Rasanya baru je jejak Popular kat Megamall cari fail untuk setiap subjek. Sedar-sedar dah full dan semua nota dalam tu untuk satu sem, tinggal untuk baca dan hadam. Rasa macam tak percaya dah nak masuk tahun dua. ;) Dewasa bertambah, harap-harap kematangan dan keimanan juga bertambah seperti umur!
Waktu study week ni, waktu paling best. Tak terikat dengan jadual kuliyah. Suka hati kita nak buat apa.
Tapi waktu macam ni paling menguji iman. Antara buku dan katil. Serius. Antara nota dan facebook.
Waktu ni timbul bisikan jahat berbunyi, "Tidur dulu, nanti otak segar nak studi."
Tapi terlupa, tidur lepas Subuh tu bukan segarkan otak, sebaliknya lemahkan otak. Susahkan rezeki pulak tu. Ramai dah pakar kata, studi waktu pagi paling efektif, tapi kita nak nak jugak pilih waktu tengah malam buta sampai dua tiga pagi terhendap-hendap di meja studi.
Sampai bila orang Islam nak cemerlang macam ni.
Dush dush- sepak terajang diri sendiri.
Cikgu Mad kata, nak menang kena ada gaya.
Gaya orang menang macamana? TIdur banyak ke baca banyak?
Gaya orang memang borak banyak ke zikir banyak?
Gaya orang menang makan banyak ke puasa banyak?
Sudah adakah ciri-ciri mukmin falah dalam diri kita?
Bila doa suruh Allah bagi kejayaan, Allah tak bagi, marah pulak. Padahal kita sendiri takde gaya nak menang.
Dush dush -tampar lempang diri sendiri.
Dalam waktu tak terikat dengan jadual waktu ni, waktu nak menguji iman kita. Waktu ni dah takde alasan nak solat lambat. Dulu ada kelas sampai petang. Penat. Macam-macam.
"Nak menang kena ada gaya bro."
Sekarang ni, takde kelas dah. Penat pun tak. Cek solat, awal waktu tak?
Jangan cakap Subuh pun dinasor!
Kalau Subuh pun dinasor, memang takde gaya langsung nak menang. Fuhhh.
Studi sampai lewat malam, Subuh lambat. Rasa ada berkat ke?
Tunaikan hak Allah dulu. Bak kata Mawi zaman dia popular sebagai Raja SMS dulu,
"World world juga, akhirat jangan lupa."
Bukan main femes pepatah Mawi. Sejak dia kawin dengan bini dia dan dapat anak nama Cahaya Malaika, dia dah senyap sunyi. Tapi lagu duet dia HambaMu tu best! ;)
Waktu nilah nak uji kita tinggalkan perkara yang sia-sia ke tak.
Orang beriman ni, bila dia melalui satu kawasan yang ada perkara lagha dan melalaikan seperti segolongan orang sedang berborak topik tak penting, atau movie, dia berlalu dengan gahnya. Sape tinggalkan perkara yang lagha kerana Allah, hebat Sheikh! ;)
Last-last year 1 ni, banyak pulak jamuan. Macam final year student pulak jadinya.
Highbrow Caliph Batch 111 ;) |
Petang ni, have a nice marriage talk with pengantin-to-be hari raya nanti. ;)
Alhamdulillah, ada juga orang nak memecahkan 'ruyung'. Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. ;)
Very nice marriage talk. Erk, kami cakap pasal kawin dengan matang. Jangan risau.
"Rasulullah ada sebut, wanita yang kawin awal ni, berkat. Kawin ni sempurnakan separuh dari agama. Jalan yang sedang awak lalui ni jalan yang sungguh berkat dan mulia. Jangan rosakkannya dengan sekelumit pun dosa. Jaga hati agar sentiasa bersyukur dengan semua nikmat Allah. Jaga hubungan dengan Encik Tunang. Jaga keberkatan yang Allah beri, moga-moga keberkatan tu berkekalan. Bukan semua orang yang nak kawin dapat kawin tau. Bersyukur sikit. Ramai yang dah bertaqdim bertahun-tahun, satu universiti tahu dah bertaqdim, tapi sampai ke sudah tak kawin. Awak ni bertuah sangat dah."
Sempat juga saya pesan berkaitan kelangsungan dakwah dan tarbiahnya.
Very nice dan matured marriage talk. Alhamdulillah.
By the way, a lot of wedding ceremony i will attend this hari raya. ;)
Oh, macam dah lari topik.
Should end it HERE. ;)
esok satu rejab jom puasa. ;) |
5 comments:
gaya menulis awak sudah berubah. bertambah nakal!
ye ke. takde niat..
who is pengantin to be tu kak?? nak tahuuuuuuuuu
;)
nanti empunya badan announce lah.
hoho gud luck dekna :)
menunggu announce siapa yg nak kawen tu,yg memecahkan ruyung~~
Post a Comment