♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, June 15, 2012

Family : Sangat rindu.

Petang Jumaat, adalah waktu yang paling best. Dapat banyak call. Dari Abang, Kakak. Semualah!

Masing-masing cerita tentang minggu masing-masing. Of course saya yang paling rancak bercerita. ;p

Nice to share everything dengan orang yang sayang kita dan yang kita sayang. ;)
Halal pulak tu, takde dosa. ;) Malah dapat pahala, insya Allah.


Macam-macam ceritalah.
Abang Taufiq call and told me,
"Rindu telefon lah!"
Dia bagi pinjam Samsung Galaxy S Advance pada saya. RIndu telefon dia la tu. ;)

Kakak pula call dari Indonesia. With her, of course I share everything. Kalau nak tahu rahsia saya, dia ada semuanya. Dari orang yang saya suka, sampailah orang yang selalu buat masalah, memang she hold all the story. ;)
Kami sangat 'open' untuk bercakap tentang apa saja. Bila dia gaduh dengan suami dia, her husband akan call saya, sebab husband dia tahu, saya boleh pujuk kakak. Memang dah selalu macam tu.;)

Insya Allah, esok, Sabtu (16 Jun 2012), kakak akan di operate. Sape kata doktor tak sakit? ;)
Paling sedih, dia kat Indonesia. Saya tak dapat melawat dia, kebetulan posting. ;(

Abang Ayub alhamdulillah dah ada kat sana. Ujian betul perkahwinan jarak jauh mereka. Mencabar.. Mencabar. Saya sebolehnya nak elakkan perkahwinan jarak jauh. Rasa tak tahan ujian. Ahha. ;p

Doakan kakak saya selamat menjalani pembedahan ya. Insya Allah. Saya tahu kakak saya kuat, dia sudah melalui sangat banyak benda. Walaupun dia suka menangis, tapi dia tetap tough and steady. ;)


Kakak di Seremban pula cerita trip ke Johor, mengikut suami ke Ijtima' Tabligh Malaysia. Dah satu Malaysia mereka round Ijtima' Tabligh. ;)
Macam-macam cerita mereka kongsi. Kami rapat juga. Tapi sebab jarak umur kami agak jauh, saya lebih rapat dengan kakak di Indonesia.

5 anak saudara di Johor Baru. ;)
Abang Ki pula macam biasalah, bertanya macam-macam. ;) Dan dapat cakap dengan Naim. Comeeeel sangat Naim tu. Seriously, sebab rindu sangat dengan semua anak sedara, habis budak yang saya jumpa di klinik Beserah saya peluk cium. Nabi pun sayangkan budak-budak kan? ;)
Mereka bersih dari dosa. Tak macam kita yang banyak dosa. ;(

with Abang and family at Tok Bali. ;)


Thanks Allah, sebab beri saya satu keluarga yang bahagia. Siapa kata kami tidak ada masalah? Still, ada. Mana ada orang tak de masalah. Keluarga kami pun ada masalah juga. Masalah biasa-biasalah. Alhamdulillah, walaupun Allah beri masalah, Allah tetap tak hilangkan rasa bahagia tu.
Rasa tenang dan rindu bila lama tak  bertemu. ;)

Tak sabar nak tunggu raya. Semoga Allah mempertemukan kami sekeluarga dalam keadaan rahmat dan mawaddah. Insya Allah. ;)

Paling risau, kakak yang bakal menjalani pembedahan. Ya Allah, selamatkan kakakku. DIa insan kesayanganku. Dia banyak membantuku. Mendidikku. Mendengar cerita-ceritaku. Selamatkanlah dia. Lindungilah dia. Berilah dia ketabahan hati menjalani ujianMu. Lapangkanlah dadanya menerima ujian ini. Ameeeeen. ;)

Sayang kakak sangat. Semoga kuat tau! ;)

Wassalam. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.