Maaf, buat kesekian kalinya, aku berbicara lagi soal cinta. Sebagai peringatan buat aku dan mereka yang membaca. ;)
************************
Banyak kali soalan berbaur peribadi di tanya.
Soal hati. Soal perasaan. Atau lebih tepat, soal cinta.
(Harap maklum, saya bukan bagus sangat, mereka tanya semua orang. )
Soalan seperti ini tidak perlu dijawab, kerana ia agak peribadi. Lagi pula, tanya untuk suka-suka, untuk borak-borak. Tak perlu rasanya.
Kebanyakannya saya senyum. Jawapan "Belum berpunya.", saya kira cukup tepat dalam definasi kamus 'cinta' awam.
Tapi kalau definasi kamus cinta orang yang luar biasa, jawapan, "Sudah berpunya", adalah yang paling paling tepat. Ya, kepunyaan Allah, kepunyaan Rasulillah, kepunyaan Ibu Ayah, kepunyaan keluarga dan tak tertinggal, kepunyaan perjuangan Islam. ;)
Terlalu kerap soal 'cinta' dibicarakan dengan MURAH. Sedangkan bagi saya, ia adalah sesuatu yang cukup mahal.
Bermakna, cinta itu halal, mendapat tempat disisi Allah. Itulah mahalnya cinta.
Kalau 'cinta' itu dibicarakan dengan SMS kasih sayang, SMS ingat-ingatkan, telefon tazkirah-tazkirahkan, sayang sekali nilai cinta yang diletakkan begitu rendah martabatnya.
Cinta itu terlalu MAHAL. Tidak dibicarakan soal CINTA melainkan kepada orang yang selayaknya. Orang yang HALAL, tentunya.
Cinta itu terlalu MAHAL. Tidak dibincangkan dengan gelak tawa dan hina. Ya, kerana cinta itu mahal.
Kerap kali saya dihidangkan dengan 'date', marathon phone call dan SMS kasih sayang, saya kira masing-masing tahu dimana letaknya nilai cinta sedemikian.
Kalau kau rasa cinta itu mahal dan suci, kau takkan cakap soal cinta yang haram, soal cinta yang menambah dosa, soal cinta yang mengurangkan pahala. Kerana kau malu untuk merendahkan martabat cintamu.
Orang yang cintanya MAHAL, tidak bercakap soal cinta seperti bercakap soal rancangan di televisyen. Kerana cintanya terlalu mahal untuk ditonton umum. Ya, cinta itu eksklusif.
Entah kenapa malam ini saya semangat berbicara soal cinta. Tidak ada kaitan pun dengan diari di Hospital Bentong hari ini.
Kalau orang tanya saya, macamana Bentong, jawapan saya, "Pemandunya teruk!" ^__^
Cinta itu mahal, kalau ia belum halal, masih di taqdim, masih di tunang, tidak perlu dicanang satu dunia. Meskipun sudah berkahwin, cukuplah soal cintamu antara kau dan dia di bawah jagaan DIA. Tidak perlu kau cerita satu dunia. Kerana cinta itu eksklusif, terlalu eksklusif.
Cinta aku buat bakal suami aku, juga, terlalu istimewa dan eksklusif. Insya Allah. ;)
Bila ulangtahun kelahiran baru lepas, memang akan rasa macam ni ke? Ahhaha. Tambah tekanan jemputan walimah banyak sangat raya nanti kut. ;)
Saya terfikir-fikir soal cinta sewaktu memasak nasi goreng untuk sarapan tadi, tiba-tiba lagu ini bermain di minda, memang kenaaaa lah!
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Selamat malam. Berehatlah dengan menyebut nama TuhanMu yang menciptakan cinta dan memberikan rasa cinta.
wallahu a'lam.
2 comments:
ada orang tanya dah berpunya ke belum la tu. kau kena kawin cepat2 la husna. hahaha
sabar2. urusan kawin takle terburu2. ;p
Post a Comment