♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, July 03, 2012

Syafakillah, Ibu!

Isnin, saya menemani Ibu ke hospital. Setelah berkali-kali saya mendesak untuk bawa Ibu jumpa pakar.

Mata kiri itu tak dapat melihat. Punyalah kami anak-anak risaukan Ibu. Tapi doktor steady je kata takde apa-apa.
Setelah saya desak Ibu, akhirnya terpaksalah Ibu mengikut. Kalau dah saya desak tu, memang Ibu tak boleh nak lari. Tambah pulak, for the sake of everyone. ;)

Mula-mula, saya bawa Ibu ke Hospital Pakar Perdana Kota Baru. One of KPJ branch. Kami sekeluarga memang setia sangat dengan KPJ. Sukeee sangat servis KPJ. Walaupun terpaksa spend sikit, tapi berbaloi-baloi.


Di Perdana Specialist tu pulak, kebetulan Pakar Opthalmology takde. Saya minta juga untuk menjejak Ophtalmologist. At last, staff kat hospital tu bagi saya phone no Opthalmologist, Dr Rosli.

I do contact him dan make a appointment jumpa dekat klinik beliau, Klinik Pakar Mata dan Surgeri Dr Rosli. Betul betul depan Kota Baru Medical Centre (KBMC).

Jejak je klinik Dr Rosli, tenang saja dengar alunan Al-Quran dari bilik Doktor. Ahsan! Insya Allah pilihan untuk berjumpa dengan Dr Rosli tak salah. Walaupun berkali-kali Ibu memujuk untuk terus pulang.

Selepas macam-macam ujian and check up yang Dr Rosli buat, at last, dapat tahu yang ada pendarahan di dalam mata Ibu. Terkejut juga saya. Tapi Dr Rosli yang melihat muka saya terkejut, terus beliau berkata,

"Jangan risau, tak bahaya. But.. Still kena berubat."

Kalau ikutkan hati, saya nak je Dr Rosli buat apa yang patut. Tapi Dr Rosli mencadangkan saya bawa Ibu ke HRPZ II, sebab kat klinik ni, beliau tak cukup peralatan dan tak boleh buat.

Kecewa pulak. Akhirnya kena ke hospital besar Kota Baru dengan nasihat Dr Rosli.

Apa saja yang terbaek, insya Allah.

Kat Hospital Kota Baru, terus dapat jumpa opthalmologist sebab ada surat refer Dr Rosli. After check up, Ibu dapat rehat sebulan.
Punyalah saya gembira. Sedang gembira tu, Ibu menepuk lengan saya. "Behave. Behave."


Mana tak gembira, dapatlah saya jaga Ibu sepanjang Ibu sakit. Bukankah itu satu peluang besar untuk berbakti kepada kedua ibu bapa?
Saya juga gembira Ibu dapat rehat, sebab saya tahu, beliau sudah penat.

Memandangkan Ibu cuti lama, kami ambil keputusan untuk menziarahi bumi Darul Takzim. Insya Allah esok lusa bertolak ke Johor. Dah lama tak pergi JB. Rindulah jugak. ;)

Rindu anak buah, rindu Abang. ^__^

Mungkin juga singgah sebentar di Seremban. ;)
Insya Allah.

Sometimes saya terfikir, Ibu dah lama jaga kami adik beradik, patutnya Ibu dah berehat. Semua abang kakak lima orang kat atas saya ni, semua dah bekerja. Dah lebih dari mampu nak tanggung Ibu sorang. ^_^

Saya sedikit gelisah bila banyak kali dipanggil 'outstation', setakat ini saya hanya memberi jawapan negatif. Dapat jemputan ke SMKA Lati. Dapat jemputan ceramah di SK Palekbang. Terpaksa tolak. Gelisah, tapi saya tak sampai hati meninggalkan Ibu sendirian dalam keadaannya seperti sekarang. Walaupun Ibu benarkan, setakat hari ini, saya masih berpenderian, temankan Ibu dahulu. ;)

Gelisah juga bila selalu kat rumah. Tak keluar, tak buat kerja macam orang lain. ;(

Semoga Allah nilai. Semoga Allah redha.


Saya kata pada Ibu,
"Hidup kakak ni hospital sajaa.... Sampai kakak dah suka dah kat hospital." ;p

-Pemburuan menjadi mujahidah agama tidak akan berhenti-





:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

kakji hazirah said...

teringat satu sirah zaman rasulullah? husna ingat tak?
seorang sahabat minta unt keluar berjihad. then rasul tanya dia. adakah kamu masih punya ibu bapa?
jawabnya ya.
then rasul kata,
baliklah kamu menjaga kedua ibubapamu.

nt husna cari ye sirah ni. mungkin kena dengan situasi husna. dont worry dear. peluang unt berbakti pada agama akan ada unt awak.
akak tahu hati awak teringin kesini. takpe, awak anak yang baik, bertuah ibu husna ada anak macam husna.
semoga ibu husna cepat sembuh ya insya allah.

jangan risau, allah tahu husna mahu berjuang.
jaga ibu baik baik ye dear. =)

husna muslimat yang baik, insya allah ada ruang unt husna dalam perjuangan ni. amiiin.

Anonymous said...

senyum baca ni,,subhanallah,, alhamdulillah,, moga ALLAH redha ^^

husnataqwa said...

terima kasih semua. ;)

Anonymous said...

orang banyak duit bole le jumpa pakar perdana.huhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.