♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, May 26, 2012

Bukan segala-galanya.

Duit bukan segala-galanya.
Ramai orang kaya tapi hidup tak bahagia.

Duit bukan segala-galanya.
Nak buat ibadah, bukan duit syaratnya.
Nak bagi sedeqah dan infaq, bukan KAYA syaratnya.

Qarun, contoh paling jelas. Nak tahu kisah Qarun dan hartanya?


Di dalam kitab Ibn Katsir iaitu al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibn Katsir ada mengisahkan siapa Qarun. Asalnya Qarun bukanlah orang yang senang; namun dia sangat rapat dengan Nabi Musa a.s. Qarun belajar dengan Nabi Musa a.s. Salah satu ilmu yang dipelajarinya ialah, ilmu mengenalpasti tempat mana emas tersembunyi di dalam bumi. Diringkaskan kisahnya, Qarun akhirnya menjadi kaya-raya. Allah SWT ada mengisahkan Qarun dan kekayaannya di dalam surah al-Qasas di dalam al-Quran, iaitu pada ayat-ayat 70-80.
Setelah kaya-raya, Qarun telah diminta agar memberikan sedikit harta kekayaannya kepada kaumnya. Namun, sayangnya Qarun membantah dan lebih daripada itu, Qarun mendabik dada bahawa segala harta yang diperolehinya itu adalah atas ilmu dan daya usaha dirinya sendiri. Akhirnya, kekayaan yang banyak itu tidak ke mana-mana apabila Allah SWT membenamkan Qarun dan istananya ke dalam bumi. Sesungguhnya, ini adalah suatu kisah penting dalam sejarah zakat, bahawa mereka yang kikir bahkan takbbur dengan hartanya pasti dimurkai Allah SWT.
Tidaklah menjadi kesalahan mencari harta, tapi biarlah bersederhana. Dan mengikut kemampuan kita.
Saya tertarik dengan satu ayat seorang ustaz,
"Enti boleh spend masa banyak-banyak untuk study, untuk berniaga, berbisnes dan sebagainya, jangan sampai masa enti untuk dakwah,untuk Islam terkorban pula. Syurga tak kira banyak mana duit enti, tapi pahala enti."
 
Kaya yang sebenarnya adalah kaya iman, kaya ilmu, kaya taqwa, kaya pahala. Bukan kaya duit semata-mata.
Orang Islam memang harus kaya. ;) Tapi biar dengan cara yang betul. 
Orang yang berkata, "Nanti aku kaya, aku boleh infaq banyak-banyak untuk Islam."
Jangan bagi syarat untuk infaq. Tunggu kaya baru nak infaq ke?

Saya tidak kata bahawa mencari harta itu salah, berdosa. Tapi kita harus bersederhana. Dan melalui jalan yang baik. Bukan jalan yang membahayakan diri. BUkan jalan yang mengorbankan study, bukan jalan yang mengorbankan dakwah serta tarbiah kita. 
Orang kaya tak semestinya senang. Tak semestinya bahagia. ;)

Tetapi bukan bermaksud orang islam tak boleh kaya sedangkan dahulu Saidina Uthman sangat kaya tetapi beliau diiktiraf oleh Saiditina Aishah sebagai orang lebih zuhud pada waktu itu berbanding dengan orang sanggup tinggalkan keluarga dan anak hanya mahu mengejar ZUHUD.
Kaya yang sebenarnya adalah kaya jiwa. Kaya budi. Kaya amal. ;)
Berbisnes itu sunnah Nabi. Betul... ;)
Tapi Nabi berbisnes, Islam tetap nombor satu. Bukan bisnes nombor satu tau. ;)
Tips untuk jadi kaya (terutama student) :
  • Berjimat cermat. Tak payah nak shopping sangat yang tak perlu. Kurangkan berjalan-jalan. Jalan-jalan ni pakai duit tau.
  • Berbisnes. Boleh je nak cari wang sampingan, tapi ingat, pandai-pandai susun aulawiyyat.
  • Banyakkan memberi. Beri wang. Beri budi. Beri kebaekan. Beri tazkirah. Kadang-kadang rezeki Allah tak datang dalam bentuk duit tau. ;)
  • Jaga amal-amal yang patut dijaga. Seperti bacaan Surah Al-Waqiah untuk memurahkan rezeki. Rasulullah pernah pesan, orang yang baca Waqiah takkan miskin.
  • Banyakkan mencari ilmu. Ilmu tu harta tau. Kelak ilmu tu boleh beri banyak kebaekan untuk kita didunia dan akhirat.
  • Jaga hubungan dengan manusia. Dengan Allah, of course lah. ;)
  • Amalkan istiqamah dengan solat Dhuha. 


Bear in mind : Kaya tak semestinya bahagia. Tapi kalau kaya amal, kaya pahala, dijanjikan ALLAH bahagia. 



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

kau anak orang kaya. kau hidup senang. duit banyak, tak pernah hidup tak berduit. duit dalam bank melimpah ruah. bole la kau cakap duit tu tak penting. cuba kau pk orang yang tak ada duit, hidup susah. makan pun berlapar tau.
kau semua mak bapak supot. semua yg kau nak kau dapat, memang kau takkan rasa kau perlukan duit.

kau boleh la cakap macam ni,abang2 kau semua kaya raya,semua kerja besar.kau pulak anak bongsu. hidup kau senang. makan tanggung.
aku?
hidup aku tak sesenang kau. salah ke aku cari duit untu hidup gaya2 orang kaya macam kau? salah?

kau takut kekayaan kau habis ke kalau aku kaya?
kau kaya, senang la kau nak berdakwah. duit kau banyak, melimpah ruah,pgi mana2 poket kau pennuh. blh a cakap banyak.
family kau tak pernah biar kau hidup susah. tapi aku? family aku yg susah. apa kau tahu.

Anonymous said...

bila sakit kau boleh pergi hospiital mahal2. aku nak pegi klinik pun tak lepas tau. kau tak pernah faham kan perasaan orang yg takdek duit. sebab tu bagi kau wang bukan segala2nya. kau tak hargai wang tu sebab kau tak pernah tak ada wang.
aku tak benngan pun dengan kau. ak ok je. ak cuma nak cakap, aku ada hak jugak nak jadi kaya macam kau.
tapi fine la, kau dapat berdakwah bila kau kaya raya. sebab kau banyak duit nak berdakwah

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.