♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, June 28, 2012

Diary Posting : Memahami tugasan 'buruh' di hospital.

Dulu, setiap kali saya ke hospital, saya pelik kenapa 'buruh-buruh' hospital selalu masam dan mudah marah.

Sekarang saya faham kenapa. Dan teramatlah faham. ;)

Bila patient terlalu ramai, kerja tak berhenti, terpaksa 'burn' lunch (tak keluar lunch), curi-curi masa untuk solat, memang patut muka masam macam nak makan orang. HAHA.

Dulu, saya terfikir, kenapalah 'buruh-buruh' hospital ni suka buat orang tunggu. Penat tau menunggu. Patient ramai, nombor lambat gerak, apa mereka buat kat dalam tu?

buruh-buruh hospital.
From right with black tudung, my classmate, Liyana, next is Fateha with white tudung.

Sekarang, bila dah menjadi salah satu 'buruh' di hospital tu, baru rasa macamana perasaannya.

Tak pernah sekalipun kaki berhenti menapak bila ada patient. Setiap patient datang dengan masalah yang berbeza, memerlukan teknik yang berbeza dan benarlah, ia mengambil masa.

Saya kadang-kadang ke hadapan menjaga kaunter, sebab dah terlalu ramai kat dalam bilik pemeriksaan, datang seorang lelaki. Waktu itu tepat pukul 12.45 tengahari.

Lantas saya kata padanya.
"Maaf cik, kami tak terima patient dah. Nanti pukul 2 datang semula ya."

Lelaki yang agak muda itu bersuara lantang,
"Apa? Awak nak suruh saya tunggu sampai pukul 2? Awak tahu tak pukul 9 pagi lagi saya tercongok kat hospital ni? Habis tu awak nak saya balik pukul berapa?? Saya tak kira, saya nak sekarang juga!"

Waktu ni dah buat 60 kes. Ada berbisa 15 kes lagi. Sedangkan waktu makan tengahari dan berhenti solat zuhor masih bersisa.

Kalau ikutkan hati, mahu saja saya membentak pada lelaki itu,
"Cik, saya kat sini pukul 7.30 pagi lagi dan balik pun tak tahu pukul berapa, patient ramai sangat ni."

Tapi dahulukan iman. Lantas saya menjawab,
"Cik, patient ramai ni. Kami memang tak sempat nak buat."

Kata lelaki tersebut pula,
"Kenapa? Pukul 1 semua orang nak pergi makan ke? Tak boleh ke tolong mudahkan kerja saya? Sekejap je pun!" Bentaknya kasar.

Dalam hati saya terdetik, nak pergi lunch pun tak tahu lah sempat ke tak ni.

Akhirnya selepas saya bertegas tak dapat menerima patient, lelaki tersebut memasamkan wajahnya dan berlalu pergi sambil memberi warning pada saya.
"Saya nak report Pakar. Awak taknak ambil xray saya."


Saya masih menjawab dengan tenang,
"Nanti suruh Pakar tu telefon sini ya, saya pun nak jugak cakap dengan dia."

Kawan disebelah menepuk bahu.
"Apa kau cakap tu?"

Saya geleng kepala. Bukan menyindir. Tapi saya yakin, 'buruh' akan memahami kerja 'buruh' bagaimana. Walaupun mungkin si pakar itu taraf 'buruh'nya lebih tinggi.
Berhaklah tarafnya lebih tinggi, bukan senang tu nak belajar sampai PAKAR. Yang nak ambil degree ni pun terhoyong hayang dah.

Saya mengerti, semua 'buruh' mahu beri perkhidmatan yang terbaek. Tapi mereka juga punya rasa penat, dan letih. Maka, kadang-kadang termasam muka, janganlah berkira sangat.

Pesanan buat para 'buruh' pula, ikhlaskanlah hati, sediakan stamina yang tinggi dan yang paling penting, minta doa kita cinta dengan kerja kita.

Insya Allah, kalau cinta, kita susah merasa penat.
Ibaratnya kalau kita cintakan seseorang, kita tidak akan penat menunggu, walaupun hasil penantian itu entah bagaimana.

Saya, nak kata sudah jatuh cinta pada hospital, rasanya hampir 4 tahun  yang lalu lagi saya menyemai rasa suka pada hospital. Tapi sayang rasa cinta tu tak mai-mai jugak. Macamana nak mai, asyik pi hospital dapat ubat ja. ;)

Tapi akhir akhir ini, kata sahabat saya,
"Kalau nak cintakan 'buruh' hospital, kena cintakan hospitalnya dulu."

Apa maksud dia pun saya tak faham. HAHA.

Berkias sangat. ;)

Sekarang, tinggal sehari saja lagi sebelum saya menghabiskan posting tahun pertama yang berakhir di HTAA.

Walaupun hati agak galau nak ke HTAA, tambah kecewa tak dapat ke HoSHAS, tapi saya tetap gembira. sampai 4 hari, masih survive dengan senyuman. Mana ada 'hell' sangat HTAA ni. Ok saja. ;)
The only guy, En Akmal atau dipanggil Bro Bai. Pun tak tahu kenapa. Next to him is Liyana Shaharudin, my partner at ACC. Next to her is Kak Yati. Dah kawin dengan radiologist UIA, bila tanya apa nama suami dia, tamau pulak dia cakap. Next to kak Yati pulak Fateha. My partner also at ACC. She is from UiTM. Saya? Cuma ada labcoat saya yang ada di atas meja sebelah En Akmal. ;)
Learn from a lot of people.
Kak Yati, Kak Fatin,Kak Ila, En Akmal, En Khod, En Farid dan En Kamal.

US with En Kamal. Last day with him for this year. He is very nice. Baik sangat bila mengajar, tak pernah marah, apa lagi meninggikan suara. Kelantanese, again. ;)

Sometimes, when we meet a lot of people, we will know how much we know how to build a relationship with different kind of people.

Yelah, tak semua yang kita jumpa, asalnya dari UIA. Ada yang dari pelbagai background. Yang tak berkeluarga, yang sedang bertunang, yang tengah cari jodoh, macam-macamlah.

Thats how we learn. ;)

Bila bercakap dengan orang yang dah kawin, macam tu ceritanya.
Kalau bercakap dengan orang yang dah bertunang, macam tu gayanya.
Kalau bercakap dengan orang yang sedang cari jodoh, erk, sebolehnya dielakkan, nanti lain jadinya. Ehhe. ;)

Talking about a lot of topics make us more matured actually.

Yeah, it is very nice. ^___^

Till meet again, see ya!

p/s : Tomorrow, my mum is coming. Dia nak ambil anak dara dia. Then, kami akan sama-sama balik dengan kereta ke Kelantan. How much she love me, sanggup datang Kuantan semata-mata nak temankan saya balik Kelantan. Risau katanya kalau saya balik sorang ke Kelantan, walaupun for me, it is OK. Ibu bertegas juga nak datang dan beli tiket. Saya kata pada Ibu, kalau saya selalu saya susahkan Ibu, baik Ibu bagi saya kawin saja. Saya tak sanggup tengok Ibu susah. Ibu kata, kalau ada calon yang baik, bolehlah. Jangan tergesa-gesa, takut nanti kawin bukan meringankan beban malah sebaliknya. Soalan Ibu yang buat saya termenung panjang, "Kalau kakak kawin pun, kakak yakin ke suami kakak tu nak temankan kakak balik Kelantan kalau waktu tu dia pun tak cuti?" Then  i know, how hard to find someone yang sayangkan kita macam mak kita sayangkan kita. What a nice story. ;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

husnataqwa said...

maaf, terpaksa delete semua komen yang tak comel kat sini..

teeha said...

sempat baca. memang kontrovesi lah komen tadi. sabar kak, sabar.
esok g HTAA senyum deh.

husnataqwa said...

jangan cakap awak terlibat dalam komen tadi sudah. nanti akak buli awak esok. ;p

insya Allah senyum sokmo. Nasib la tak tahu sape yang buat komen tak best tadi.

teeha said...

tu laa, sampai hati dia buat komen macam tu kan. tak payah nak tunjuk sangat la kot ye suka akak pun. :p

akoe said...

ok!! dah faham knape sy kene tunggu dari zohor smpai maghrib (tertinggal solat asar) nk dptkan rawatan kt HTAA -- accident kt mahallah Talhah lelaki..

sbelum bace entry kak Husna ni, rase pelik jugak.. nampak 2-3 orang mcm dh nk putus nyawa, tp biar mcm tu je.. nk tlong rawat, sy x pndai. Sy sndiri pn dh mengucap brape kali tkut2 'tak bleh bukak mata lg'.. habis rawatan, tgk2 dh azan maghrib.. :-(

kak Husna print n paste entry blog yg ni ntuk bacaan pesakit supaya anda semua tak disumpah seranah :)

husnataqwa said...

Teringin nak print komen Khaufillah ni. ;)

Percayalah, buruh-buruh tu tak jahat pun. On the day, beberapa kali jugak kami tak lunch tau. Kalau lunch pun sekejap je, makan dan masuk semula.

Buruh-buruh ni memang hebat. Walaupun bukan sedara mara dia, but they still serve the best. ;)

Nice la khaufillah. Btw, next time drive baik2 ya. ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.