♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, April 15, 2012

Yang kita tak sangka..

Seringkali kita berterima kasih pada mereka yang membahagiakan kita.

Sehingga, kita terlupa berterima kasih pada mereka yang melukakan kita. Mengecewakan kita.
Kerana adanya orang seperti mereka, kita belajar untuk menjadi mukmin yang kuat.
Mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh ALLAH berbanding mukmin yang lemah.
Bertuahlah mereka yang ALLAH hantar ujian melalui manusia.




Berada di Kelantan, sempat bertemu empat mata dengan sahabat, Wirdah Mohd Zain. 
Alhamdulillah. Berjaya juga lepak marathon. ^_^
Banyak story yang nak share. Tapi tak semua terkongsi. 
Menunggu Farah Adlina, tapi tak kunjung tiba. 
Entah bila boleh bertemu Cik Farah Adlina ni. ^_^
Takdop rezeki sokmo nak jumpa dia.

Terima kasih Sahabat, Wirdah Mohd Zain.
Atas hadiah buku 
INDAHNYA PERJALANAN HIDUP FATIMAH AZ-ZAHRA
dan 
SOLUSI 42,
Pasrah Dengan ISTIKHARAH.

Insya ALLAH,
memang dah lama teringin nak kaji sejarah hidup Fatimah Bintu Rasulillah.
Selama ni dok kaji sejarah hidup Aisyah R.A, isteri Rasulillah.

Kena gabung apa yang dapat dari peribadi Aisyah dan peribadi Fatimah,
nak apply pada diri sendiri.

Lepas ni,
tak jadi Aisyah dah.
Nak jadi
Aisyah Fatimah pula. 
^_^

Selama ni tahu sejarah cinta Fatimah dan Ali.
Yang sehingga kini menjadi inspirasi. 
^_^

Semoga ALLAH memberkati dan melindungi kalian ya sahabat-sahabat. 
^_^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

hebat2. Selamat menjadi Aisyah Fatimah awak!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.