Bermula semua kuliah selepas seminggu bercuti untuk mid semester.
Cuti pertengahan semester saya kali ini sangat best. Menarik dan mencabar. For sure, tak balik Kelantan pun. =)
Bila tengok pola blog ini, semakin lama semakin surut. Artikel yang dihantar ke ruang-ruang dakwah pun dah merosot. Apa yang terjadi kepada penulis? Hanya DIA yang tahu.
Bukan pena terhenti. Kadang-kadang banyak idea nak menulis. Macam -macam nak cerita. Tapi tak sempat nak luahkan idea kepada tulisan kata-kata. ^_^
Alhamdulilah, hari ni kaki bengkak, terpele'ot. Entah macamana boleh bengkak. Ingat OK je, tapi bila bangun pagi, nak jalan tak boleh langsung. Eh, boleh je jalan, tapi dengan air mata. ^_^
Serius sakit macam masuk angin. Maka, terpaksa ponteng kelas BMK pagi tadi. Petangnya ada exam, gagahkan juga kaki, drive pun tahan je. Aduh. Sebab kaki sakit, tak dapat 'merayau', dapatlah update blog malam ni. =)
Nothing much to say. Nak say HI je kat semua sebab macam lama tak jumpa blog ni. Saya sendiri pun dah lama tak jengok blog ni. =)
fatrah sekarang fatrah yang sedang menguji diri. Pelbagai ujian yang ALLAH beri dan atur. Semua ujian itu untuk pembuktian IMAN. haruslah bersabar dan ikhlas. =) Insya ALLAH. Mohon doanya.
Oh ya, cuti midsem yang lepas, saya menjelajah Terengganu --> Seremban ---> Klang ---> Shah Alam ----> Port Dickson dan Teluk Kemang -----> baru kembali ke Kuantan.
Semester ni boleh dikatakan semester paling banyak kali MUSAFIR. Sepanjang sebulan, setiap hujung minggu non stop musafir. Seronok memang seronok, tadhiyyah duet pun seronok. =) Kering.. Kering..
Tak mengapa kering demi pengalaman.
rindu dah kat dua orang bradik ni. Tadi abang ki tepon, tanya kaki macamamna. makin bertambah rindu kat depa semua. Oh JOHOR, wait for me. until... tadi tanya juga Abang, bila kita nak jumpa lagi. Abang kata tunggu saya plak la yang tunang/kawen. ^__^ |
Insya ALLAH minggu ni pun bakal bermusafir ke Gombak, untuk bersama dengan orang-orang soleh di majlis Ilmu bersama Habib Ali Al-Jufri di UIA Gombak. Moga kaki sehat cepat dan ibu ayah bagi kebenaran untuk musafir lagi. =)
allah.. nak sangat jumpa habib..... |
Tinta Bintu Kamarudin. ^__^
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(A-li'Imraan 3:139)
(A-li'Imraan 3:139)
Terima kasih Adinda Syitah Idris, atas nasihat dan peringatan ini. ^_^
Moga ALLAH percepatkan pertemuan kita.
ISTIQAMAH, insya ALLAH!
1 comment:
ada email tak kak? nak tanya sikit. tq
Post a Comment