♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, May 06, 2012

Orang MALAYSIA ke tak ni? ;p


Saya bertemu seorang kenalan lama di East Cost Mall. Kebetulan dia memakai baju kuning, tudung kuning, kasut pun kuning.

Kemudian saya berkata pada beliau,

"Eh, kuningnya. Sejak BERSIH hari tu tak tukar-tukar baju ke?"

Dan dia terpana.

"Bersih? Apa tu Una? Sejak bersih bila? Bersih apa? Tak paham."

Saya kata,
"BERSIH 3.0 la, sabtu lepas."

Dan dia masih blur.

Saya tambah lagi,
"Menuntut pilihanraya adil dan bersih."

Kemudian beliau sambung,
"Oh, pilihanraya. Aku tak terlibat."

Macam pening dengar jawapannya. Saya balas balik,

"Umur ko dah 22 kot. Dah layak mengundi."

Dengan selambanya dia balas balik,
"Tak terjejas pun undi aku sorang. BERSIH tu bagaimana Una?"

Bersih 3.0 – Why Are You Supporting Them?

xxxxx

Dalam hati saya terfikir,
dalam facebook kita aktif update status.
Sayangnya kalau kita tak pernah ambil tahu 
apa yang terjadi kat MALAYSIA ni.
Kalau kat Malaysia pun tak tahu apa jadi,
apa lagi nak ambil tahu cerita orang di SYRIA, di MESIR.

Semuanya ummat Islam.
Saudara seislam kita.
Seaqidah.

Sayangnya kalau kita mengambil langkah berlepas diri dalam menentukan masa depan Islam itu sendiri.

Sayang,
beribu kali sayang.

Saya juga bukan suka membaca isu semasa yang kadang-kadang tak faham pun bila baca,

tapi atas dasar tanggungjawab sebagai khalifah atas muka bumi ni,
silalah ambil tahu.

Dan atas dasar tanggungjawab itulah,
minat dan suka diketepikan.

Kita jadi orang ISLAM yang nak perjuangkan ISLAM.

Bukan menolak JIHAD bila ada persatuan ISLAM.

Selagi Jamaatul Muslimin tak ada,
selagi tu kita berjuang. 

;)

Sayangnya kalau kita boleh baca status mengarut orang kat FB,
tapi tak boleh nak update apa yang berlaku di sekitar kita.

Satu lagi yang tragis,
di UIA,
sahabat satu UIA,
sehari sebelum BERSIH,
saya bercerita tentang BERSIH.
Kemudian dia tanya,

"BERSIH 2 eh?"

Saya kata,
"Tak la, BERSIH 3.0"

Dia dengan konfiden bangkang kata saya,

"Eh, mana ada. Baru satu je BERSIH tahun lepas. Bila dah BERSIH akan datang?"

Dushh.. Dush...
Dalam FB tak pernah terjumpa ke pasal ni? 
Ke terjumpa tapi buat tak kesah?
Rasa benda tu takde kaetan dengan kita?


Erk, masalahnya,
bila baca status orang lain yang takde kaetan dengan kita,
sudi pulak kita komen dan like.

Walaupun kita rasa BENDA TU takda kaitan dengan kita,
tapi ia berkait dengan negara kita.
Tanggungjawab bersama.

BERSIH ni seluruh negara kot. Bukan Malaysia je.
Orang kat Mesir pun siap buat demo kot.
Tiba tiba kita yang duduk MALAYSIA ni, tak tahu pun.


Erk, bukan soal BERSIH je,
soal apa-apa pun.

COncern pada keadaan sekitar. 
Update isu semasa. 
SENTIASA.

Tak guna ada henset canggih manggih tapi dok buat benda yang tak berfaedah.
Ada henset canggih manggih tapi tak menguntungkan ISLAM langsung. ;)

Jangan fikir diri sendiri saja.

Tanggungjawab bro~

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ukhti. Miss u too much. Smoga cepat sihat. Semoga diampunkan semua dosa2 oleh Allah.
Saya tahu awak sakit, tapi awak tetap senyum. Saya tahu awak kuat, awak tetap tak menangis.

Untungla semua orang sayang. =)

saya nak juga melawat awak di htaa, tapi tahu2 awak dah pindah ke KMC. =(

farhana said...

kata-kata semangat unt kakak tercinta :

cara kak berjalan dan betul2 kena dengan sifat akak! peace no war.

Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.