♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, May 26, 2012

Kami merindui yang sama ;)


Bingkisan :

Bismillahirrahmanirrahim

hari ni dah jumaat! cepat sungguh masa berjalan.

semalam bukak TV channel al-hijrah. then tengok-tengok ada Ustaz Don. wah, rupenya program "Cinta Masjid" kali ini dibuat di sana.

selain tertarik dengan tajuk yang disampaikan; Cinta Rasul, hati saya juga tertarik dengan sesuatu yang lain.

jeng jeng jengggg

haha, ni la bendenye yang terus menarik saya menonton 30 minit ustaz Don sampai habis. sebab lokasi dia kat sini.

for your information, masjid ni nama dia masjid sayyidina hamzah. tak terletak kat uia pun. tapi kat kg batu, north of sentul 

this place is VERY memorable for me.masih saya ingat, di sinilah antara tempat saya jumpa 'cinta pertama' saya.wink wink :D amboi kemain



tempat saya bermain dengan kawan-kawan macam budak tadika,tempat kumpul ramai-ramai pastu wat bentuk love. hihi.malam-malam tyme orang lain tido kat kelas masjid ni juga ada sekolah rendah/tadika tak silap boleh lagi curi-curi pergi masjid. kononnya nak iktikaf la nih, tapi sbenarnya sebab kat masjid selesa, ada aircond.

area ni kat kawasan wudu' muslimiin kot, and dah dekat dengan dapur. tak sure jugak sebab area muslimin


pastu paling xle lupa kalau tyme weekend je mesti ade yang book untuk akad nikah. kat dewan pun ada pelamin =.= tortured.

paling rindu kat sorang budak ni, demukkkk bangat. mama dia kerja bersihkan masjid ni, so dia akan duk senyap-senyap atau main sensorang kat kawasan masjid. selalunya mama dia akan belikan roti canai pagi-pagi, pastu tinggalkan dia makan sensoranng sebab mama dia ada kerja. jadinya kami la yang bertanggungjawab main dengan dia bertanggungjawab nah

ni la kawasan budak gemuk tu dikenalpasti selalu bermain bersendirian

kat tingkat atas ada kelas agi n dewan. kat sana la kami berprogram. ajak adik-adik berbiah solehah, sama-sama membtulkan diri masing-masing.

dapur pun luassss. pendek kata tempat ni perfect ar.

pun begitu tempat ni bukan perfect sebab kemudahan dia je, tapi sebab memori yang dibawak oleh tempat nih .hoho

satu hari saya akan menjejakkan kaki agi kat masjid ni, InsyaAllah. nak buat ape? saje je jalan-jalan :P sambil iktikaf ke, tak pun pagi-pagi weekend dengar ceramah. rindu gak dengar ceramah ngan mak cik2. pastu sound effek belakang ada budak-budak kiut dengan kain semayang wane pink tengah bercakap2

Allah, temukan lah aku semula dengan 'cinta pertama'. kami saling merindui antara satu sama lain

haza wabillahitaufik

Kata saya :
Saya juga merindui masjid ini.
Sungguh
^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.