♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, May 11, 2012

Bertambah kuat ;)

Kadang-kadang kita terfikir, kenapa kita asyik terpilih diuji dengan ujian oleh ALLAH?

Luah saya dalam syahdu pada kakak, "Kesan jarum yang lepas tu tak hilang lagi bekasnya. Ini dah kena lagi suntik banyak kali lagi.." Dalam tangis pilu, bukan sakit kena jarum, tapi terharu, dipilih ALLAH untuk melalui ujian ini. Alhamdulillah.

Tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata seorang ustaz yang bagi ceramah di Masjid Zubair di selatan tanah air. Kata ustaz tersebut,

"Kalau kita sakit, kita tetap kena sebut ALHAMDULILLAH. Payah nak sebut, tapi itulah nikmat iman terbesar. Yakni, kita sakit, kita diuji dengan kesusahan, tapi kita tetap menjadi hamba yang bersyukur. Kalau perit sangat tekak nak cakap ALHAMDULILLAH, cakap dalam hati. Bersyukurlah!"
Banyak pengalaman baru yang saya dapat. First time warded tanpa family di sisi. Dah besar,banyak benda yang kena berubah.

Dulu, sakit je, family. Sakit je, family. Masuk wad je, family teman.

Sekarang, Ibu nak datang pun saya tak bagi. Abang tu memang nak datang, tapi tunggu cuti.
Bajet nak rasa hidup berdikari. Lagipun, Ibu sudah semakin tidak sihat, seiring dengan pertambahan usianya. Saya cukup mengerti itu. Apalah saya seorang anak muda yang kuat jiwanya, mahu meminta seorang Ibu tua datang melawat anaknya?

Sudah tentu tidak. Sepatutnya saya yang pulang dan berbakti kepadanya diusianya kini. Kalau dulu, memang Ibu masih sihat dan kuat. Saya pun masih muda. Sekarang, kita perlu berubah. ;)

Kata saya pada Ibu,
"Kakak nak berdikari. Kakak boleh je. Hidup sorang-sorang kat wad, kakak OK. Ibu jangan risau. Tanggungjawab kakak jaga Ibu. Senangkan hati Ibu. Kakak tahu Ibu susah hati. Ibu jangan risau, kat sini kakak ramai kawan. Doktor-doktor pun semua budak-budak UIA juga."

Penat juga saya yakinkan Ibu. ;)

Sesekali sebak juga. Melihat seorang anak muda (patient lain kebanyakannya berusia) yang dimasukkan ke wad, beberapa jam selepas saya landing dengan damai di wad itu. Ditemani Ibu Ayah. Sebak tu, ada la, SIKIT. Tetiba rindu Ibu Ayah waktu tu.

Tapi bila saya tengok umurnya, baru 16 tahun! Cool la untuk ditemani macam tu. ;)

Bila Abang kakak tahu saya masuk wad, mesej-mesej mereka berbunyi begini;

"Lagi? Ya Allah budak ni.. Sayang sungguh Allah kat dikna. So how?"

"Siannyaaa..... Dikna....... Nak abang datang ke? Banyakkan berbicara dengan Allah ya. Nanti abang call."

"Its u, again. Why not me. U still innocent girl. Masih muda. Why not me. Dont cry lil sister. Im always with u."

Paling syahdu mesej kakak dari Indonesia,

"Maaf sebab tak dapat teman dekna. Kakak harap, semua doktor kat sana layan dekna macam kakak layan patient kakak kat sini. Be strong dear sister."

Sometimes, bila kita rasa strong, tapi bila abang kakak call, runtuh juga benteng air mata. Punyalah tahan, tapi tak berjaya. With them, feel very comfortable to cry. ;)

Dulu, waktu saya masih muda, mereka belum berkahwin. Mereka belum ada komitmen kerja seperti hari ini. Jadi depa banyak luang masa untuk saya.

Sekarang, depa ada banyaaaak komitmen sendiri. Dan saya faham, keadaan akan berbeza. ;)

Keadaan akan sentiasa berubah. Dan akan terus berubah.

Apapun yang terjadi,

saya berharap akan bertambah kuat dan gagah perkasa. ;)

Saya berharap, semua ujian yang Allah hadiahkan untuk saya, dekatkan saya dengan Allah. Insya ALLAH.

Dan saya pun rasa,

after this tough week, rasa sangat kuat. Insya ALLAH. Ibu memujuk, "Ada sesuatu besar yang Allah ingin beri kepada Kakak. Sabar kakak, sabar."

Insya Allah, apa saja yang Allah mahu beri, saya cuba untuk redha. Kerana saya perlu meredhai sebelum saya diredhai olehNYA.

Mari kita menjadi kuat sama-sama. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.