♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, May 18, 2012

Pujian itu cabaran. ;)

Malam Jumaat.


Mengapa pria muslim tidak sholat berjamaah subuh dimesjid? Karena, 


1. Belum tahu keutamaannya, 


2. Cinta & sibuk urusan dunia,

 3. Rasul mengingatkan, "Sungguh hanya org munafik merasa berat berjamaah isya & subuh dimesjid",

 4. Diantara tanda mu'min, "Sesungguhnya hanya hamba ALLAH yg BENAR2 BERIMAN kod ALLAH & akhirat yg MEMAKMURKAN MESJID ALLAH"(QS9:18),

 5. Byk ma'siyat sangat malas ibadah.

 6. Pengaruh lingkngan klrg & tempat tinggal,

 7. Faham yg salah; yg penting sholat, padahal seandainya mrk tahu keutamaan berjamaah di mesjid, "law habwah..." merangkakpun mrk tetap ingin selalu ke mesjid.


 8. Tidak sadar kalau Adzan itu UNDANGAN ALLAH,

 9. Malas, inilah penyakit kronis lemah iman. "Allahumma ya ALLAH tanamkan dihati kami kekuatan iman & kesenangan ibadah di rumahMU...aamiin".

sungguh comel .....

Setelah menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di CF Bro, saya berlegar-legar sekitar taman perumahan di Indera Mahkota 8. Mencari kalau-kalau ada rumah yang available untuk di sewa dengan harga yang berpatutan. Walaupun belum jumpa housemates, saya try dulu survey. Kalau tak jumpa jugak housemates, kena cari soulmate lah nak pindah rumah sewa. Ehhe. ;p

Azan Maghrib berkumandang. Saya menuju ke Masjid Afzan. Istimewanya malam Jumaat saya di Afzan. Hampir saban minggu, kalau tidak ada ape-ape taklifan, saya lebih gemar menghabiskan waktu bermulanya yaumul barakah di Afzan. Bukan tidak sudi dengan masjid UIA, tapi saya mengenali Afzan sejak pertama kali datang ke UIA, sebelum Masjid Putih UIA siap. Nostalgik Masjid Afzan tu sebenarnya. Ehhe. ;)


Waktu mula-mula jadi pelajar Degree, karpet kat Afzan ni yang banyak dengar cerita suka duka saya kat UIA. Waktu payah susah letih lelah, dinding Afzan yang menjadi saksi. ;) Sebab tu Afzan ni nostalgik. ;p


Tambah pula setiap malam Jumaat ada event di Afzan. Biasanya ada bacaan Yasin, tapi malam ni ada majlis perpisahan dan ucapan dengan VIP.

Usai Maghrib berjemaah, diteruskan dengan solat hajat, dan bermula majlis.

Seorang pelajar Biotech UIA tahun 4, kalau tak silap, nama yang disebutkan Tuan Imam ialah Akh Syauqi, lepasan Darul Quran, diberi penghormatan di masjid untuk memberi ucapan perpisahan. Mengikut Tuan Imam, Akh Syauqi merupakan pemuda yang banyak membantu beliau menguruskan masjid. Tapi saya sendiri pun tak kenal siapa Akh Syauqi tu. Walaupun sama-sama DQ, tapi rasanya batch dia terlalu jauh dengan batch saya. ;)

Satu ayat yang sudah lama saya tak dengar,

"Alhamdulillah, kita menerima kunjungan dan bantuan daripada graduan Darul Quran. Bukan senang nak bertemu muka dan mendapat jasa pelajar Darul Quran. Mereka bukan calang-calang graduan, tapi graduan yang mencintai Al-Quran. Mereka Al-Hafiz, golongan yang dimuliakan Tuhan."


Walaupun pujian tersebut dilontarkan buat Akh Syauqi, tapi saya turut terasa bahangnya. (Eh, tiba-tiba nak perasan!)

Bukan perasaan bangga yang ada dalam hati. Jujur, dah lama tak dengar orang puji x-student Darul Quran.

Sebenarnya pujian itulah cabaran.

Al-Hafiz kah saya? Atau cuma Al-Habis?

Terangkak-rangkak mengulang Quran. Itu Quran. Belum ditanya sudah dihadamkah tafsirnya?

Taklifat itu benarlah amanah. ;)

Pujian itu cabaran. Mungkin manis di dengar di telinga kiri dan kanan. Tapi sebenarnya ia bagai guruh dan petir yang melanda hati dan jiwa. Cewwah. ;)

Graduan Darul Quran, menyebutnya saja membuat hati berasa tidak layak. Namun begitu, wajib terus berusaha untuk layak, setimpal dengan SIJIL yang diletak kaku di dalam fail.

Apakah maknanya sekeping sijil itu. Mungkin selepas ini saya yakin saya akan gunakannya untuk memohon pekerjaan. Sebagai satu added value. Tapi adakah ia cuma begitu?

Apakah nilainya sekeping sijil, hakikatnya Quran itu bagaimana di dada mu? ;)

Allahu Allah.

Sungguh, muhasabah terbaek di Afzan. ;)

Setiap kali ke Masjid Afzan, macam-macam hikmah yang himmah yang saya dapat. ;)
Alhamdulillah. Banyak pengajaran yang Allah beri, sebab tu takkisah nak pergi Afzan walau sorang-sorang.

Usai Isyak, saya terus pulang memandangkan ada taklifan di bumi UIA Kuantan. Melintasi kantin dengan bau yang cukup lazat. Itulah kekurangan bila datang sorang, malu + segan nak masuk kantin dan join makan. ;p

Takde teman! Sape suruh datang sorang. ;p


Exam is coming~
Puffff~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

abi said...

dikna cari kat kita g hari tu la. kat permatang badak.

husnataqwa said...

jauh la abe.. tengok la gano. dekna tanya2 orang dulu.. cari housemates dulu..

classmate said...

kenapa nak sewa rumah? apa tak kena dengan tabari?

Rintihan HambaMu said...

na'am..pujian itu satu cabaran..
perlu menjaga hati dgn baik..
moga dirimu sntiasa dlm ksh syg-Nya..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.