♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, June 17, 2012

Bila datang Isra' dan Mikraj

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Pada malam terjadinya israk dan mikraj di Baitul Maqdis, baginda dihidangkan dua gelas minuman, masing-masing berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, maka baginda mengambil gelas berisi susu. Berkata Jibrail:”Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu.”


Bila datang isra' dan mikraj,
lantas saya teringat, 
kenangan zaman kanak-kanak sewaktu pertama kali mendengar kisah Isra' dan Mikraj dari cikgu kelas KAFA.


Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


Kata Ustazah,
"Kalau bukan sebab Rasulillah minta kurangkan jumlah solat, kita kena solat 50 waktu sehari."


Waktu tu, saya terfikir, agaknya kalau 50 waktu, setiap 2 minit kita solat. 
Dan saya juga terfikir masa zaman budak-budak, kalau Rasulillah minta kurang sampai 3 waktu solat saja, pun best jugak. Ahha. (teruk)


Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.
Al-Israa' : 60


Bila datang isra' mikraj,
saya teringat selaluuu menjadi komiti untuk ceramah isra' mikraj. 
Waktu kecik-kecik, saya agak suka mencapub juga.
Sekarang dah pemalu sikit. Sebab jasad dah tak segagah dulu.
Bila buat ceramah, saya mesti jadi MC. 
Kan dah cakap, memang suka mencapub. ;)

Bila datang isra' mikraj,
saya teringat Nenek.
Teringat yang boleh mengalirkan air mata.
Rindu Nenek.
Ya, kami sekeluarga rindu Nenek.
Kalau Nenek ada, tentu Nenek call saya malam isra' mikraj,
ingatkan saya supaya berpuasa.
Ingatkan saya supaya bangun Qiamullail.
Ingatkan saya untuk belajar perbetulkan solat.
Bila saya kata, saya dah belajar solat.
Nenek kata,
dalam beribadah, 
kita kena selaluuuu tahsinkan ibadah kita.

Maksudnya,
kena selalu percantikkan ibadah kita. 

Nenek selalu ajak saya ke masjid untuk dengar ceramah,
tapi saya jahat,
tak mahu temankan Nenek.
Saya kata,
dalam TV pun ada ceramah juga.
Tengok TV sajalah, Nenek.
Dan Nenek akur.
Dia ajak saya menemaninya.
Saya temankan. 

Ya, saya rindukan Nenek.
Waktu Nenek selaluuu mengajak saya ke masjid,
waktu itu jiwa saya masih muda.
Umur saya belasan tahun.
Saya mudah memberontak.
Saya mudah rebel.

Bila saya semakin dewasa, 
saya mula berubah.
Saya belikan Nenek kitab Riyadus Solihin.
Saya teman Nenek ke masjid.
Saya belikan Nenek cd Akhil Hayy.
Nenek sangat suka.
Tapi ia sekejap cuma.
Sebelum saya mula musafir ke bumi DQ dan seterusnya PJ.
Saya jarang jumpa Nenek.
Dan belum puas saya menemani Nenek,
Nenek dijemput Allah,
sewaktu saya sedang menghadapi
Mid-term Paper di Pusat Asasi PJ.

Sanggup saya skip paper, terbang ke Kelantan. 
Alhamdulillah,
dapat jumpa Nenek,
tapi Nenek tak tengok saya.
Nenek tak sempat tengok saya. 
^__^

Sampai sekarang,
bila ada hari Kebesaran Islam, 
saya akan beritahu Ibu
betapa saya rindukan Nenek.
Dan Ibu akan membalas,
"Jangan buat Ibu menangis.."
Saya tahu, 
Ibu lebih lebih lagi rindukan Nenek. 

Terima kasih, Nenek.
Al-Fatihah.
^__^




Sempena Isra Mikraj,
jom kita baiki solat kita.


[Kisah Unta Takut Azab Tinggalkan Solat]

Ketika Uqa’il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta berlari ke hadapan Rasulullah, lalu berkata, “Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu.” Belum selesai unta mengadukan halnya, tiba-tiba datang seorang Arab kampung membawa pedang terhunus.

Melihat keadaan itu, Nabi Muhammad SAW bertanya kepada orang Arab kampung itu, “Nak buat apa dengan unta itu?” Jawabnya, “Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harga yang mahal, tetapi dia tidak taat dan tidak jinak denganku. Baik kupotong sahaja unta ini dan berikan kepada orang yang memerlukan.”

Rasulullah SAW bertanya kepada unta,” Mengapakah engkau menderhakai dia?” Dengan takdir Allah SWT, unta itu menjawab,” Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak menderhakainya melainkan kerana perbuatannya yang buruk iaitu dia dan kabilahnya sama-sama tidur tanpa bersolat Isyak. Aku takut Allah akan menurunkan seksaNYA kepada mereka ketika aku bersama-sama mereka. Jika dia berjanji dengan engkau akan mengerjakan solat Isyak, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi.”

Akhirnya Nabi Muhammad SAW mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak dan baginda pun menyerahkan unta itu kepadanya.

p/s: Sedangkan binatang pun takut dengan seksaan Allah, apatah lagi kita manusia sebagai makhluk yang diamanahkan Allah untuk memakmurkan bumi ini dengan hukum2 yang ada dalam al-Quran

Bersama-samalah kita menunaikan ibadah solat dan melaksanakan hukum2 yang ada dalam al-quran.
 






Tinta Cucunda Nenek,
HusnaTaqwa


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.