♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, May 22, 2012

Tribute Untuk Bakal Isteri


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."
Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi




elakkan tabarruj di majlis yang penuh barakah. ;)


Bukanlah saya orang yang sesuai untuk menulis tribute untuk Isteri. Tetapi memandangkan atas dasar tanggungjawab dan menunaikan hak seorang sahabat ke atas sahabat, saya menulis. 

Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam.

Para sahabat bertanya: “Apakah wahai Rasulullah?.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ucapkanlah salam jika berjumpa dengannya,”
“Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya,”
“Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat,”
“Jika dia bersin dan memuji Allah, maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah),”
“Jika ia sakit, maka ziarahilah dia,”
“Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya,” 



Pertama yang terlintas di benak fikiran saya, apabila dimaklumkan tentang pernikahan awak, lafaz ALHAMDULILLAH yang pertama saya ungkapkan. 
Bersyukur kerana dengan pernikahan itu terselamatlah dua anak Adam daripada godaan syaitan dan daripada dosa besar menghampiri zina.

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."




Hadis ini sering menjadi tarikan sejak dari Darul Quran 
(satu klu, sahabat saya yang bakal mendirikan rumah tangga adalah satu batch DQ GEN9.)
Dan saya mula merasakan cemburu, bertuahnya awak, menjadi salah seorang wanita yang dijamin keberkatannya.
Dimudahkan urusan perkahwinan.

Mendengar kisah bagaimana taatnya seorang anak, menerima pilihan jodoh ibu bapa, bertambah rasa kagum dan penuh barakah perkahwinan ini. Seriously, kalau saya berada di tempat awak, belum tentu saya segagah awak.
Melihatkan kegembiraan dan seri wajah awak, saya mula yakin,
awak gembira kerana awak telah  menggembirakan hati kedua orang tua dan keluarga awak. 

Mana nak cari kisah cinta seindah ini. 



(kalau awak taknak buat novel, biar saya buat.)

Setelah dijamin dengan keberkatan,
stage seterusnya adalah meletakkan mahar.
Saya yakin,
sebelum saya memberitahu,
awak sudah lebih dari tahu.
Kan awak juga yang mengaku dah baca banyak buku? 
Ahha.

Moga-moga mahar pernikahan nanti lebih-lebih memberi keberkatan dalam hidup awak.
Dua ciri yang Habibi Rasulillah sebutkan,
Murah maharnya.
Mudah perkahwinannya.
Dua-dua awak rembat.
Memang beruntung dan bertuahnya awak. 
:)




Maka,
pesan saya untuk awak,
janganlah dirosakkan keberkatan itu dengan perkara-perkara yang tidak nampak.
Penyakit-penyakit hati,
ibadah yang terjaga,
aqidah yang sejahtera.
Antara perkara yang wajib kita semua teliti.



Jangan lupa untuk bersyukur.
Bukan saja bersyukur dengan perkataan HAMDALAH,
tapi berakhlak, berkelakuan,
persis gaya orang yang bersyukur.



Ini sekadar peringatan dari saya.

Jagalah keberkatan hubungan dalam tempoh pertunangan. 
Moga-moga sedikit kesilapan pun sedaya upada kita elakkan. 
Sedikit dosa dan maksiat,
seboleh mungkin kita jauhkan.



Kadang-kadang,
boleh jadi perkara yang kecil,
boleh merosakkan sebuah keberkatan.

Jalan yang awak lalui sudah cantik,
tinggal lagi awak dan dia,
memperindahkannya. 
;)


tidak digalakkan meniru aksi ini dihadapan orang ramai.
;)
Masa yang ada, 
gunakan sebaiknya untuk mendalami ilmu agama.
Walaupun Encik Suami bakal mendidikmu,
tidak salah seandainya awak meringankan bebannya.
Tambah pula dia doktor,
tanggungjawab terhadap ummat
besar.




Teruskan menyokongnya di bidang perubatan.
Teruskan menyokongnya dibidang dakwah dan tarbiah.
Awak jadi penguat dia.
Awak jadi wanita yang hebat disebalik kehebatannya.


Sukanya andai kat sini saya mampu nyanyikan awak sebuah lagu,
Isteri Solehah,
nyanyian The Zikr.

Isteri cerdik yang solehah,
penyejuk mata,
penawar hati,
penajam fikiran.
Dirumah dia isteri,
dijalanan kawan,
sewaktu kita buntu,
dia penunjuk jalan.

Selebihnya lirik, awak cari sendiri. 



Menjadi seorang isteri yang solehah,
mudah tapi hakikatnya susah.
Saya pernah terbaca dalam sebuah buku,
Denyut Kasih Medik
(kalau belum baca, sila baca)
tulisan Farhan Hadi,
katanya,
seorang lelaki yang memiliki isteri solehah lebih berharga daripada dunia dan seisinya.
Ia satu motivasi yang baik untuk kita, 
kaum muslimah,
menjadi yang solehah.


Awak,
menjadi isteri nanti,
jangan mengharap dilayan bak bidadari.
Tapi jadilah suri,
jadilah permaisuri.
Jadilah orang yang menyenangkan Encik Suami
sewaktu dia susah.
Memudahkan Encik Suami,
sewaktu dia payah.
Meringankan Encik Suami,
sewaktu dia berat.

Perkahwinan itu bukan milik suami.
Walaupun dia ketua bahtera rumahtangga,
tapi tanggungjawab mengharmonikan rumah tangga
terletak di bahu keduanya.

Walaupun bayt muslim yang bakal di bina adalah
JARAK JAUH,
jangan sesekali memandang senang pada jarak.



Ramai orang kata,
kawin duduk jauh,
senanglah.
Tak kena selalu ada dengan suami.

Bagi pendapat saya,
sebaliknya.

Bagaimana jasad yang tidak ada disisi suami ini dirasai kehadirannya oleh suami?
Hebat tu kalau awak boleh buat. 
;)

Awak,
saya tahu,
sekarang awak busy bincang majlis kahwin.
Sekadar peringatan dari saya, 
bagaimana susahnya kita merancang majlis kahwin,
majlis itu hanya sehari atau dua hari.

Sedangkan,
perjalanan awak dan bakal suami,
lebih dari puluhan tahun.

Maka, 
perjalanan itu lebih perlu pada perancangan yang teliti.
Merancanglah.

Jangan asyik membincangkan majlis kahwin,
sehingga terlupa berbincang perancangan selepas kawin.

Apakah matlamat bayt muslim ini?

Tentu sekali bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tuntutan keluarga dan tuntutan diri,sebaliknya ia adalah memenuhi tuntutan Allah.

Renungkan kembali kenapa Rasulillah menyuruh ummatnya berkahwin.
Bukan sekadar berkahwin, malah Rasul juga memberi pelbagai guidelines dalam memilih pasangan.

Apakah matlamatnya?

Bayt dakwah.
Bayt Haraki.
Bayt tarbiah.

Apa saja nama yang ingin awak beri kepada bayt muslim yang dibina, 
saya tak nak tanya.

Tapi kemana hala tuju perkahwinan itu dibawa,
itu yang perlu ditekankan.

Sekadar peringatan,
sekiranya awak terlupa.


purple gelap macam ni eh? 

Peringatan itukan bermanfaat bagi orang mukmin.

Saya harap,
suatu hari nanti,
awak menjadi 
teladan buat kami.

Kami yang bakal mengikut jejak langkah awak,
walaupun tak tahu bila,
tapi insya ALLAH,
bakal.


 Di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Sempurnakan taqwa.
Separuh sudah sempurna, tinggal lagi separuh.
Separuh inilah yang akan membawa kita ke syurga. Ya, dengan taqwa.
Semoga bayt muslim tidak membuatkan awak hilang dari medan amal islami.
Semoga bayt muslim juga tidak membuatkan awak kaku di medan dakwah.
;)
Harapan saya, awak dan bakal suami, punya hala tuju yang 'meriah' dengan dakwah dan tarbiah dalam rumahtangga yang bakal dibina. 
Insya Allah. 
Saya dan sahabat-sahabat,
mendoakannya.

Banyak memberi, kurangkan mengharap.
Sudahkan awak khatamkan bacaan Women From Venus, Man from Mars?
Saya belum.
Tapi awak kena hadamkan buku ini.
Teringat saya pesanan Ustaz Hasrizal kepada yang bakal mendirikan rumah tangga. Antara cadangan buku yang diberikannya adalah buku tersebut. Mungkin bukan mudah untuk kita berjalan sama perlahan, berlari sama laju dengan bakal pasangan. Tapi usaha untuk mencari kesatuan itu yang perlu. Mustahil awak dan bakal suami sama. Sedangkan kalian melalui tarbiah yang berbeza, keluarga yang berbeza, background pendidikan yang berbeza.
Atas dasar perbezaan inilah,
perlunya tolak ansur dan toleransi.
Jua,
perlukan pengorbanan untuk saling memahami.


Awak,
berkahwin bakal menyatukan keluarga dan keluarga bakal suami.
Cetuskan suasana yang harmoni dan sentiasa sematkan dalam diri,
syurga suami tetap di bawah tapak kaki ibunya.
Sebagai anak lelaki,
benarkanlah dengan rela dia bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Sepatutnya berbanggalah apabila dia menjadi anak yang soleh, 
kerana
itu adalah
kuncinya untuk ke syurga.
Dan kunci awak untuk ke syurga,
ada padanya.
;)

Seronok hidup berumah tangga.
Seronok itu subjektif sebenarnya.
Jadikan bayt muslim itu,
waktu senang pun seronok,
waktu ada masalah pun seronok.


Awak,
lepas ni hidup awak bakal berubah.
Saya sentiasa doakan yang terbaek buat awak.
Saya doakan awak istimaqah.
Saya sentiasa mahu awak bersama kami.

Awak,
Andai kata satu hari nanti saya nak kawin,
awak kembalikan post ini untuk saya,
supaya saya juga mengambil segala mutiara nasihat ini,
untuk bayt haraki saya kelak.


Akhirul kalam, 
akad nikah itu penamat kehidupan bujang.
tapi
sebenarnya ia adalah satu permulaan baru
kepada kehidupan yang lebih mencabar.

Sediakan mental, fizikal, dan rohani yang mantap.


Awak,
nak hadiah apa untuk perkahwinan nanti?
;)

p/s :
Jangan lupa announce,
dah ramai orang tertanya-tanya tu.

Nak nak je saya sebut nama 'awak' kat sini.
Sabau-sabau.

Kita tunggu empunya diri yang announce.
;)

Sehingga kita sentiasa bertemu andai kita istiqamah,
HUSNATAQWA.
abnaul harakah. 
;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

Izzati Nur said...

dekna sangat pandai buat org jadi penasaran nak tahu

sabau,sabau! rasa mcm org dekat2 saya je nih,siapakah dia..?

masa baca, terlintas 1 wajah,benarkah dia? tggu & lihat :)

husnataqwa said...

Ahha. Dia bakal announce, tak lama lagi. ;)

Dekat dengan saya, insya ALLAH, dekat juga dengan awak.

Siapakah wajah yang awak terbayang2 tu? Nanti bagitau eh, nak tengok betul ko dop. ;p

Anonymous said...

untungla si dia dapat tribute. tak da tribute unt suami sekali ke?

husnataqwa said...

tribute unt suami ? Mahal tu. Khas unt zauj sendiri jah.

;)

NAJWA HAMALI said...

Untungla..Nanti time saya, saya nak tribute special jugak..

husnataqwa said...

awak kena cepat2 sebelum mode saya menulis tribute unt pengantin terbantut. ahha

Anonymous said...

yeay! dah tahu sape.....

athirahariffin said...

saya pun dah tahu. buat si bakal isteri, selamat menuju alam perkahwinan :)

husnataqwa said...

hai, nampak gaya kena announce cepat2 ni Puan-to-be. ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.