♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 02, 2012

Abby Abadi

Semalam bersamaan 1 Julai, saya 'memaksa' Ibu menemani saya ke Stadium Mini Pasir Mas. Saya dapat berita dari seorang kawan di FB, ABBY ABADI datang kampung saya malam ni.

Mustahil untuk keluar sorang-sorang kalau malam, walaupun selalu buat kat UIA. Jadi saya paksa juga Ibu ikut saya. Tentulah berjaya. Saya paksa cara baek. ;)

Sampai saja di Pasir Mas, punyalah ramai orang. Rasa macam hari raya pulak. Jem jalan kot. Nasib baik bawak kancil je, senang nak parking. Punyalah gembira dapat rezeki parking tempat dekat. Walaupun kalau siang-siang confirm kena saman dah kat MDPM. ;)


Kami sampai agak awal, walaupun rasanya dah bertolak lambat dari rumah.

Majlis baru bermula sewaktu kami menjejakkan kaki ke stadium.

Terkejut saya. Ini ceramah PAS rupanya!
Saya ingat sekadar forum bersama Abby Abadi saja. ;)


Ibu pandang saya, saya kata, "Alang alang menyelup pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang alang dah redah jem sejam, cari parking berpeluh peluh...."

Ibu pun sambung, "Biar sempat tengok Abby Abadi!"

Kami tak bawa pelapik duduk. Maklumlah, tak sangka orang seramai ini. Mahu penuh stadium tu.;)

Tiba giliran Abby Abadi berucap.
Abby Abadi berucap awal sebab selepas program di Pasir Mas, beliau akan berprogram di Bachok.

Wah Abby, baru je masuk 'dunia' ni, dah sibuk macam tu. Kita ni dah bertahun dalam 'dunia' ni, taksibuk sampai macam tu. Untunglaaa. Salah kita juga tak pandai cari publisiti macam Abby. ;p

Saya kagum dengan Abby Abadi. Rugilah Norman Hakim tinggallah dia. Saya ingat kata-kata Abby semalam,

"Saya dapat hidayah, sebab sepanjang hidup saya rasa saya nak hidayah."

Lagi pun, katanya,
"Saya didik anak saya baca Quran, solat. Sebab saya tak nak hidup mereka susah nanti."

Abby juga menceritakan kisahnya ke umrah. Waktu dia cerita kisah ke Umrah ni, 'hujan' pulak saya disebelah ibu yang duduk beralaskan selipar.

Kemudian saya bisikkan ketelinga Ibu,
"Nak sangat sangat pergi umrah. Tapi duet kakak tak cukup cukup. Harap harap Allah bagi rezeki."

Ibu angguk. Kemudian Ibu balas,
"Rezeki Allah sapa tahu kakak..."


Saya cemburu bila Abby ceritakan pengalamannya di Mekah dan Madinah. Dan disitulah beliau mendapat hidayah. Hidayah itu milik Allah. Ya, benar. Ia milik Allah.


Bila ditanya kenapa Abby tak mahu mengisi borang keahlian PAS,
jawabnya, beliau mahu semua orang dengar apa yang beliau nak kata, without sentimen kepartian.

Petang tadi, sebelum berceramah di Pasir Mas, Abby bertemu TGNA di pejabatnya. Kata TGNA bila Abby memberitahu tidak mengisi borang PAS,
"Takpe, dah duduk bersama majlis-majlis PAS, ye dah tu.."

Sampai saya pun kagum dengan TGNA.

Bila dengar kisah-kisah artis jumpa TGNA, saya teringat sirah Rasulillah.
Bagaimana akhlak Rasulillah menarik ramai orang kepada Islam.

Abby Abadi ada menceritakan sewaktu bertemu TGNA, ada yang bertanya respon TGNA tentang tuduhan terhadapnya sebagai The Father of Kuffar.

Jawab TGNA,
"Biarlah apa orang nak kata. Ikut dia lah."

Sungguh, waktu ini saya sendiri terkesima. Akhlak yang cukup bagus. Sepertimana yang diajar Rasulillah.

Ada orang, bila orang kutuk beliau, kutuk di blog, sudah dipanggil mengadap, didenda, naik turun mahkamah. Itu baru orang kutuk sikit, dah guna kuasa dah.
Nampak sangat takut.
Tapi TGNA ni lain. Beliau tak takut dengan semua tuduhan itu. Semoga Allah merahmati ulama' kami, pewaris para Nabi. Insya Allah. ;)

Saya kagum dengan Abby Abadi. Tudungnya labuh. wajahnya mulus, bersih. Dah memang dia cantik, bila ikut Islam, bertambah tambah kecantikannya. Alhamdulillah.

Sekarang ni, fenomena artis berubah, artis insaf, artis masuk PAS, terlalu berleluasa. Mengalahkan gosip hebat Afdlin Shauki masuk UMNO. ;p

Apa yang penting, kita sebagai orang yang sedar akan perjuangan berlandaskan ISLAM dan mahu akan ISLAM, harus senantiasa berdoa kepada artis artis tersebut agar mereka istiqamah dan diberi kekuatan untuk menempuh dunia baru yang mereka ceburi. Saya yakin banyak halangan yang perlu mereka tempuhi. Maka, marilah kita doakan mereka sentiasa diberi kekuatan oleh Allah.

Beri peluang kepada artis-artis tersebut untuk belajar. Berubah tidak bermaksud terus mengetahui segalanya. Jangan expect Abby Abadi dah jadi ustazah sebab dia dah berubah. But give her some times. Saya yakin beliau akan improve herself. Biiznillah. ;)

Mari doakan yang terbaek untuk Malaysia seperti mana Allah telah beri yang terbaek untuk Mesir dibawah pimpinan Dr Morsi.

Ameeen. ;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.