♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, April 03, 2012

TIP pilih SAHABAT muslim. ^_^

Lihatlah langit itu, kita memandang langit yang sama. Dimana pun kau berada, aku sentiasa mendoakanmu. Bagaimana keadaanmu, benar aku tidak tahu. Tapi susah hatimu, aku rasa dari jauh. Gelisah jiwamu aku tahu. Bersabarlah teman. Esok lusa untukmu pasti ada kegembiraan. Bersabar!



Kata-kata semangat serta nasihat dari seorang kawan adalah sesuatu yang istimewa. Kadang-kadang, bersua tidak, berSMS tidak, tetapi rabithah hati mengikat jiwa ini. Alhamdulillah.


Tip mencari kawan sejati :

1- Sahabat yang mengutamakan urusan ALLAH dan Rasulullah berbanding urusan lagha dan melalaikan.

Let say ada kawan ajak kita shopping somewhere, masa tu lagi 20 minit nak masuk waktu Asar. Kalo dia still nak pergi jugak tanpa tunggu solat Asar dulu, erk, something wrong tu, melainkan dia memang ada something urgent yang mendesak. ^_^


2- Sahabat yang apabila diceritakan padanya masalah kita, tidaklah dia mengatakan sesuatu melainkan menyuruh kita kembali kepada ALLAH.


Ada kawan yang bila diceritakan masalah, dia yang terover marah, terover emosi, sampai kita pun lupa dah nak minta tolong ALLAH dalam menyelesaikan masalah.

3- Sahabat yang apabila disuarakan kemarahan pada sesuatu/seseorang, tidaklah dia menjadi API yang memanaskan keadaan.

Selalu sangat jumpa sahabat jenis batu api ni. 

4- Sahabat yang dalam hatinya tidak ada hasad untuk sahabatnya. Tidaklah dia gembira apabila sahabatnya bersedih duka, dan tidaklah dia benci apabila sahabatnya bergembira ceria.

Saat suka duka tu semua orang akan rasa. Tak perlu nak jeles cemburu kat orang lain. 

5- Sahabat yang waktu kita susah, senang, payah, tenang, selaluuu ada bersama kita. Tak semestinya bersama jasad. Tapi apa pun yang berlaku, kita tahu dia bersama kita dan menyokong kita. Apabila kita benar, dialah orang yang membenarkan kita. Tetapi apabila kita songsang, dialah orang yang memperbetulkan kita, bukan meninggalkan kita.


Jadilah sahabat yang menjadi sumber kekuatan untuk orang lain. =)

6- Sahabat yang apabila kita bosan, tidaklah dia mengajak kita melakukan aktiviti melainkan aktiviti yang berfaedah.

Harap-harap tak jumpa sahabat yang ajak jalan-jalan tanpa tujuan kat shopping complex. Tak jupa juga sahabat yang ajak buat aktiviti tak bermanfaat untuk muslim sejati. ^_^

7- Sahabat yang mengenali ibu ayah dan dikenali ibu ayah.

In case ada ape-apa probs, direct contact with our parents.

8- Pilih sahabat yang sentiasa berlumba-lumba dengan kita membuat kebaekan. Tapi tidak ada rasa cemburu dihatinya bila kita terkehadapan. 


9- Sahabat yang peribadinya adalah akhlak Rasulillah. Pakaiannya adalah TAQWA. Perisainya adalah IMAN. Bentengnya adalah SABAR. Pengikatnya adalah MALU. 
^_^

Dan akhir sekali

10- Sahabat yang matlamat kehidupannya adalah SYURGA dan jalan dunianya adalah PERJUANGAN.


Insya ALLAH, kita terheret sama dalam dunia kemaarufannya. ^_^




Pilihlah sahabat yang baik. 
Bukan bermaksud, 
MEMILIH DALAM BERSAHABAT.
Cuma berhati-hati mencari sahabat.
Bimbang nanti,
sahabat itu bersamanya tidak menambah apa-apa melainkan kurangnya iman.

Carilah sahabat yang bukan selalu bersamamu. 
Tapi apabila susah senang,
kita tahu dia bersama. 

^_^


Selamat bersahabat dengan muslim sejati.

Dan paling penting,

moga kita terlebih dulu menjadi muslim sejati kepada sahabat kita.

Tidaklah kita menarik sahabat melainkan kepada perkara maaruf.

Nak buat maksiat, buat sorang-sorang, 
jangan ajak orang.

Tapi kenapa nak buat maksiat?
Tak payahlah. 
Kerjakan saja amalan kebajikan. 
^_^


Wallahu a'lam..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

demand tinggi sangat nak pilih sahabat. no wonder la

Anonymous said...

apabila aku melihat kak husna menangis...huhu. tapecaya pun ada.

.:Insyirah:. said...

Luqman Al-Hakim pesan pada anaknya,kalau nak cari sahabat, cuba buat dia marah.kalau dalam kemarahan dia boleh bersabar dan masih menasihati kita mengingati Allah, boleh la kita bersahabat dengannya..:)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.