♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, July 29, 2012

Diari Ramadhan : Zaman kanak-kanak

Waktu kecik-kecik,
pergi masjid awal-awal lagi. Isya' belum masuk, dah terpacak depan masjid. Letak sejadah di saf paling belakang.

Yang lagi best, dalam beg kain semayang, ada stok megi mentah. Time orang solat, makan megi mentah ramai-ramai.


Waktu orang solat, main hide and seek. Atau orang kelate panggil NNUSUK. ;)

Bila bacaan Imam macam nak rukuk, baru angkat takbir.



Zaman kanak-kanak. Darjah 4,5 dulu. Nakal.

Lepas terawih, bincang dengan kawan-kawan sekampung, raya nanti nak buat apa. Kasut warna apa. Baju warna apa. Ada stokin tak. Ada tudung raya tak.

Macam-macam.


Sekarang Ramadhan sebagai orang dewasa dah lain.

Kat masjid, selalu kena temuramah.

"Belajar kat mana?"
"Tahun berapa?"
"Bila habeh belajar?"

Soalan lagi best,
"Ish, tak pernah nampak pun kat kampung ni."

Rindu zaman kanak-kanak.

Budak-budak zaman sekarang dah takde dah budaya macam tu. Budak-budak zaman sekarang tak pergi masjid. Sebab orang tua selalu marah kalau budak-budak main kat masjid.

Zaman kanak-kanak yang pernah dilalui sangat istimewa. Tak sabaq nak cegheta kat anak-anak nanti. Nak cerita macamana sweetnya zaman kanak-kanak Mama dia. ;p

Tadi kat Pasir Mas, pelik betul, serius ramai orang. Semua orang pakat keluar beli keperluan hari raya dah ke? Awalnya. Tapi saya lagi awal. Belum raya semua kelengkapan raya dah siap. =)

Pelik tu jalan sesak kat Pasir Mas, hari Ahad pulak tu. Saya nak selesaikan urusan rumahtangga seperti pembayaran bil pun susah. Akhirnya ambil keputusan parking kereta dan jalan kaki. Jauh pun nak buat macamana. Terpaksalah. =)

Ramadhan sudah 9 hari.
Tinggal lagi 21 hari.
Ya Allah, aku mahu jadikan Ramadhan kali ini cukup istimewa untukku. Permudahkanlah. ^__^
Seronokkan jadi kanak-kanak. Tak perlu fikir urusan orang dewasa macam sekarang. Sekarang ni asyik nak demam fikir hal-hal orang dewasa. Aduhhh. ^_^

Tapi waktu jadi kanak-kanak, tak sabar nak jadi dewasa. ;p

Jadi, sepanjang masih dewasa, gunakan masa dewasa sebaiknya. Nanti kalau dah tua, tak boleh buat macam orang dewasa dah. Macam masa kecik-kecik. Bila dah dewasa, mana boleh buat perangai macam budak kecik. So, manfaatkan masa dewasa kita. Jom. ^_^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.