tu. Brother Iqbal, grad dengan 3.8. UIA tanggung dia pergi belajar di UK, balik nanti otomatik dapat kerja dengan UIA. So, 1st thing to do, strive for the excellence"
Kadang-kadang terfikir juga soal kerja, tapi takpe, itu bukan matlamat utama kita menuntut ilmu. Kalau dapat rezeki murah, insya ALLAH mudah nak apply kerja. Nak apply kerja, jaga attitude, berakhlak dengan akhlak muslim, belajar dan belatih dengan serius, insya ALLAH dengan rahmat ALLAH mudah nak dapat kerja. Tak musthail pun semua tu. =)
a few year nanti hospital UIA maybe dah establish. Not saying that semua pelajar UIA akan kerja dengan UIA, tapi at least, ada tempat kita nak tuju lepas ni. Kalau tak dapat kerja, boleh sambung master. Become a lecturer. Best tu. =)
Saya pun bercita-cita macam tu juga. =)
Ala kulli hal, semuanya pada rezeki. kalau ALLAH mudahkan insya ALLAH mudah. =)
Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
QS. Fathir (35) : 2
erk, macam banyak kan saya menulis. Maaf. Terlajak kata. Baru ingat nak taip sikit je. =)
Walaubagaimanapun, nak say sorry sangat kat adik-adik yang tertunggu-tunggu overview kos radiography ni. Sebab wakilnya busy sangat. ;p
Sebarang pertanyaan boleh tanya direct. Tapi jangan marah kalau tak dapat jawapan on the spot. Mungkin ada orang jarang ONLINE akhir-akhir ni. =)
Boleh direct FB juga. =)
Syukran semua. ^_^
-ALFAQIRAH ILALLAH-
16 comments:
salam,sye pljar ALLHS kt uia skunk ni,mmg brcdng nk ambek radio kt main campus nnti,nk tnye,ntuk radiografy ni ade x subject anatomy?1 lgi,bleh bgitau ape subjct yg kne blaja?,sket pon jdi arr
Wassalam.
Yup, ada subjek anatomy. But tak sedetail medik punya silibus lah.
Subjek lain seperti
Radiation physic
Medical Physic
Imaging Technology
Psychology
Analog Image Analysis
Instrumentation
dan banyak lagi...
assalamualaikum..
terima kasih atas perkongsian..:)
menarik sangat..
rasa macam jatuh cinta jugak je..
tapi saya budak physical sc..huhu
sy ade soalan akak.kalo nak jd pensyarah mcm mane laluan nye ye..?
terima kasih..
salam..akak,saya nk tnya..ap minimum requirement untuk further kos ni?saya risau sgt,saya mcm brminat dgn kos ni..tp,pointer sem 1 xbrp tggi..saya pelajar asasi uitm sem 2 dh skrg..satu lg,untuk sambung degree di UIA dlm kos ni perlukan result muet x?at least band brp ya?
assalam.. perkongsian yg sgt menarik,, terima kaseh kak,, tapi saya still confuse nak amik radio atau fisio,, saya study ALLHS kt pj skang ni,, nak mintak pendapat pro n cons radio n fisio,, syukran,,
Cik mudrikah, study memang best kak.tp pluang kerja tersngat susah.bg aku la. Baek ko pilih opto or audio. Confirm grade dapat keja.pointer 2.1 pon keja jamin dalam tangan.. Aku ada member budak radio uia.citer kat aku.kerja ada tp average gaji rm 1500 je.klau opto and audio, grade je confirm2 above 2500.. Sebab ape? Sbb radio ni bersepah budak diploma. Nak masuk gonverment? Ramai dah yg ambik diploma under kkm yg akan di assign ke hospital gonverment. Kalau awok x caya. Pegi la tngok iklan2 kerja. Banding2 kan. Kalau kita kira atas sebab menuntut ilmu, semua kos pon ok.tp untuk hidup dalam dunia reality, aku cadang kn,1st audio, 2nd opto. Fisio pon lebih kurang sama ngan radii.ada budak2 diploma. So, fkir2 la sendri..peace :D
Ada fb ke wc ke nk tnya bnda..mohon sangat.
Assalamualaikum akak,nk tanye akak ade lgi x nota2 degree radiografi akak?klau ade sy ingt nk pinjam dri akak..sy bru thn ni blajar diploma dlm course radiografi selama 3 thn di Mahsa University..klau akak x keberatan lepas akak habis degree boleh x sy pinjamkan nota2 tersebut?aka boleh bgi nota2 akak kpd email sy azulaikha97@gmail.com terima kasih akak..
assalamualaikum, alhamdulillah terjumpa jugak post pasal ni. ana student last sem ALLHS cfs pj. nak tanya,untuk course degree iium, kami akan kene interview kan? boleh share pengalaman pasal tu tak? ke ade dah kat post post yg sblom ni?
salam. saya student dari matriks & sgt berminat utk apply uia. tapi dengar kata student matriks ni chances utk masuk uia nearly zero. and pointer saya pun dlm 3.3 tapi nak sambung sc course. mcm mana ye ?
Assalamualaikum.. thx for the sharing.. bergune sgt.. sye tgh pening nk bwat pilihan ni tp bike bce blog ni tros i make up my mind nk pilih course ni.. thx again semoga akak diberkati Allah
esok iv nak pilih course ke main camp, firts choice radio and praying for the best :)
Salam saje nak bagitau yang Dr Zainul dah bersara :)
Akak, saya nak tanya. Is there any difference between medical imaging and radiotherapy ?
Hai...course ni ambik x lepasan diploma in radiology. Anak skrg tgh bljr course ni kt kktm ledang. Cdg nk further kt sini 4 degree.
Post a Comment